Selasa, 26 April 2011



260411:
Malam ini amat sukar membaca ayat-ayat dalam surah al-Kahfi. Tidak tahu mengapa. Sampai terkial-kial hendak membacanya. Bukan aaz sahaja, ada beberapa orang kagi jemaah yang sukar untuk membacanya. Malam ini berkisar tentantg riwayat perjumpaan antar Nabi Musa dengan Nabi Khidir. AZ titipka sedikit terjemahannya yang harus kita jadikan iktibar. Iaitu segalam soalan yang ditanya atau atau yang Nabi tidak berpuas hati telah di dijawab oleh Nabi Khidir.



[79]Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat. [80]Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. [81]Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya. [82]Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya (QS:al-Kahfi:18:79-82)

Isnin, 25 April 2011

250411

Dua hari az tak bersama dengan jemaah bagi program mengaji, mereka dah masuk ke surah al-Kahfi rupanya. Bila sampai ke ayat 49 yang berbunyi seperti di bawah, az terasa kecut perut sangat...

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (QS al-Kahfi: 18:49)

Ahad, 24 April 2011

Fidyah menipu

240411
Fidyah membawa maksud menggantikan apa yang kurang. Itulah yang dinyatakan oleh ustaz semasa kuliah magrib tadi di Surau Anak Bugis. Macam-macam bayaran fidyah yang dianjurkan seperti fidyah puasa dan sebagainya. Seketika dahulu, aku ingat-ingat lupa sama ada tahun lepas atau dua tahun lepas. Masa itu aku dipelawa untuk satu majlis disebuah rumah yang mengadakan majlis membayar fidyah. Tuan rumah mengumpulkan barangan kemas yang dimasukkan ke dalam satu bekas. Aku agak lebih daripada 30 ribu nilainya kerana amat banyak banyak). Ketika itu dalam rumah itu terdapat lebih kurang 8 orang yang duduk dalam satu bulatan. Seseorang bertindak sebagai ketua dan duduk di tengah-tengah bulatan. Ketua ini akan membuat satu akad dengan berkata, "aku serahkan harta ini (barangan kemas tersebut) kepada kamu (orang yang diberikan) sebayai bayaran fidyah puasa .....(nama si mati)". Orang yang diberikan barangan kemas itu akan berkata, "aku terima ........... sebagai bayaran fidyah ........ dan dengan ini aku kembalikan semula kepada tuan". Begitulah acara itu sehingga sekumpulan orang yang berada dalam bulatan itu menerima barangan tersebut. Aku ketika berasa pelik juga, adakah perkara ini betul atau tidak. Nak bertanya aku bimbang akan melukan hati tuan rumah. Aku pendamkan sahaja kerana yang menyertai kumpulan itu bukan calang-calang orang ......
Ahirnya, apa yang terbuku di hatiku terjawab juga akhirnya sekejap tadi. Ustaz menyentuh tentang apa yang aku ceritakan dia tadi di mana ustaz menyatakan perbuatan itu sebagai fidyah tipu. Apa tidak tipunya, harta yang ada memang wujud tetapi akhirnya harta itu dimiliki semula oleh tuan rumah yang mengendalikan majlis fidyah tersebut. Barang di sorong dan ditarik......

Muhasabah diri

240411

 Selamat pagi minggu. Pagi yang damai dan tenang kerana tidak ke pejabat. Tidak tergesa-gesa untuk mengejar waktu. Kita antai dan sempoi hari ini.  whops silap, bukan semua orang berehat pada hari ini. Orang Kedah, Kelantan dan Trengganu berkerja hari ini. Pagi ini az terfikir adakah az termasuk dalam golangan orang yang bertaqwa? Adakah susah hendak menjadi orang yang  bertaqwa? Dalam al-Quran Allah telah memberikan tanda-tanda orang yang  bertaqwa. Adakah penting kita menjadi orang yang bertaqwa? Memang tersangat penting kerana Allah menyatakan orang yang bertaqwa akan  mendapat petunjuk daripadaNya. Adakah AZ termasuk dalam golongan ini? Sesungguhnya amat beruntung menjadi orang yang bertakqwa. Orang yang bertaqwa adalah orang yang beriman.Dalam doa seharian kita selalu meminta kepada Allah agar menjadikan kita orang yang beriman dan bertaqwa. Surah al-Baqarah ayat 1-5 telah memberikan gambaran akan orang-orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dalam tahlil setiap malam Jumaat, ayat ini akan menjadi sebeagian daripada wirid yang sentiasa di baca oleh imam.

