Sabtu, 31 Disember 2011
selamat tahun baru
Tahun 2011berlalu dengan seribu macam suka dan duka, pahit dan manis. Namun yang berlaku biarlah berlaku. Yang akan datang akan dihadapi dengan lebih berhemah. Antara yang menjadi ingatan kenangan manis di tahun 2011 ialah aku menerima menantu. Satu peristiwa yang menjadi setiap bapa abila anak gadisnya menjadi suri rumah tangga. Di saat itu, tanggungjawab bapa kepada anak gadisnya akan beralih kepada suaminya pula. Aku hanya mempunyai seorang anak perempuan justeru tiada apa lagi kerunsingan di hati berkaitan dengan anak perempuan. Kata orang menjaga sekandang lembu lebih mudah berbanding menjaga seorang anak perempuan. Tahun 2012 yang menjelang akan menambah lagi debaran kepadaku kerana kurang sebulan dari sekarang,aku akan menjadi datuk. Bukan datuk pemberian Sultan atau Raja tetapi datuk anugerah.
Oklah. Kepada pembaca budiman, aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Semoga kedatangan tahun baru ini akan lebih bermakna. Mana-mana azam yang tidak terlaksana akan dapat dilaksanakan pada tahun baru ini. HEPI NEW YEAR
Sabtu, 24 Disember 2011
Ingat Mati
241211
Ingat mati
Ingat Sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali
Itulah bait bait lirik lagu Tobat Maksiat si Wali Band daripada negara jiran sebelah. Hehehe, aku bukan bercerita tentang kematian tetapi itulah topik yang diperkatakan oleh Ustaz di Majlis Ilmu semasa menanti waktu Isyak di Maskid Ayer Molek, Melaka.
Mati hanya berlaku di dunia. Tiada kematian di akhirat. Mati hanya satu kali. Mati adalah maut. Maut adalah hadiah di alam kubur. Selepas mati, kita akan diletakkan di dalam kubur. Di alam kubur, ada nikmat dan ada azab. Mereka yang mendapat Nikmat di alam kubur bermakna ia akan mendapat nikmat di akhirat iaitu di syurga. Mendapat azab di alam kubur akan menerima azab di Neraka. Nabi Muhammad saw, bersabda perbanyakkanlah mengingati mati. Dengan mengingati mati dapat menghindarkan kita melakukan perlanggaran peraturan Allah swt.
Segala yang disayangi akan di tinggalkan di dunia. Hanya keimanan yang dibawa ke alam kubur. Mayat yang diletakkan di dalam kubur akan mendengar derapan tapak kaki sahabat handai, saudara mara meninggalkan si mati, maka tinggalkan si mati keseorangan di dalam kubur. Sama ada kubur itu sempit atau luas bergantung kepada amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia. Oleh itu marilah sama sama mencari keredaan Allah.
Jumaat, 23 Disember 2011
misi berjaya
231211
Lamanya aku tidak mengemas rumahku ini. Sana sini abok berterbangan. sawang di mana-mana. Apakan dayaku. sejak akhir akhir ini aku begitu sebok dengan tugasan terutamanya dalam mengemaskini markah kokurikulum pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3. Alhsmdulilllah akhirnya hari iinivaku telah berjaya menyelesaikannya. Petang tadi aku berjaya memasukkan markah 10% pelajar tingkatann 5 seecara online. Selagi data ini tidak di key-in, selagi itulah kerjaku tidak selesai. Entry ini disiarkan melalui tablet. oleh itu tiada gambar penyeri kerana madih kurang arif mengendalikannya.
