Jumaat, 21 Januari 2011

Perniagaan yang menguntungkan

210111

Alhamdulillah,
Kita berjumpa lagi di Hrai Jumaat Penghulu segala hari.
Sungguh cepat masa berlalu bermakna
semakin dekat kita dengan destinasiNya
Semoga kita terus mendapat limpah kurbia dan keredaanNya.

Kebiasaanya pada setia hari Khamis, kami di Surau Anak-anak Bugis Ayer Baloi membaca Surah Yassin selepas solat Magrib dan selepas itu kami akan dihidangkan dengan sedikit juadah berupa makanan berat atau rengan  namun semalam 20/1/2011 kami dihidangkan dengan santapan rohani. Alhamdulillah.

Santapan rohani berupa tazkirah yang dipetik daripada surah Saf ayat 10 -13 berkaitan dengan Perniagaan yang menguntungkan

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [10]

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)11].

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. [12]

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.[13]

Antara yang dapat aku ingat ialah Ustaz menerangkan  bahawa Allah memulai ayat ini  dengan seruan wahai orang yang beriman dan tidak menyebut wahai manusia, orang muslim dan sebagainya tetapi menujukan kepada orang yang beriman. (Manusia adalah semua mereka yang bergelar manusia. Orang Muslim ialah orang-orang Islam) . Ayat ini dimulai dengan seruan Allah kepada orang yang beriman dan bukannya manusia atau orang Islam.

Orang yang beriman ialah manusia dan orang Islam yang yakin kepada adanya (wujudnya) Allah. Yakin dengan sepenuh-penuhnya kepada Allah walaupun mereka  tidak nampak Allah zahir di mata tetapi mereka sangat yakin dengan adanya Allah. Orang yang beriman percaya kepada Rasul. Orang yang beriman   berjihad di Jalan Allah (fisabillah) iaitu dengan menyeru kepada manusia dengan seruan ke jalan kebaikan tanpa mengenal putus asa. Orang yang beriman akan mengamalkan amalan-amalan soleh tanpa mengira ganjaran daripada Allah. Orang beriman tidak mengharapan ganjaran pahala dan Mereka tidak menghitung pahala yang diberikan tetapi mereka menunaikan segalanya (amalkan yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang)  sebagai tanggungjawab kepada Allah yakni sebagai hamba yang diciptakan oleh Allah swt dengan hati yang ikhlas, kerana  Allah swt (Lillahi Taala). Allah wu 'aklam

Kesimpulannya Allah menyeru orang yang beriman dengan mengamalkan  3 biznes  tersebut kerana ia satu perniagaan yang menguntungkan yakni  dapat menyelamatkan mereka daripada azab siksa yang pedih dengan
1.  beriman kepada Allah dan Rasul;
2. Melakukan amalan yang soleh dan 
3. menyeru manusia (berpesan-pesan)  kepada kebaikan (sampaikanlah kebaikan walaupun satu ayat).


17 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Hj AZ

salam Jumaat
terima kasih tazkirah

Wassalam

shami2 berkata...

Salam AZ

salam jumaat...terima kasih atas perkongsian ilmu

rezeki berkata...

salam az

alhamdulillah

beruntung berada dalam golongan yang beriman dan beramal soleh

kak su berkata...

Assalammualaikum wbk Haji AZ,

Alhamdulillah, terimakasih berkongsi ilmu.

Wslm

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Semoga kita tergolong dlm kalangan yang beriman.


p/s: kakak dah dapat kad. TQ so much

ysa berkata...

Salam AZ
Alhamdulillah.
Surah Yassin bagaikan jantung yang menjana kebaikan dan keistimewaan bagi orang yang membacanya secara ikhlas.

Wsalam.

Ayah Zain berkata...

salam rozali

sama-sama

Ayah Zain berkata...

salam shami2

anda dialu-alukan

Ayah Zain berkata...

salam shami2

anda dialu-alukan

Ayah Zain berkata...

salam rezeki

jom kita join mereka yang beruntung

Ayah Zain berkata...

salam kak su

sama-sama kak su

Ayah Zain berkata...

salam kakzakie

insya allah.

nanti jemput datang yer

Ayah Zain berkata...

salam kakzakie

insya allah.

nanti jemput datang yer

Ayah Zain berkata...

salam ysa

marilah kita amalkannya semoga ia menerangi kubur kita

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,
Tazkirah yang bagus..untuk saling mengingati perkara yang baik..
Mama nadz telah pun terima kad jemputan, terima kasih banyak-banyak kerana mengingati .
Masa belajar nak jadi guru dulu..pernah 2 tahun di Durian daun..tiba-tiba teringat pula negeri Melaka dan lagunya!

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,
Tazkirah yang bagus..untuk saling mengingati perkara yang baik..
Mama nadz telah pun terima kad jemputan, terima kasih banyak-banyak kerana mengingati .
Masa belajar nak jadi guru dulu..pernah 2 tahun di Durian daun..tiba-tiba teringat pula negeri Melaka dan lagunya!

ibuintan berkata...

assalamualaikum Tn Hj,

alhamdulillah, terima kasih atas tazkirah nya, salam ukhuwah di alam maya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...