Ahad, 9 Januari 2011

Semuanya dalam 1


Kita dengar alunan piano ini. Mengasyikan sekali.
Tidak tahu siapa, dipetik daripada youtube

Dua hari hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad) amat memenatkan namum amat berbaloi-baloi  kerana banyak urusan yang dapat dipenuhi. Ku rangkumkan dia di dalam 1 Malaysia..  Walaupun badan penat kerana berada di jalanraya/lebuhraya tetapi tidak mengapa. Pagi Sabtu semalam aku mengiringi  isteri ke Nilai 3 untuk mencari bahan-bahan keperluan perkawinan puteri sulongku.

Kemudian aku bergegas ke Hotel Singgahsana, Petaling Jaya untuk memenuhi undangan CM dan KS yang mengendalikan mini gathering PDKM di samping meraikan hari kelahiran pengasas PDKM yang ceria. Majlis santai ini amat bermakna dalam mengeratkan silatulrahim yang sedia terjalin. Seperti biasa kita berada dalam mood yang ceria. Aku sempat berada di sana sehingga pukul 5 kerana terpaksa bergegas balik ke Melaka untuk meneruskan lagi urusan yang perlu diselesaikan lagi.

Pagi Ahad yang ceria, seawal pagi aku ke Negeri Sembilan untuk memenuhi hajat ibuku di Kampong. Di sini aku mengambil kesempatan mengunjungi saudara sebelah almarhum ayahku di Kg. Semerbok, Rembau NS. Kebetulan kakak saudara ku ini sama-sama mengerjakan haji di musim haji yang lalu. Masya Allah satu yang tidak aku sangka, suasana seperti jejak kasih pulak kerana di kampung ini aku bertemu dengan saudara mara yang telah lama terputus hubungan. Sehingga tengah hari baru la aku mengundurkan diri menghtar ibuku balik ke rumahnya. Kemudian aku terpaksa pula ke Batu Pahat untuk urusan isteriku yang tidak habis-habis. ermmm orang pompuan tahulah hehhehe.

Kemudian aku mengiringi pulak isteriku ke Pekan Ayer Hitam kerana ada lagi urusan perkahwinan yang belum lengkap. Pendek kata sebelum majlis perkahwinan ini berakhir, destinasi yang sebegini terus akan aku jelajahi kerana ada sahaja urusan yang belum sempurna. Lewat petang barulah kami sampai ke kediaman kami di Pontian.


kek yang dibikin oleh Boxhousestudio ini disponsor oleh Tn Hj Arshad

CL membuka bungkusan hadiah hari jadi

sedang menikmati hidangan


gambar kenangan di akhir program silatulrahim


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (QS: AN-Nisa:4:1)

17 ulasan:

anamizu berkata...

wahh cupcakes!!
cik ana punye faveret!! hihi

Unknown berkata...

salam AZ...

semoga ukhuwah fillah ini berkekalan..

insyaAllah hujung bulan nie dpt ler kawan2 blogger berjumpa di Melaka pula...

mama ju berkata...

Aslkm

Mudah2an AZ sentiasa dalam ceria dan sihat...banyak keje nak buat kan?

Unknown berkata...

Assalamualaikum AZ

lama tak berkunjung di rumah Hj az ni.

Terima kasih atas jemputan.
InsyaAllah..kalau tidak ada aral melintang..saya akan sampai juga di melaka..

kenapa tak buat di pontian?

rezeki berkata...

salam az

alhamdulillah

kad undangan dr az dah selamat saya terima , jutaan terima kasih atas undangan

jika tiada aral , insyallah
tapi masih belum pasti lagi samada dapat menghadirinya atau sebaliknya krn kena tgk jadual kunjungan anak di asrama dulu

pssss pontian-kl bagi az biasa jekan hehehe
hati2 memandu dijalanraya krn sekarang cuaca tak menentu

afeezz berkata...

salam dan selamat pagi tuan haji az : wah3... bz sungguh tuan haji, dah macam wakil rakyat plak...

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Terima kasih atas undangan..I/Allah jika tiada aral sy akan tiba..
Selamat membuat persiapan menyambut menantu hehe
Dua kali pertemuan, AZ segak berbaju batik..hehe

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Terima kasih kerana sudi hadir ke perjumpaan CL, seronokkan semoga pertalian ini akan berpanjangan..
AZ, akak dah tunaikan amanah az tu cuma satu jer lagi yg tinggal ..insyaallah akan ditunaikan jugak..
semoga majlis az akan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah..dan untuk perancangan majlis ini memang satu yg memenatkan tapi seronok az..sampailah hari tu nanti ada jer yg tertinggal, tak cukup2 kan..bukan senang nak dapat menantu ..

Ayah Zain berkata...

anamizu,

ooo suka kat cup cakes yer.

Ayah Zain berkata...

salam umi


insya allah silatulrahim berpanjang. nanti kita jumpa di melaka pulak yer

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

mesti ceria. kita senyum sampai ke temlinga. waka waka

Ayah Zain berkata...

salam madey

mesti datang, jangan tak datang yer

Ayah Zain berkata...

salam rezeki,

pak itam mesti datang. besau hati saya tau

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

yer ker. tak dapat jadi wakil rakyat, jadi wakil rumah udah ler

Ayah Zain berkata...

salam syima,

alhamdulillah, ahlan wa sahlan

Ayah Zain berkata...

salam kak sidah

az ucapkan ribuan terima kasih atas bantuan. az rasa ks dah macam kakak sendiri ni.

Ayah Zain berkata...

salam En Din

betul tu. kita macam dah kenal berkurun kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...