Khamis, 15 Disember 2011
Di suatu Sudut Surau
151211
Di suatu masa, di suatu sudut ruang surau berlaku peristiwa ini. Apakah peristiwa itu
Tanda tangani betul Hj. Jangan tersalah ruang
Aku ni nak tandatangani kat mana pulak?
ok. Tandatangan pulak kat sampul surat ni
macam surat nikah jer? nak tambah satu lagi ke hj
Rabu, 14 Disember 2011
Sujud Sajadah
141211
Hari ini seperti biasa jemaah Surau as-Sidek, Pt Keroma, Ayer Baloi, Johor meneruskan program membudayakan al-Quran. Walaupun hanya beberapa orang jemaah yang tinggal selepas Solat Maghrib, program masih diteruskan. Malam ini mereka membaca Surah Saad, ayat 11 hingga 26. Apabila samapi ayat ke 24 yang bermaksud seperti berikut:-
Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).QS:as-Saad:38:24)
Tamat sahaja ayat ke 24 ini di baca, kami sama-sama bersujud ke hadrat Allah, meminta ampun kepada Allah azajawalla.
Ust Raihan (kanan) membaca ayat Al-Quran dan bakal guru muda ini membaca terjemahannya
antara jemaah yang turut serta
Menikmati juadah selepas program selesai sementara menunggu masuknya Solat Isyak
Selasa, 13 Disember 2011
Memburu Impian
131211
Hari ini tidak berapa sihat, asyik bersin sampai timbul bintang di kepala. Jalan pun terhuyang-hayang. Maka dengan itu mari kita layan lagu ini yang mempunyai ciri-ciri motivasi diri.
Ku Jejak
Jalan Yang Berliku
Membara Jiwaku
Memburu Impian
Ku Renang Lautan Gelora
Biarpun Tersadai
Di Hujung Dunia
Akan Ku Rempuhi Segala Rintangan
Biarpun Rebah Ku Bangun Sendiri
(Chorus)
Akan Ku Genggam Biarpun Hitam
Menjadi Milikku
Ku Mula
Dengan Langkah Ini
Menuju Sinaran Yang Abadi
Ahad, 11 Disember 2011
Gerhana Bulan
111211
Semalam kita diperlihatkan dengan salah satu kuasa Allah yang maha hebat iaitu kejadian gerhana bulan. Bulan purnama itu hilang cahayanya sedikit demi sedikit dan akhirnya bulan purnama kehilangan terus cahayanya. Langit Pontian semalam, bulan purnama kehilangan semua cahayannya pada pukul 10.10 malam. Amat indah suasana malam ketika itu dengan cahaya bulan yang samar samar dengan kerlipan bintang yang gemerlapan. Sekitar pukul 12.00 malam, cahaya bulan purnama hampir kembali pulih dengan langit yang cerah dihiasi bintang-bintang yang cemerlang.
Simulasi gerhana bulan yang berlaku malam tadi 10/12/11
Di Surau as Sidik Pt Keroma, Ayer Baloi, jemaah menunaikan solat sunat grhana bulan tepat pada pukul 9.00 malam yang dipinpin oleh Imam Yasin dan Katib pula ialah Naib Qadi Hj Rahman. Antara isi khutbah yang dapat aku kongsi di sini ialah umat manusia diminta sujud kepada Allah yang mentadbir terbit dan tenggelamnya matahari dan bulan seperti firma Allah surah Fusilat ayat37, ..Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.
Gerhana bulan mempunyai hikmahnya iaitu memberi peringatan supaya hamba-hambaNya tidak melakukan kerosakan, kemungkaran dan perkara yang melampaui batas .
Gerhana bulan menunjukkan amaran dan peringatan Allah kepada seluruh umat manusia agar taat dan patuh kepada segala perentah Allah dengan melaksanakan segala suruhan dan menjauhi laranganya
Gerhana bulan merupakan satu peristiwa yang menakjubkan kepada seluruh manusia kerana bulan kehilangan cahaya secara tiba-tiba . Gerhana bulan ang berlaku tahun demi tahun adalah peringatan Allah kepada umat manusia - tidak melakukan kemungkaran/kerosakan dan sentiasa memohon ampun kepada Allah atas segala ketelanjuran dosa yang dilakukan sama ada disedari atau tidak disedari kerana akan sampai ketikanya dunia dan seluruh makhluknya akan musnah (kiamat) seperti firman Allah dalam surah al-Qiamah ayat 7-11 yang menyatakan , Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),Dan bulan hilang cahayanya,Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?
