240411
Selamat pagi minggu. Pagi yang damai dan tenang kerana tidak ke pejabat. Tidak tergesa-gesa untuk mengejar waktu. Kita antai dan sempoi hari ini. whops silap, bukan semua orang berehat pada hari ini. Orang Kedah, Kelantan dan Trengganu berkerja hari ini. Pagi ini az terfikir adakah az termasuk dalam golangan orang yang bertaqwa? Adakah susah hendak menjadi orang yang bertaqwa? Dalam al-Quran Allah telah memberikan tanda-tanda orang yang bertaqwa. Adakah penting kita menjadi orang yang bertaqwa? Memang tersangat penting kerana Allah menyatakan orang yang bertaqwa akan mendapat
petunjuk daripadaNya. Adakah AZ termasuk dalam golongan ini? Sesungguhnya amat beruntung menjadi orang yang bertakqwa. Orang yang bertaqwa adalah orang yang beriman.Dalam doa seharian kita selalu meminta kepada Allah agar menjadikan kita orang yang beriman dan bertaqwa. Surah al-Baqarah ayat 1-5 telah memberikan gambaran akan orang-orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dalam tahlil setiap malam Jumaat, ayat ini akan menjadi sebeagian daripada wirid yang sentiasa di baca oleh imam.
Di antara tanda-tanda atau ciri orang beriman itu adalah seperti berikut:
1. orang yang percaya kepada perkara yang ghaib (Allah swt itu ada/wujud)
2. orang yang mendirikan solat fardu 5 kali sehari semalam
3. orang membelanjakan/mendermakan sebahagian rezeki yang mereka perolehi
4. orang yang percaya kepada kitab al-Quran dan kitab-kitab yang terdahulu
5. orang yang percaya dan yakin adanya hari Qiamat tanpa ragu.
Kita percaya kepada 5 perkara di atas?. Kalau percaya adakah kita percaya dengan sesungguhnya? Adakah kita begitu yakin dengan perkara-perkara tersebut? Mengapa kita selalu tergelincir dengan membuat dosa? Kita leka dan lalai. Kita kalah dengan godaan dan hasutan syaitan. Semoga Allah memberikan rahmatnya kepada kita. Marilah kita sentiasa berdoa kepada Allah agar kita termasuk dalam golangan orang-orang yang mendapat petunjuk daripada Allah..
2 ulasan:
salam, orang Kedah ada yang bercuti dan ada yang bekerja hari ni..
salam che mid,
yer ker. maknanya cuti tak serantak la yer. macam johor dulu. yang bestnya hari jumaat kita leh pergi uruskan segal;am macam dekat bank sebab bank cuti hari ahad
Catat Ulasan