Di antara tanda-tanda atau ciri orang beriman itu adalah seperti berikut:

1.  orang yang percaya kepada perkara yang ghaib (Allah swt itu ada/wujud)
2.  orang yang mendirikan solat fardu 5 kali sehari semalam
3.  orang membelanjakan/mendermakan sebahagian rezeki yang mereka perolehi
4.  orang yang percaya kepada kitab al-Quran dan kitab-kitab yang terdahulu
5.  orang yang percaya dan yakin adanya hari Qiamat tanpa ragu. 

Kita percaya kepada 5 perkara di atas?. Kalau percaya adakah kita percaya dengan sesungguhnya? Adakah kita begitu yakin dengan perkara-perkara tersebut? Mengapa kita selalu tergelincir dengan membuat dosa? Kita leka dan lalai. Kita kalah dengan godaan dan hasutan syaitan. Semoga Allah memberikan rahmatnya kepada kita. Marilah kita  sentiasa berdoa kepada Allah agar  kita termasuk dalam golangan orang-orang yang mendapat petunjuk daripada Allah..

Jumaat, 22 April 2011

macam-macam ada

220411
Dalam dunia sekarang ini macam-macam bentuk penipuan.Tipu sana ntipu sini. Hehehe dah macam tajuk citer filem pulak. Cuba lihat bahan yang az drpd emel ini............
E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin membuat penafian mengeluarkan email (HASIL )kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700.00 lalu mereka diminta klik kepada http://62.23.69.2/hasill.gov.my/index.php.htm yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka.

Di sini LHDNM ingin mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah PALSU dan merupakan aktiviti phishing oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai.

Orang ramai yang menerima e-mel tersebut dinasihatkan untuk tidak membukanya serta menghapuskannya dan dilarang memberikan sebarang maklumbalas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.

Unit Keselamatan ICT, Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM bertindak pantas dengan melaporkan hal ini kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia apabila mengesan aktiviti bermula semalam dan laman tersebut telah dipintas dan ditutup. Ini adalah merupakan cubaan kali ketiga untuk menipu pembayar cukai.

Harap maklum bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijaminselamat dalam simpanan LHDNM. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan hal ini boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel callcentre@hasil.gov.my.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh : Mazlan Wan Chik
Pengarah Komunikasi Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh : 14 March 2010
Nombor Telefon : 03-6203 1380
Nombor Faks : 03-6201 2434
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
www.hasil.gov.my

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)

220411
Akhirnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) menjelma kembali. Bermula 22 April 2011 (hari ini rupanya) PBAKL akan menjadi tumpuan kepada si ulat buku untuk mengunjunginya. Ia akan berlangsung sehingga 1 Mei 2011. Kali ini PBAKL membawa tema "Buku: Dunia Tanpa Sempadan" akan berlangsung di Pusat Dunia Kuala Lumpur dan beroperasi dari pukul 10.00 pagi sehingga ke pukul 9.00 malam. Kalau tak silap AZ, PBAKL telah beroprasi lebih daripada suku abad yakni bermula pada tahun 1982.

PBAKL kali ini  dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada itu PBAKL mendapat kerjasama daripada Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Kontraktor Buku Malayasia (PKBM), Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia(PPPBBM) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

Jadi apa tunggu lagi, marilah kita sama-sama memeriahkan PBAKL 20011 dengan mengunjunginya, mana tahu kita boleh terserempak di  PWTC. AZ bercadang ke PBAKL pada 30 April 2011. Mana tahu az bertuah mendapat buku percuma daripada seseorang.

OoooooooooPs! ada sesuatu yang mengembirakan. Ada syarikat buku yang menawarkan diskaun. Mari kita surf di internet. Antara yang az dah jumpa ialah Syarikat Buku PTS yang menawarkan diskaun sehingga 30%. Lumayannnnnnnnn

Sila klik di sini untuk jadual aktiviti PBAKL

Rabu, 20 April 2011

Ganjaran Yang dibiarkan


200411
Malam tadi seperti biasa selepas solat magrib, ahli jemaah surau Anak-anak Bugis seperti biasa akan membaca al-quran seorang demi seorang. Setiap ayat yang telah dibaca akan dibaca pula terjemahannya oleh seorang jemaah yang telah ditetapkan. Kami sekarang telah memassuki juzuk ke 15 iaitu Surah al-Isra'. AZ begitu terkasima apabila sampai ke ayat 79  yang bermaksud

