170111
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang memberikan kita nikmat yang tidak terkira. Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada hamba-hambanya. Maka marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Nya dengan menuruti perentah dan suruhanNya agar kita menjadi hambaNya yang diredai. Kita akan bertemu denganNya di Hari Pengadilan di mana apa-apa yang kita lakukan dihitung sama ada yang baik atau tidak. Yang besar atau yang kecil malah walau sebesar zarah sekalipun semuanya dikira dan diberikan balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan. Oleh itu marilah kita berdoa agar kita tidak tergolong di kalangan merka yang muflis di hadapan Allah swt.
Hari ini 17 Januari 2011 bernakna sudah masuk minggu ketiga tahun baru masehi. Saya memang suka dengan nombor 17 kerana nombor 17 mempunyai pengertiaan tersendiri kepada diriku. Tak apalah nombor apapun smeuanya mempunyai nilainya tersendiri walaupun nombor 0 semunya mempunyai nilai-nilai dan kalau di tinggalkan atau ditambah akan menunjukan perbezaan. Jangan pula dengan nombor membawa kita menerima azab yang tidak terperi sakitnya.
Demikianlah, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain, supaya engkau membacakan kepada mereka Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu, sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman Katakanlah: "Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)" (QS:Ar-Ra'd:13:29)
20 ulasan:
Salam AZ,
Santapan pagi sebelum memulakan tugas. Moga kita sedar akan kelemahan diri dan sentiasa berusaha menjadi lebih dari dari semalam...
Assalamualaikum Hj AZ
kita seharusnya bersyukur kerana Allah memanjangkan umur kita pada hari ini
ada apa dgn hari ini AZ
nak tumpang ucapan sekiranya hari yg berbahagia
Wassalam
SALAM,
MELIHAT VIDEO DI ATAS, TERLALU BIMBANG DENGAN BEKALAN YANG ADA. TKSIH ATAS PERKONGSIAN. IZINKAN LF UNTUK MENYIARKAN VIDEO INI DI LAMAN BLOG LF PADA MASA AKAN DATANG.
salam AZ : tak pernah pon pi beli nombor.. hehehe
salam az..
Takan ada hari ini ada tanpa adanya semalam
terima kasih atas perkongsian ilmu
Salam Tn Hj AZ,
Kematian itu satu kepastian.Manusia berlumba2 mengumpulkan harta yg akan ditinggalkan, ttp lupa akan bekalan yg hendak dibawa ke alam akhirat.
assalamualaikum AZ...
semoga hari dan tarikh itu memberi makna yg terbaik buat AZ...
dah selesai ker membeli belah persiapan majlis walimah...
salam KZ,
insya Allah, kita usahalah agar hari-hari esok lebih baik drpd hari-hari semalam
salam atuk
x ada apa specialnya hari ini,. Cuma ayazain teruja dnegan no 17. Suka sesangat dengan no 17. Cantik
salam LF,
silakan. az juga dapat daripada FB
assalamualaikum tn hj AZ
alhamdulillah,jazakallah khu kairan katsira atas santapan rohani dan minda ini.walaupun hanya baru malam ini saya berkesempatan membacanya,alhamdulillah..ia membantu semanagat saya.
p/s; no 17 mengingatkan tarikh lahir salahs eorang anak saya.
Salam,
Manusia sentiasa Allah duga. Ada yang lulus dugaan semasa susah dengan sentiasa menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Sayang orang yang sama gagal meneruskan tanggungjawabnya sbg Muslim yg hebat apabila di berikan kesenangan.
Ingat tak cerita seorang lelaki yang hidup sezaman dengan Rasullullah yang sentiasa datang awal ke Masjid Nabawi dan tergesa2 meninggalkan masjid sesudah selesai solat?.Apabila di tanya para sahabat maka ia menyatakan ia perlu pulang segera kerana kain yang dia pakai itu sahaja yang ada untuk dia dan isterinya berganti bersolat.
Orang yang sama tidak lagi datang bersolat di masjid Nabawi apabila di beri kesenangan.Dia lupa janjinya dgn Rasullullah SAW. Ia telah dipermainkan oleh kesebokan duniawi.
Rasanya, perkara yang sama juga terjadi pada zaman kita skrg. Janganlah kita juga di permainkan oleh dunia dan kembali ke alam akhirat dengan 'akaun yang negative.
Wassalam
salam afeez,
baguih la tu. az dua kali beli no plet kereta heheh
salam shami2
tak kan ada hari esok tanpa hari ini. heheh
salam aki44,
semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu
salam UH,
hehhe, alhamdulillah. semuanya dalam landasan yang betuk
salam ummu
hanya coretan biasa sahaja.
oo best arr no 17.
salam YSA
benarlah apa yang di kata itu. semoga kita terhindar daripada perkara yang tidak diredai Allah.
salam az
kalau plet keta boleh tempah tu
AZ 17 hehehe
salam rezeki:
heheh, daripada tenpah plet az 17, baik az belanja u all makan. (sebenarnya tak ada fukus nak beli kete baru, lain pak itam yang kayo rayo)
Catat Ulasan