Sabtu, 16 April 2011

Program Titipan Ilmu

160411
Alhamdulillah, selepas Isya tadi, az   menghadiri Majlis Titipan Ilmu bersama Mufti Negeri Johor iaitu YBhg. Dato Tahrir bin Dato Kiyai Shamsuddin di Masjid Jamek Parit Kahar, Ayer Baloi, Pontian Johor. Sebenarnya kehadiran az   mewakili boss yang tak dapat hadir kerana boss ada program yang lain. Majlis ini di adakan sempena Sambutan Maulidur  Rasul 1432H. Walaupun sudah 3 bulan berlalu namun majlis seumpaman ini adalah perkara biasa di Johor. Kebetulan pula az tercepat sampai di lokasi ceramah,  maka dengan itu az dijamu dengan nasi beryani daging yang teramatlah sedapnya. Selepas itu, kami solat Isya yang di Imami oleh dato Mufti. Sebelum ceramah di sampaikan hadirin dipersembahkan dengan bacaan zanji yang dipimpin oleh penduduk kampong Pt Kahar sendiri.

Di antara intipati ceramah Dato Mufti ialah 3 tawaran yang diberikan oleh Allah kepada hambanya iaitu:
1. Al-Quran : Kita dianjurkan membaca al-Quran setiap hari. Kalau tak dapat baca satu muka, bacalah dua, 3, 4 atau 5 muka sehari. Tak perlu baca banyak-banyak, yang penting ialah istiqamah. Lagi bagus kalau Memahani makna (terjemahan)

Kedua: Solat. Solat ialah tiang agama. Sebagai tiang ugama, makanya sesiapa yang menjaga solatnya, ia mudah untuk menjaga  rukun Islam yang lain iaitu berpuasa di Bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan fardu Haji di Makkah. Solat sendirian di rumah itu sah tetapi kurang sempurna. Solat yang sempurna dilakukan di masjid.

Ketiga ialah mengeluarkan zakat.  Belanjakan harta  sama ada secara terang-terangan atau sebaliknya. Dalam al-Quran zakat disebut sebanyak 32 kali.

Akhirnya Dato Mufti memperlihatkan ciri -ciri orang yang berjaya di sisi Allah di antaranya ialah
1. Mereka yang percaya kepada hal yang ghaib - walaupun mereka tidak nampak Allah tetapi begitu yakin bahawa Allah itu wujud; walaupn tidak nampak malaikat tetapi yakin bahawa malaikat itu ada. Percaya adanya surga dan neraka.
2. Orang yang mendirikan solat. Orang yang mendirikan solat fardu berjemaah mendapat 27 kali ganjaran berbanding dengan orang yang solat bersendirian. Di sini Dato memberikan gambaran solat jemaah itu mempunyai tingkat-tingkat ganjaran yang berbeza. Berada di tempat tertinggi (johan lah kiranya)  ialah solat jemaah subuh pada hari Jumaat (kalau imam baca surah Sajadah akan bertambah lagi pahalanya). kedua tertinggi ialah solat subuh pada hari Sabtu hingga Khamis. Tempat ketiga ialah Solat zohor dan asar. keempat solat Isya sementara tempat tercorot ialah solat Magrib. Di sini Dato berseloroh orang kita paling ramai   solat jemaah di masjid atau surau ialah pada waktu magrib. namun begitu ia adalah lebih baik berbanding solat di rumah.

Selain daripada itu, Dato Mufti juga menyentuh kejayaan orang perempuan. Orang perempuan Hanya perlu menjaga 4 perkara sahaja dan dia dianggap  perempuan berjaya di sisi Allah iaitu:
1. Perempuan yang menjaga solatnya
2. Perempuan yang menjaga puasanya. Ramai perempuan yang tidak mengqada puasa nya. Tahun berganti tahun sehingga bayaran fidyah menjadi tidak terkira banyaknya
3. Perempuan yang mentaati suaminya selagi suami berada dipihak yang benar
4. /%?$ (az lupa pulak - kalau ada yang tahu harap bantu yer.





2 ulasan:

Ayah Zain berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ummu berkata...

assalamualaikum tuan haji ayah zain,
pengetua saya ada maklumkan ttg sekolah di ayer baloi melatih pelajarnya berpantun.adakah ia sekolah tuan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...