Khatib sedang membaca khutbah
antara jemaah yang hadir
Saat bulan hampir kehilangan cahayanya (9.50 malam)
Sabtu, 10 Disember 2011
di mana silapnya
101211
Masuk kandang kambing mengembek , masuk kandang rimau mengaum
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Itulah dua pepatah/perumpamaan orang lama Melayu. Memang orang Melayu berpegang kepada pepatah petitih ini hinggakan kadang-kadang menjadi satu yang tidak kena kepada kehidupan kita. Bukannya apa, ini adalah pendapat az sahaja. Orang lain peduli hape, mereka mempunyai pandangan yang sendiri....
Kes ini ini bermula pada satu pagi di MHI TV3 apabila seorang pelajar Melayu yang menuntut di Indonesia bercakap menggunakan loghat Indonesia. Terdetik di hati mengapa pelajar ini tidak bercakap logat kita kerana si pewawancara itu bercakap Bahasa Melayu, loghat Melayu.
Kita akur lidah kita memang mudah mengikut gaya percakapan bahasa tempatan. Malah pelajar di sana diberi kursus bahasa Indonesia sebelum memulakan kuliah. Yang tidak seronoknya pemberita TV3 yang mewawanncara , kalaupun Budik yang mewancara sekalipun , apalah salahnya kita gunakan bahasa kita (Bahasa Melayu) kerana bahan itu akan disiarkan dan di tonton oleh masyarakat Malaysia di TV3. Lihat sahaja ada logo TV3 di mikrofon wartawan itu.
Kita akur lidah kita memang mudah mengikut gaya percakapan bahasa tempatan. Malah pelajar di sana diberi kursus bahasa Indonesia sebelum memulakan kuliah. Yang tidak seronoknya pemberita TV3 yang mewawanncara , kalaupun Budik yang mewancara sekalipun , apalah salahnya kita gunakan bahasa kita (Bahasa Melayu) kerana bahan itu akan disiarkan dan di tonton oleh masyarakat Malaysia di TV3. Lihat sahaja ada logo TV3 di mikrofon wartawan itu.
Sebenarnya kita memang mudah terikut bahasa luar kerana mengikut pepatah di atas barangkali. Lebih malang lagi apabila pewawancara menggunakan loghat Indonesia apabila mewawancara warga Indonesia. Bibik yang begitu lama mengasuh di rumah majikannya di Malaysia tetap berbahasa Indonesia malah anak-anak majikannya pula fasih berbahasa Indonesia. MENGAPA?
Bahasa Jiwa Bangsa. Kita salute dengan warga Indonesia tetap mendaulatkan bahasa mereka walau di mana mereka berada namun warga Malaysia malu untuk berbuat demikian. Orang Melayu berasa banggsa berbahasa Indonesia walaupun baru beberapa hari berada di bumi Indonesia semasa melawat Indonesia. Itu lah kelebihan orang kita yang pandai mengambil hati penduduk tempatan. Tetapi adakah mereka nahu mengambil hati kita di sini? Hagham.
Bkan mereka tidak boleh, boleh. Cuba lihat Maharaja Lawak Mega malam tadi, kumpulan Saehu boleh bercakap loghat Kelantan. Tetapi ...........
Kalau kita perhatikan Orang-orang Indonesia berketurunan Cina Indonesia fasih berbahasa Indonesia, Malah nama mereka pun di Indonesiakan seperti Rydy Hartono. Begitu juga dengan Orang Thai berketurunan China di Thailand , mereka fasih berbahasa Thai di Thailand - tetapi di Malaysia? Orang Melayu pula yang ikut lenggok mereka apabila bercakap. (haiya ah sing nga lu manyak pandai wooo) - Lu pikir lah sendiri. jangan jadi bangau oh bangau sudah ler ......
Bkan mereka tidak boleh, boleh. Cuba lihat Maharaja Lawak Mega malam tadi, kumpulan Saehu boleh bercakap loghat Kelantan. Tetapi ...........