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (79)


Ayat 79, Surah al-Isra'; Allah menyarankan hambanya bangun pada waktu malam untuk mendirikan solat tahajud. Allah telah berjanji akan menempatkan mereka yang berbuat demikian di tempat yang terpuji di akhirat nanti. Allah telah berjanji begitu tetapi mengapa hambanya (termasuk az) begitu berat untuk bangun malam? AZ teringat dengan Musafir Islam ketika MI bemalam di rumah az, beliau bangun malam untuk bersolat tahajud. Bertuah siapa yang dapat MI itu. Malam tadi az berazam untuk bangun solat malam namun terkaciwa malah solat jemaah subuh pun tertinggal. Begitu hebat cabaran apabila kita berazam begitu namun tidak kesampaian. Kadangkala kita terbangun malam untuk kencing tetapi selepas itu tidur semula tanpa mendirikan solat tahajud. Teringat semasa di tanah suci,  az begitu mudah untuk bangun malam tetapi di sini...............

Selasa, 19 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa

190411
Sejah akhir-akhir ini, badan selalu saja letih. Kadangkala tidak bermaya. Kerja pulak datang bertimbun-timbun, yang satu belum habis, datang pulak yang baru. Kadang kala terpikir nak pencen saja. Mujurlah aktiviti 'walking' pada petang hari menaikan semula semangat dan motivasi diiri. Terasa benar kesegarannya apabila selesai menyempurnakan aktivti 'walking'. Sambil 'walking' kita mengingati Allah swt di samping menimati keindahan alam , siulan burung, bunyian cengkerik apabila melalui kawsan yang sunyi, bertegur sapa dengan mereka yang lalu dan mengetahui pulak tempat tinggal ahli jemaah surau hehheh. Memang menyeronokan. Apabila kesibukan ini,  tidak terasa bahawa masa terus berlalu dan tidak lama lagi pesta buku antrabangsa Kuala Lumpur menjelma kembali.......................

Sabtu, 16 April 2011

e-filing

160411
Tiba-tiba az teringat akan cukai pendapatan. AZ terlupa langsung akan perkara ini. Yang bermain di minda tarikh akhirnya ialah 30 April 2011. Kerana kesibokan seharian, kadangkala kita terlupa akan perkara ini. Puas az mendail nombor LHDN untuk bertanya adakah pejabat LHDN beroprasi pada hari Sabtu kerana kebiaasaannya di buka pada bulan april. Namun  gagal. Nombor hotlinenya tidak dapat membantu,. Hendak bantu macam mana, mesen yang menjawab. Ada mesen itu kisah? Niat hati ingin sahaja gamble ke pehabat LHDN di JB, nasib baik ada anak di JB dan minta tolong tengokkan. Pejabat LHDN hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad bermula 23 April 2011. Maka, mahu tidak mahu, az mengodek lah e-filling. Alhamdulillah, laman e-filing berjaya az layari dan mula mengisi butiran-butiran yang diperlukan. Tidak samapi 15 minit, semua urusan e-filing dapat az sempurnakan untuk az dan mrszain.

Program Titipan Ilmu

160411
Alhamdulillah, selepas Isya tadi, az   menghadiri Majlis Titipan Ilmu bersama Mufti Negeri Johor iaitu YBhg. Dato Tahrir bin Dato Kiyai Shamsuddin di Masjid Jamek Parit Kahar, Ayer Baloi, Pontian Johor. Sebenarnya kehadiran az   mewakili boss yang tak dapat hadir kerana boss ada program yang lain. Majlis ini di adakan sempena Sambutan Maulidur  Rasul 1432H. Walaupun sudah 3 bulan berlalu namun majlis seumpaman ini adalah perkara biasa di Johor. Kebetulan pula az tercepat sampai di lokasi ceramah,  maka dengan itu az dijamu dengan nasi beryani daging yang teramatlah sedapnya. Selepas itu, kami solat Isya yang di Imami oleh dato Mufti. Sebelum ceramah di sampaikan hadirin dipersembahkan dengan bacaan zanji yang dipimpin oleh penduduk kampong Pt Kahar sendiri.

