Ahad, 24 April 2011

Fidyah menipu

240411
Fidyah membawa maksud menggantikan apa yang kurang. Itulah yang dinyatakan oleh ustaz semasa kuliah magrib tadi di Surau Anak Bugis. Macam-macam bayaran fidyah yang dianjurkan seperti fidyah puasa dan sebagainya. Seketika dahulu, aku ingat-ingat lupa sama ada tahun lepas atau dua tahun lepas. Masa itu aku dipelawa untuk satu majlis disebuah rumah yang mengadakan majlis membayar fidyah. Tuan rumah mengumpulkan barangan kemas yang dimasukkan ke dalam satu bekas. Aku agak lebih daripada 30 ribu nilainya kerana amat banyak banyak). Ketika itu dalam rumah itu terdapat lebih kurang 8 orang yang duduk dalam satu bulatan. Seseorang bertindak sebagai ketua dan duduk di tengah-tengah bulatan. Ketua ini akan membuat satu akad dengan berkata, "aku serahkan harta ini (barangan kemas tersebut) kepada kamu (orang yang diberikan) sebayai bayaran fidyah puasa .....(nama si mati)". Orang yang diberikan barangan kemas itu akan berkata, "aku terima ........... sebagai bayaran fidyah ........ dan dengan ini aku kembalikan semula kepada tuan". Begitulah acara itu sehingga sekumpulan orang yang berada dalam bulatan itu menerima barangan tersebut. Aku ketika berasa pelik juga, adakah perkara ini betul atau tidak. Nak bertanya aku bimbang akan melukan hati tuan rumah. Aku pendamkan sahaja kerana yang menyertai kumpulan itu bukan calang-calang orang ......
Ahirnya, apa yang terbuku di hatiku terjawab juga akhirnya sekejap tadi. Ustaz menyentuh tentang apa yang aku ceritakan dia tadi di mana ustaz menyatakan perbuatan itu sebagai fidyah tipu. Apa tidak tipunya, harta yang ada memang wujud tetapi akhirnya harta itu dimiliki semula oleh tuan rumah yang mengendalikan majlis fidyah tersebut. Barang di sorong dan ditarik......

4 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Hj AZ

Allahuakbar
itu tandanya masih sayangkan dunia lagi

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

tu la pasal.

Unknown berkata...

assalamualaikum AZ...

dengan hukum hakam agama pun diorang nak kecoh juga .macam2 manusia nie.

Ayah Zain berkata...

yang ini x ada kecohnya umi. hanya menjawab apa yang ada dalam minda az dengan penerangan ustaz masa kuliyah magrib itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...