Jumaat, 22 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)

220411
Akhirnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) menjelma kembali. Bermula 22 April 2011 (hari ini rupanya) PBAKL akan menjadi tumpuan kepada si ulat buku untuk mengunjunginya. Ia akan berlangsung sehingga 1 Mei 2011. Kali ini PBAKL membawa tema "Buku: Dunia Tanpa Sempadan" akan berlangsung di Pusat Dunia Kuala Lumpur dan beroperasi dari pukul 10.00 pagi sehingga ke pukul 9.00 malam. Kalau tak silap AZ, PBAKL telah beroprasi lebih daripada suku abad yakni bermula pada tahun 1982.

PBAKL kali ini  dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada itu PBAKL mendapat kerjasama daripada Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Kontraktor Buku Malayasia (PKBM), Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia(PPPBBM) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

Jadi apa tunggu lagi, marilah kita sama-sama memeriahkan PBAKL 20011 dengan mengunjunginya, mana tahu kita boleh terserempak di  PWTC. AZ bercadang ke PBAKL pada 30 April 2011. Mana tahu az bertuah mendapat buku percuma daripada seseorang.

OoooooooooPs! ada sesuatu yang mengembirakan. Ada syarikat buku yang menawarkan diskaun. Mari kita surf di internet. Antara yang az dah jumpa ialah Syarikat Buku PTS yang menawarkan diskaun sehingga 30%. Lumayannnnnnnnn

Sila klik di sini untuk jadual aktiviti PBAKL

8 ulasan:

Unknown berkata...

salam AZ...

agak2nya siapa lah orngnya yg AZ maksudkan dpt buku percuma dari 'seseorang' tu...gurau jer.

kalau AZ ke pesta buku pada 30 April,rasanya 1 Mei ke majlis walimah ank rakan kita kot yer.jadi kita jumpa ramai2 di sana nanti.

Kakzakie Purvit berkata...

Assalamu'alaikum AZ,

Anak-anak kakak pun dah merengek nak pergi tapi kakak rasa tak dapatlah.... banyak sangat agenda di sini yg kena selesaikan....

Kenapalah tak nak buat di JB ye?..

mama ju berkata...

Aslkm
Moga dpt jumpa sesama dgn org tu...
Mama baru sampai dr kg. Sebenarnya semlm lalu kat MRSM tu utk ke haspital Pontian. Hehe tak sampai hati nak singgah sbb waktu keje...
Hantar anak Xray, nampaknya anak saya ok ok . Alhamdulillah.
1 hb tu jgn lupa gi Golf Kiara kawin anak Datin Lina.

Ayah Zain berkata...

salam umi,

hahaha, insya allah tu.

Ayah Zain berkata...

ala kakzakie, pergi jer bawak bebudak tu. Setahun sekali jer. kita pakat2 g 30apr

Ayah Zain berkata...

yer ker. heheh
kalau x dapat singgah, msg jer.
tp semalam az meeting sampai kul 6.30 petang

mama ju berkata...

Aslkm

Hehe saya dh tgk tajuk mcm2 ada...hehe utk esok ke?..isi kandungan tulis ...tak diketemui...

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

hehheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...