Di antara intipati ceramah Dato Mufti ialah 3 tawaran yang diberikan oleh Allah kepada hambanya iaitu:
1. Al-Quran : Kita dianjurkan membaca al-Quran setiap hari. Kalau tak dapat baca satu muka, bacalah dua, 3, 4 atau 5 muka sehari. Tak perlu baca banyak-banyak, yang penting ialah istiqamah. Lagi bagus kalau Memahani makna (terjemahan)

Kedua: Solat. Solat ialah tiang agama. Sebagai tiang ugama, makanya sesiapa yang menjaga solatnya, ia mudah untuk menjaga  rukun Islam yang lain iaitu berpuasa di Bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan fardu Haji di Makkah. Solat sendirian di rumah itu sah tetapi kurang sempurna. Solat yang sempurna dilakukan di masjid.

Ketiga ialah mengeluarkan zakat.  Belanjakan harta  sama ada secara terang-terangan atau sebaliknya. Dalam al-Quran zakat disebut sebanyak 32 kali.

Akhirnya Dato Mufti memperlihatkan ciri -ciri orang yang berjaya di sisi Allah di antaranya ialah
1. Mereka yang percaya kepada hal yang ghaib - walaupun mereka tidak nampak Allah tetapi begitu yakin bahawa Allah itu wujud; walaupn tidak nampak malaikat tetapi yakin bahawa malaikat itu ada. Percaya adanya surga dan neraka.
2. Orang yang mendirikan solat. Orang yang mendirikan solat fardu berjemaah mendapat 27 kali ganjaran berbanding dengan orang yang solat bersendirian. Di sini Dato memberikan gambaran solat jemaah itu mempunyai tingkat-tingkat ganjaran yang berbeza. Berada di tempat tertinggi (johan lah kiranya)  ialah solat jemaah subuh pada hari Jumaat (kalau imam baca surah Sajadah akan bertambah lagi pahalanya). kedua tertinggi ialah solat subuh pada hari Sabtu hingga Khamis. Tempat ketiga ialah Solat zohor dan asar. keempat solat Isya sementara tempat tercorot ialah solat Magrib. Di sini Dato berseloroh orang kita paling ramai   solat jemaah di masjid atau surau ialah pada waktu magrib. namun begitu ia adalah lebih baik berbanding solat di rumah.

Selain daripada itu, Dato Mufti juga menyentuh kejayaan orang perempuan. Orang perempuan Hanya perlu menjaga 4 perkara sahaja dan dia dianggap  perempuan berjaya di sisi Allah iaitu:
1. Perempuan yang menjaga solatnya
2. Perempuan yang menjaga puasanya. Ramai perempuan yang tidak mengqada puasa nya. Tahun berganti tahun sehingga bayaran fidyah menjadi tidak terkira banyaknya
3. Perempuan yang mentaati suaminya selagi suami berada dipihak yang benar
4. /%?$ (az lupa pulak - kalau ada yang tahu harap bantu yer.





Jumaat, 15 April 2011

Freedom


150411


Apa kata Maher Zain tentang lagu ini?

"About 6 weeks ago I was inspired by the brave young people struggling for their freedom in Tunisia, Egypt & Libya to write a new song called FREEDOM. I performed this song for the first time on the 25th & 26th of Feb in Malaysia & we made this video. Thanks to everyone involved. I hope that u will like it insha Allah, please share with your friends :)"


1. Gathered here with my family, my neighbours and my friends
2. Standing firm together against oppression holding hands
3. It doesn't matter where you're from or if you're young, old, woman or man
4. We're here for the same reason, we want to take back our land
5. O God, thank you
6. For giving us the strength to hold on
7. And now we're here together calling you for freedom, freedom
8. We know you can hear our call oh
9. We're calling for freedom, fighting for freedom
10. We know you won't let us fall oh
11. We know you're here with us
12. No more being prisoners in our homes
13. No more being afraid to talk
14. Our dream is just to be free, just to be free
15. Now when we've taking our first step towards a life of complete freedom
16. We can see our dream getting closer and closer, we're almost there
Repeat 5-11
17. I can feel the pride in the air
18. And it makes me strong to see everyone
19. Standing together holding hands in unity
20. Shouting out loud demanding their right for freedom
21. This is it and we're not backing off
22. Oh God we know you hear our call
23. And we're calling you for freedom, freedom
24. We know you can hear our call oh
25. We're calling for freedom, fighting for freedom
26. We know you won't let us fall oh
27. We know you're here with us
28. Freedom, freedom, freedom





Selamat Hari Lahir

150411



Hari ini adalah hari kelahiran Luah Fikiran. Beliau selalu menjengah ke blog az. Selamat Hari ulangtahun ke-62 kepada Dato' Dr. Hj. Abdullah Al-Hadi Hj. Muhamed. Semoga dato  terus sihat sejahtera, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki disamping isteri tercinta, anak-anak dan cucu-cucu tersayang.