Kalau kita perhatikan Orang-orang Indonesia berketurunan Cina Indonesia fasih berbahasa Indonesia, Malah nama mereka pun di Indonesiakan seperti Rydy Hartono. Begitu juga dengan Orang Thai berketurunan China di Thailand , mereka fasih berbahasa Thai di Thailand - tetapi di Malaysia? Orang Melayu pula yang ikut lenggok mereka apabila bercakap. (haiya ah sing nga lu manyak pandai wooo) - Lu pikir lah sendiri. jangan jadi bangau oh bangau sudah ler ......
Bahasa Jiwa Bangsa hanya tinggal slogan yang tiada ertinya.
Di mana silapnya?????
ini tak silap yer
Jumaat, 9 Disember 2011
Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan
091210
Hari berganti hari,
minggu berganti minggu
bulan berganti bulan
akhirnya cukup setahun
Hari ini ialah hari ulang tahun perkahwinan ke 27, malangnya sorang di utara seorang di selatan. Kesibokan menyebakan terlupa bahawa hari ni adalah hari yang bersejarah buat kami. Tak mengapa walaupun apa yang berlaku, cinta kami tetap utuh.
Selamat menyambut Anivesary ke 27 buat ayahzain & mrszain
kek tahun lepas hanya sekadar hiasan
Khamis, 8 Disember 2011
Semuanya bermula dengan tarbiyah
091211
Salam Jumaat kepada anda pembaca budiman yang sentiasa menatapi coretan CHHM. Sekejap sahaja sudah seminggu lagi berlalu. Justeru hari ini az ingin berkongsi bingkisan sebagai bekalan rohani kita. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada kehidupan kita penuh dengan keberkatan. Jadi kali ini tak perlu membaca cuma mendengar dan menghayatinya sahaja. Insya Allah.Rabu, 7 Disember 2011
Setahun yang berlalu
081211
Setahun yang lalu
Aku melihat mu
Kesihan sungguh apa yang berlaku
Justeru tidak beberapa hari usiamu
Takdir yang menentukannya
Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
Qada’ dan Qadar Allah
Itulah ketentuan
Kepada Allah kita pasrah
itu adalah ujian
Bersabar dan bertaqwa
Jadikan pegangan
Iman dipertingkatkan
Berlaku adil
071211
Amat sukar untuk berlaku adil kepada orang lain kerana prasangka ,bias, keegoan yang melanda di fikiran. Sering memandang rendah kepada orang lain dan memikirkan diri kita sahaja yang sempurna maka orang lain peduli hapa. Kita sering disarankan agar berlaku adil namun kadangkala kita diperlakukan dengan cara yang tidak adil. Kita merasakan kita perlu diberikan perhatian dan layanan namun kita tidak mendapatinya kerana pertentangan kepentingan dan matlamat. Akhirnya timbul konflik, bermasam muka dan tidak bertegur sapa kerana kita merasa kita dipinggirkan, membawa hati, memendam perasaan, berdendam dan hapa sahaja kemungkinan boleh berlaku implikasi daripada perasaan yang difikirkan tidak adil. Namun begitu ayat ini adalah penawar bagi segala punca itu. Kalau terdetik perasaan kita tidak diperlakukan secara adil mengadulah kepada sang pencitpta raya Allah swt yang sentiasa dekat dengan kita malah lebih dekat daripada urat nadi kita.
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (QS:5:8)
Isnin, 5 Disember 2011
Hari As Syura
061211
Salam sejahtera kepada pembaca CHHM. Hari ini kita menyambut Hari kesepuluh dalam bulan Muharram yang lebih popular dengan Hari ASYURA dikalangan masyarakat Malaysia. Paling glamour pada musim-musim begini kita dijamu dengan bubur Asy Syura. Az amat suka suka dengan bubur asyura Negeri Johor dan malam tadi az berpeluang menikmati bubur asyura di Surau Anak Bugis, Suaru As Siddik selepas majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz tersohor Kg. Pt Keroma. Banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharran justeru digalakkan berpuasa pada hari tersebut. Memandangkan orang-orang Yahudi juga berpuasa pada hari tersebut, umat Islam digalakan berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram. Antara peristiwa yang berlaku Pada 10 Muharram ialah , Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga dan pada 10 Muharram juga, Nabi Adam a.s di keluarkan daripada syurga. Nabi Musa terselamat daripada tentera Firaun, Nabi Nuh terselamat daripada banjir besar, Nabi Isa terselamat daripada orang Israel yang ingin membunuhnya, Nabi Ibrahim terselamat daripada api angkara Namrud dan banyak lagi.
