Rabu, 20 April 2011

Ganjaran Yang dibiarkan


200411
Malam tadi seperti biasa selepas solat magrib, ahli jemaah surau Anak-anak Bugis seperti biasa akan membaca al-quran seorang demi seorang. Setiap ayat yang telah dibaca akan dibaca pula terjemahannya oleh seorang jemaah yang telah ditetapkan. Kami sekarang telah memassuki juzuk ke 15 iaitu Surah al-Isra'. AZ begitu terkasima apabila sampai ke ayat 79  yang bermaksud

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (79)


Ayat 79, Surah al-Isra'; Allah menyarankan hambanya bangun pada waktu malam untuk mendirikan solat tahajud. Allah telah berjanji akan menempatkan mereka yang berbuat demikian di tempat yang terpuji di akhirat nanti. Allah telah berjanji begitu tetapi mengapa hambanya (termasuk az) begitu berat untuk bangun malam? AZ teringat dengan Musafir Islam ketika MI bemalam di rumah az, beliau bangun malam untuk bersolat tahajud. Bertuah siapa yang dapat MI itu. Malam tadi az berazam untuk bangun solat malam namun terkaciwa malah solat jemaah subuh pun tertinggal. Begitu hebat cabaran apabila kita berazam begitu namun tidak kesampaian. Kadangkala kita terbangun malam untuk kencing tetapi selepas itu tidur semula tanpa mendirikan solat tahajud. Teringat semasa di tanah suci,  az begitu mudah untuk bangun malam tetapi di sini...............

11 ulasan:

shami2 berkata...

salam Az....

untuk mudah bangun..malam tidur awal, masa doa lepas solat isyak minta Allah kejutkan utk bangun malam...bangun sekitar jam 4 pgi...kalu rasa berat jugak cuba berdoa berkali2 dalam keadaan berbaring tu..mohon ampun pada Allah berulang2 kali insyallah akan cepat bangun...bisik selalu hajat kita untuk bangun malam ...

Ayah Zain berkata...

shami2

makasih atas tip diberi. cabarannya untuk tidur awal tu, paling cepat kul 12 malam. tak apa, malam ni cubak lagi

zue berkata...

assalamualaikum ayah zain,
Semoga AZ dpt menunaikan sembahyang tahajud dgn keredhaannya.

KAMATO berkata...

salam az, insyaallah dipermudahkan, azam dan usaha yg penting, cara paling senang amalkan bangun pukul 4 setiap pagi, terus boleh ke subuh

Ayah Zain berkata...

salam zue

terima kasih

Ayah Zain berkata...

salam zue

terima kasih

Ayah Zain berkata...

salam kamato

bangun 4 pg? ermmm, I foloooooooo.

Kakzakie Purvit berkata...

Assalamu'alaikum AZ,

Rasanya kalau nak puasa sunat Isnin-khamis memang mudah nak buat, malam-malam lainnya ada susah sikit (kakak la tu....)

Che Mid berkata...

Salam, dulu rajin buat alhamdulillah, masa mengandung pun larat bangun awal pagi.. tapi bila anak dah lahir.. sibuk dengan baby.. jadual dah lari.. skrg sedang menimba kekuatan untuk mula semula.. Ya Allah.. permudahkan usaha kami ya Allah..

Ayah Zain berkata...

salam kakzakie,

terima kasih sudi menjengok az kembali

Ayah Zain berkata...

salam che mid,

tak apa, ada niat nak mulakan semula pun udah dapat ganjaran pahalanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...