Khamis, 14 April 2011

Seperti Ular Kekenyangan

140411
Selepas Solat Zohor tengah hari tadi, hujan mulai turun. Daripada rintik menjadi renyai dan terus melebat. Aku terpaksa berpayung melangkah ke pejabat. Aku tidak tahu keadaan di luar sama ada masih hujan atau tidak kerana duduk dalam pejabat yang berhawa dingin. Kebetulan hari ini aku menghadiri mesyuarat bantuan kewangan pelajar. Tentunya sesudah mesyuarat kami disediakan dengan jamuan rengan. Wow tempe goreng dan pisang goreng panas. Aku tergoda juga dengan pisang goreng dan mencuba seulas. Yang menjadi sasaran ialah tempe goreng. Apa lagi aku pun membalun tempe goreng. Aku mencuba satu tempe goreng. Sedap juga, gareng sungguh tempe goreng itu, sudah lah gareng,  rangup pulak. Apa lagi, Satu persatu tempe goreng itu masuk ke mulut aku. Ngap........ngap.........ngap .............dan akhirnya aku tersandar kekenyangan.  Semasa aku keluar pejabat pukul 5.15 petang, hujan telah berhenti, udara begitu nyaman sekali dan apaabila selesai Solat Asar aku keluar walking menghirup udara segar selepas hujan. Waduhhhhh, lantaran kekenyangan aku tak larat nak berlari. Persis ular sawa selepas membahan seekor kambing menghela badannya yang berat. Aku gagahi juga untuk berlari..........  Udara yang sejuk tidak aku rasai lagi apabila badan mulai berpeluh. Dan akhirnya laluan sejauh 3km dapat juga aku habiskan dalam masa 30 minit. D rumah tersedia pulak kebab, kueh pow .......... $#%*&%$ ....... ALhamduliilah. Syukur nikmat.

Saham Bank Rakyat

140411
ADakah anda menyedari Bank Rakyat kini sedang menjual saham kepada umum? AZ tidak menyedarinya. Sebenarnya lama juga az menantikan agar Bank Rakyat menjual sahamnya kerana dividen yang diberikan setiap tahun amat berbaloi. Nasib baiklah semalam az terdengar perbualan antara staf yang menyatakan hal tersebut. Justeru sewaktu lunch tengah hari tadi az mengambil kesempatan mengunjungi Bank rakat Pontian untuk tujuan menambah pelaburan. Alhamdulillah, tidak ramai pelanggan ketika itu, maka mudahlah urusan penambahan tersebut tanpa menunggu lama. Pihak bank hanya membenarkan pelanggan membeli 500 saham sahaja dan sekiranya untuk jumlah yang lebih kena isi borang. Kepada mereka yang berminat jangan tunggu lama, silalah mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat untuk membuat membelian atau penambahan saham.

Rabu, 13 April 2011

Walking plus jogging

130411

Hari ini seperti biasa aku 'walking' keluar kampus. Terasa langkahku agak rengan dan tiba-tiba kaki aku terangkat dan terus melangkah laju. aik? aku boleh berlari? hehehhe. Biar betul. Aku terus menghayun langkah demi langkah. Hatiku terasa girang. Boleh berlari aku petang ini. Aku dapat rasakan badan ku panas kerana darah bergerak kencang. AKu berhati-hati takut kekejangan akan menyerang kaki kananku yang baru sahaja menyemboh. Ku sangka panas hingga ke petang tetapi tidak kesampaian. Tidak sampai 50 meter, aku mulai pancit. Aku memperlahankan langkah ku dan terus 'walking' semula. Aku 'walking' kemudian jogging dengan track yang agak jauh daripada kebiasaan. Aku memasuki ke laluan yang agak jauh ala-ala merentas desa budak sekolah. Aku melalui parit saliran, memasuki ladang kelapa sawit dan tiba-tiba menembusi perkampungan Bugis. Baju ku basah kerana simbahan peluh yang masham. Hatiku  puas kerana dapat berlari dan berjalan. Selepas Solat Isyak tadi, aku terasa begitu lapar, terasa macam menggigil pun ada. Justeru aku membuat ujian darah. Fuhyooooooooo, terkajuit aku. 4.0mml. Huhhhhh, padanlah rasa semacam. Apa lagi aku mengambil dua keping kueh kasturi, separuh berger kepunyaan mrszain yang dibeli dari pasar malam..........................

