Isnin, 11 April 2011

walking

110411
Sampai di rumah daripada pejabat petang tadi aku berasa amat penat sekali. Tidak bermaya. Hati kecilku menyuruh aku mengambil bantal sahaja namun selepas menunaikan solat asar aku keluar daripada rumah memakai track bottom, stoking dan berkasut aku memulakan langkah berjalan alon-alon di sekitar kampus maktab. Petang itu  aku mengambil keputusan untuk keluar kawasan maktab menyelinap ke kawasan kampung sambil melonggarkan otot-otot menghirup udara segar di sepanjang jalan Parit Keroma yang dibarisi dengan pohonan pepisang. Aduss, bahagia sekali rasanya. Mana-mana manusia yang aku temui aku lemparkan senyuman yang begitu manis sekali malah tidak ketinggalan  bertegur sapa dengan mereka. Cukup 30 minit aku dapat merasakan badanku diselimuti dengan cairan yang keluar daripada liang roma ku membasahi baju-T yang aku pakai. Betapa segarnya aku rasai. Namun ada sesuatu yang mengganggu aroma hidungku. Hehehheh.  Alhamdulilillah, badan yang penat tidak bermaya kini bertukar segar. Ketika melintasi pondok pengawal menegurku. "Jogging ke tn aji"? Aku membalas sempoi, " bukan jogging tetapi walking", sambil tersenyum. Sebenarnya amalan walking ini telah berlarutan semenjak bulan disember yang lalu. AKu begitu beristiqimah untuk 'walking' mengelurakan peluh. Nak berjogging sudah tidak larat lagi. Pernah sekali ketika naik sheikh, aku cuba berlari........ tiba-tiba betisku kejang. Sakitnya tidak terperi..........

8 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Hj AZ

lama betul tak menziarah kesini

Alhamdulillah AZ sihat...

tidak terhitung rahmat yg Allah berikan kpd kita
Syukur

Wassalam

Ayah Zain berkata...

alhamdulillah, az sihat. semoga rozali juga sihat adanya. Terima kasih datang melawat yer. Az baru nak warmup dulu. hehehhe

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,

lama juga mama tak berziarah..Betapa bahagianya menikmati waktu sihat...dan dengan riadhah sedemikian insyaallah kesihatan dapat di maintainkan..
..berjalan keliling rumah melihat bunga berkembangan juga menyihatkan mental dan fizikal
semuga kita diberi kesihatan yang baik sentiasa..insyaallah

Ayah Zain berkata...

salam nadz,

terima kasih nadz, memang betul tu. semoga kita sentiasa dalam keadaan sihat walafiat

afeezz berkata...

assalamualaikum tuan haji AZ :sy dah lama tak buat walking ni. dulu ade gal wat keliling UM. 1 jam gak sy berjalan. hajat hati mg nak wat lagi, tapi kemalasan melanda plak... hahah

Ayah Zain berkata...

yer ke afeez, afeez muda lagi, tenaga masih kuat ...........,

rezeki berkata...

salam az

memula walking , kemudian running last jgn fening sudah la hehehe

saya hampir setiap petang 30 minit dihabiskan dgn berjogging , dalam 4-5 km juga rasanya

Ayah Zain berkata...

salam rezeki,
bravo, ente memang marvelous

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...