220411
Dalam dunia sekarang ini macam-macam bentuk penipuan.Tipu sana ntipu sini. Hehehe dah macam tajuk citer filem pulak. Cuba lihat bahan yang az drpd emel ini............
E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin membuat penafian mengeluarkan email (HASIL
Di sini LHDNM ingin mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah PALSU dan merupakan aktiviti phishing oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai.
Orang ramai yang menerima e-mel tersebut dinasihatkan untuk tidak membukanya serta menghapuskannya dan dilarang memberikan sebarang maklumbalas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.
Unit Keselamatan ICT, Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM bertindak pantas dengan melaporkan hal ini kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia apabila mengesan aktiviti bermula semalam dan laman tersebut telah dipintas dan ditutup. Ini adalah merupakan cubaan kali ketiga untuk menipu pembayar cukai.
Harap maklum bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijaminselamat dalam simpanan LHDNM. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan hal ini boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel callcentre@hasil.gov.my.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Dikeluarkan oleh : Mazlan Wan Chik
Pengarah Komunikasi Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 14 March 2010
Nombor Telefon : 03-6203 1380
Nombor Faks : 03-6201 2434
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
www.hasil.gov.my
4 ulasan:
ini la sebahagian penyalahgunaan teknologi, mereka hanya perlukan detail akaun kita
kelmarin baru selesai masuk e-filing
salam kamato
itulsh yg berlaku apabila manusia lupa, depa ingat mereka boleh hidup menungkat dunia
salam sak
alhamdulillah
Catat Ulasan