Selasa, 12 April 2011

Solat Jemaah

120411
Semenjak dua menjak ni, Surau tempat aku solat jemaah  mengalami pertambahan jemaah semasa solat Maghrib dan Isyak. Alhamdulillah. Kalau dulu kadang-kadang satu saf pun tidak penuh namun kini telah bertambah menjadi dua saf. Semoga bilangan kedatangan jemaah akan berterusan dan kalau boleh dapat ditingkatkan lagi. Selepas Solat Magrib, kami akan membuka kitab al-Quran dan membaca ayat demi ayat secara bergilir-gilir dan seorang akan bertindak membaca terjemahannya. Selepas itu akan duduk bersama-sama menikmati juadah yang dibawa oleh salah seorang jemaah. Aktiviti ini akan berterusan setiap malam kecuali malam Jumaat di mana Yasinan akan mengambil alih dan sementara hari Ahad malam Isnin di ambil alih aktiviti tazkirah yang disampaikan oleh ustaz muda di kampong kami ini.

Isnin, 11 April 2011

walking

110411
Sampai di rumah daripada pejabat petang tadi aku berasa amat penat sekali. Tidak bermaya. Hati kecilku menyuruh aku mengambil bantal sahaja namun selepas menunaikan solat asar aku keluar daripada rumah memakai track bottom, stoking dan berkasut aku memulakan langkah berjalan alon-alon di sekitar kampus maktab. Petang itu  aku mengambil keputusan untuk keluar kawasan maktab menyelinap ke kawasan kampung sambil melonggarkan otot-otot menghirup udara segar di sepanjang jalan Parit Keroma yang dibarisi dengan pohonan pepisang. Aduss, bahagia sekali rasanya. Mana-mana manusia yang aku temui aku lemparkan senyuman yang begitu manis sekali malah tidak ketinggalan  bertegur sapa dengan mereka. Cukup 30 minit aku dapat merasakan badanku diselimuti dengan cairan yang keluar daripada liang roma ku membasahi baju-T yang aku pakai. Betapa segarnya aku rasai. Namun ada sesuatu yang mengganggu aroma hidungku. Hehehheh.  Alhamdulilillah, badan yang penat tidak bermaya kini bertukar segar. Ketika melintasi pondok pengawal menegurku. "Jogging ke tn aji"? Aku membalas sempoi, " bukan jogging tetapi walking", sambil tersenyum. Sebenarnya amalan walking ini telah berlarutan semenjak bulan disember yang lalu. AKu begitu beristiqimah untuk 'walking' mengelurakan peluh. Nak berjogging sudah tidak larat lagi. Pernah sekali ketika naik sheikh, aku cuba berlari........ tiba-tiba betisku kejang. Sakitnya tidak terperi..........

Ahad, 10 April 2011

untung seorang isteri

100411
Hari ini aku dapat menghadiri majlis ilmu di Surau Anak Bugis Pt Keroma Ayer Baloi Pontian. Tajuk yang menjadi perbicaraan ustaz penceramah ialah Solat Jemaah. Hukum solat jemaah adalah fardu kifayah namun perlu diingat solat jemaah itu seolah-olah fardu ain. Solat jemaah itu lebih afdhal kerana ia memberikan ganjaran 27 kali ganda pahala berbanding solat sendirian. Walaupun seorang suami itu solat jemaah bersama isterinya namun ia tidak sama ganjarannya solat jemaah di surau atau masjid. Solat sendirian isteri di rumah manakala suaminya solat jemaah di surau/masjid maka sekonyong-konyongnya si isteri mendapat ganjaran 27 kali ganda pahala setanding dengan orang yang bersolat jemaah di surau/masjid. Beruntunglah isteri-isteri yang solat sendirian di rumah yang mana sang suaminya solatt jemaah di surau/masjid, sang isteri  akan  mendapat ganjaran yang sama dengan suaminya yang bersolat di surau atau masjid. Oleh itu wahai sang isteri, galakkanlah suami anda bersolat jemaah di surau atau masjid.

 .......Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjamaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkakk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...