Rabu, 12 Januari 2011

Panggilan Manja








Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (QS: Al-Hujuraat: 49:11)


Ayat ini mengingatkan aku satu peristiwa yang berlaku di negeri Uncle Sam di mana seorang remaja telah  menembak beberapa pelajar di sekolahnya. Aku tidak ingat tahun bila namun apabila diselidiki ia berpunca daripada perasaan tidak puas hatinya kerana ia sering menjadi bahan senda gurau kawan-kawannya dengan pangilan / gelaran yang tidak disukainya.

Aku juga berasa pelik mengapa manusia suka memanggil  manusia yang lain dengan panggilan yang yang tidak diredainya dan berselindung dengan panggilan manja. (Panggilan manja m%k ba%#k dia) Sama ada panggilan itu  baik atau buruk bukan menjadi soal, persolannya adakah individu yang kena panggil itu reda atau tidak. Atau kah rela kerana terpaksa menerima panggilan tersebut.
Di asrama sekolah , sama ada di asrama penuh atau asrama harian, perbuatan panggilan manja  ini seperti sudah menjadi satu perkara biasa. Setiap pelajar mempunyai panggilan/gelaran tersendiri. Ada yang sedap di dengar ada yang tidak. Aku heran bagaimana yang kena panggil itu  boleh menerima panggilan sebegitu. Namun rambut sama hitam, hati lain-lain. Walaupun ia tidak kisah tetapi di hati kecilnya mesti tersembunyi perasaan yang tidak disukainya. Ibarat kata Rossa "hatiku telah kau sakiti'. Akibatnya maka berlakulah perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan (asalnya bergurau), menconteng buku-buku dan sebagainya. Acapkali peristiwa pergaduhan di sekolah berlaku adalah berpunca daripada akitiviti  panggil memanggil atau gelar menggelar ini.
Mungkinkah ada  satu kepuasan kepada si pemanggil. Justeru mereka sewenang-wenang memanggil rakan/junior dengan sesuka hati dengan panggilan yang pelik, aib dan entah apa lagi panggilan seperti rangka, sotong, bunt*t  dan pelbagai panggilan sama ada disukai atau tidak disukai oleh individu tersebut. Kadangkala nama asal terus hilang dan tidak dikenali oleh pelajar lain. Malah nama panggilan itu kekal sehingga si kena panggil itu beranak pinak dan menjadi bahan ketawa pula. Ironinya ia menjadi tajuk  drama yang ditonton oleh jutaan penenton  televisyen  seperti Halimah J*N^ng atau pun Fatimah Ju%$*g.  Bayangkan nama yang cantik diberi oleh ibu bapa mereka tetapi tidak digunakan. Masya Allah. Apakah perasaan mereka apabila anak-anakmereka  mengetahui bapak atau emaknya di panggil dengan nama yang tidak sedap didengari. Semoga Allah mengampuni mereka yang memanggil itu.

  Di akhir ayat  11 surah Al-Hujuraat di atas Allah telah berfirman bahawa  mereka yang suka memanggil dengan gelaran yang buruk di anggap sebagai fasik. Si fasik ini kalau tidak bertaubat di anggap sebagai seorang yang zalim. Oleh itu marilah sama-sama kita menghindarinya agar hidup kita mendapat keredaan Illahi. Kita bukannya hidup menungkat langit, esok lusa kita akan di pangil oleh Yang Maha Esa.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku.

8 ulasan:

afeezz berkata...

salam tuan haji az : klu dok asrama mmg kene ade panggilan manja ni. ade jer org yg nak memberinya. sib baek masa zaman sy kat asrama, masa semester akhir baru dpt nama manja... hehehe

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

itula pasal. kena hentikanya.

ysa berkata...

Salam AZ.
Itu mmg budaya asrama. Selepas keluar asrama dan tamat belajar nama2 tu masih lekat hingga kadangkala nama sebenar kita lupa.
Pada saya kalau nama tu okay dan tak jelek...dapat pula di terima tuanpunya badan tak mengapa.

mama ju berkata...

Aslkm Alamak takutnya. Mudah2an kita semua dapat menghindari perbuatan tersebut...Lagu Halimah j tu femes pulak...kecik atikan org nama H tu?

Ayah Zain berkata...

salam ysa

kalau nama tu ok memang ok. tapi kelau jelek dan tuan badan tak mahu terima, itu yang cabarannya dan memendam dalam hati, prasangka dan sebagainya. nauzubulillah

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

memang kecik hati sangat. dulu masa kat asrama ipt tergurau dengan kawan yang mata nya J, dia tak tegur saya sampai seminggu, penat saya minta maaf dan memujuknya.

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Kak Long kakak kena panggil keling sebab dulu masa baby kata bapak kakak kulit dia gelap. Tapi kami adik2 panggil dia Kak Long.

Ayah Zain berkata...

yer ker. sian kak long. az dulu pun ada mak saudara panggil az anak keling.Punyaler berbulu ngan mak saudara tu. Dah arwah pun sekarang ni dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...