Selasa, 12 April 2011

Solat Jemaah

120411
Semenjak dua menjak ni, Surau tempat aku solat jemaah  mengalami pertambahan jemaah semasa solat Maghrib dan Isyak. Alhamdulillah. Kalau dulu kadang-kadang satu saf pun tidak penuh namun kini telah bertambah menjadi dua saf. Semoga bilangan kedatangan jemaah akan berterusan dan kalau boleh dapat ditingkatkan lagi. Selepas Solat Magrib, kami akan membuka kitab al-Quran dan membaca ayat demi ayat secara bergilir-gilir dan seorang akan bertindak membaca terjemahannya. Selepas itu akan duduk bersama-sama menikmati juadah yang dibawa oleh salah seorang jemaah. Aktiviti ini akan berterusan setiap malam kecuali malam Jumaat di mana Yasinan akan mengambil alih dan sementara hari Ahad malam Isnin di ambil alih aktiviti tazkirah yang disampaikan oleh ustaz muda di kampong kami ini.

4 ulasan:

mama ju berkata...

Aslkm Tuan Hj

Baguslah mengimarahkan surau dan masjid.Kita mau veteran dan org muda berganding bahu..syabas

rezeki berkata...

az

selalu kat masjid al ikhwan ni tepi hutan dalam 1 1/2 saf juga , tapi safnya panjang pasal masjid jamek dalam 80-90 org juga
tapi sedih juga psl penduduk tepi hutan ni ada lebih kurang 10 ribu org , tapi ada 4 lagi surau lain berhampiran antara satu sama lain

tadi pun boleh tahan , ahad lepas hanya lebihkurang 15 pasal hujan turun lebat sangat

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

Insya Allah, semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua

Ayah Zain berkata...

salam rezeki,

alhamdulillah. Semoga semua jemaah surau atau masjid dapat datang sama-sama menunaikan solat jemaah fardu di surau/masjid.

pagi ni tadi subuh lebih satu saf juga. alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...