Isnin, 3 Januari 2011

hari pertama

Ahamdulillah, hari ini adalah hari pertama musim persekolahan 2011. Kami memulakannya dengan perhimpunan di Surau Sekolah dengan bacaan Yasin, Solat Duha, Solat Hajat dan diakhiri dengan tazkirah daripada penceramah jemputan yang menceritakan adab-adab belajar dan pelbagai nasihat sebagai panduan kepada pelajar dalam proses menuntut ilmu mencari keredaan Allah. Selepas rehat pelajar Tingkatan 3 dan 5 dikumpulakn pula di Bilik Seminar untuk sesi bersama dengan Pengetua sementara pelajar Tingkatan 2 dikendalikan oleh Kaunselor Pelajar. Pada sebelah petang selepas menikmati makan tengah hari dan solat Zohor pelajar dikumpulkan pula mengikut Homerooom  dengan kelolaan guru penasihat homeroom masing-masing. Program ini amat bermakna di mana pelajar akan berkongsi maklumat (sharing) dalam pelbagai masalah yang timbul. Pada sebelah malam selepas Isya pelajar diberikan taklimat oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik dan dikiuti pula taklimat daripada Timbalan Pengetua Kokurikulm. Kesemua aktiviti yang yang dijalankan ini adalah diantara daripada program re-orentasi di mana para pelajar diingatkan semula tentang peranan dan kedudukan mereka sebagai seorang pelajar di dalam Instistusi Sekolah Berasrama Penuh. Sebelum itu pada sebalah malam semalam selepas pendaftaran kemasukan ke asrama, pelajar telah mendengar taklimat darpada Ketua Guru Asrama dan Timbalana Hal Ehwal Pelajar. Semoga dengan aktiviti yang dijalankan akan menjadikan pelajar berada di dalam landasan yang betul. Besok pagi dan seterusnya akan bermulalah sesi pembelajaran dan pengajaran di bilik-bilik kelas masing-masing.

7 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

hari pertama dah padat programnya


Wassalam

mama ju berkata...

Aslkm Haji AZ

Bermulalah kesibukkan....29 nanti lagi sibuk....
Mama baru balik makan mushroom soup n
bread...hehe ada hati th ni tak nak mkn malam!baru 4 hari dah surender...

Jadi tak 8 hb? dgrnya dah berpuluh!

sonata anak kancil berkata...

sibuk ye...sama la kita...cuma lokasi je tak sama

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Kuda-kuda telah dipasang, pedang samurai semua telah sedia untuk diasah dan akan terus ditajamkan. Perjalanan untuk ke medan peperangan dah bermula. Apa yg pasti mahukan kemenangan diperolehi semua yang berjuang.

Aki44 berkata...

Salam Tn Hj AZ,

Selamat membuka gelanggang musim baru nih. Melihat anak bangsa mencapai kecemerlangan dlm hidup hasil kegigihan para pendidik menjadi satu kebanggaan

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,
Permulaan dengan aktiviti yang amat kemas dan bagus..Alhamdulillah..
Pelajar-pelajar tentu bersemangat dan akan maju..insyaallah.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam Haji,

Selamat mengajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...