140411
ADakah anda menyedari Bank Rakyat kini sedang menjual saham kepada umum? AZ tidak menyedarinya. Sebenarnya lama juga az menantikan agar Bank Rakyat menjual sahamnya kerana dividen yang diberikan setiap tahun amat berbaloi. Nasib baiklah semalam az terdengar perbualan antara staf yang menyatakan hal tersebut. Justeru sewaktu lunch tengah hari tadi az mengambil kesempatan mengunjungi Bank rakat Pontian untuk tujuan menambah pelaburan. Alhamdulillah, tidak ramai pelanggan ketika itu, maka mudahlah urusan penambahan tersebut tanpa menunggu lama. Pihak bank hanya membenarkan pelanggan membeli 500 saham sahaja dan sekiranya untuk jumlah yang lebih kena isi borang. Kepada mereka yang berminat jangan tunggu lama, silalah mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat untuk membuat membelian atau penambahan saham.
2 ulasan:
assalamualaikum AZ : AZ beli berapa banyak??
alaikum salam afeez.
dah dia bagi 500 maka setakat 500 unit sahaja la.
Catat Ulasan