Itulah antara tazkirah ringkas yang disampai oleh Ust Salehuddin Jaafar di Surau Pt Keroma Malam tadi. Sebelum memulakan tazkirah, ustaz menyatakan beruntungnya orang-orang yang datang menghadiri Majlis Ilmu kerana seperti berada di dalam syurga di mana ahli-ahli syurga sedang duduk memuji-muji Allah. Maka Allah pun tiba dan bertanya apakah kalian suka berada di syurga ALlah? Ahli syurga menjawab kesukaan sehingga tidak boleh mengucapkan apa-apa. Justeru Allah menambah satu lagi nikmat kepada ahli syurga tersebut. Apakah nikmat itu? Allah telah memberikan keredaannya kepada ahli-ahli syurga itu.
Selain daripada itu mereka yang menghadiri majlis-majlis ilmu akan dapat mempertingkatkan keimanannya, sebab itulah di zaman Nabi saw, para sahabat akan membacakan hadis-hadis nabi selepas solat fardu sebagai satu usaha untuk meningkatkan keimanan mereka.
Pada 10 Muharram kita di galakan untuk berpuasa sunat, berbelanja lebih kepada ahli keluarga dan bersedeqah, memegang kepala anak-anak yatim , menziarahi orang-orang alim dan belajar ilmu dariadanya dan sebagainya di mana az terlupa mengingatinya.
AZ meminta maaf andai ada kesilapan justeri kejahilan sendiri namun bersemangat untuk berkongsi apa yang aku perolehinya daripada majlis tersebut dan marilah sama-sama kita menghayatinya 10 Muharram untuk mendapatkan keredaan Allah yang esa.
Tiang Kemah
051211
Berjumpa semula kepada semua pembaca CHHM. Kini kita memasuki bulan terakhir 2011. Sungguh cepat masa berlalu, beberapa hari lagi 2012 akan menjelma. Count down 2012 telah bermula. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan akhirnya tahun 2012 menggantikan 2011.
Pagi tadi di Surau Mawaddah Apartmen Orked, Puchong Prima majlis taklim membacakan hadis Nabi menyatakan bahawa Islam itu tertunggak kepada 5 rukun iaitu Kalimah Syahada, Solat 5 waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadan, pembayaran zakat dan menunaikan haji sekali seumur hidup. Islam itu ibarat sebuah kemah yang didirikan dengan 5 tiang. Satu tiang tengah yang disokong oleh 4 batang tiang penjuru. Sekiranya tiang tengah tiada maka kemah itu tidak akan dapat berdiri dengan teguh dan tiadanya tiang-tiang penjuru maka kemah juga tidak dapat didirikan. Tiada satu batang tiang penjuru maka kemah juga tidak dapat berdiri dengan sempurna, cacatlah kemah itu. Oleh itu sama-samalah kita bermuhasabah diri bagaimana dengan kesempurnaan Islam kita. Adakah kita menjaga kelima-lima rukun ( tiang ) tersebut atau pun memilih atau meninggalkan salah satu rukun ( tiang kemah ) tersebut.
Rukun Islam pertama iaitu pengucapan dua kalimah syahadah yang telah diucapkan bermakna kita telah menjadi orang yang beriman. Selepas iman itu yang teramat penting ialah mendirikan solat fardu 5 kali sehari iaitu Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isya. Nabi Muhammad SAW pernah ditanya apakah yang paling penting selepas iman. Maka jawab Nabi saw ialah mendirikan solat. Ditanya lagi kepada Nabi saw dan dijawab baginda iaitu menghormati kedua ibu bapa dan ditanya lagi kepada Nabi saw soalan yang ketiga maka baginda menjawab jihad fi sabilillah.
Akhirnya pembacaan hadis itu diakhiri dengan pendirin solat di awal waktu. Janganlah melengah-lengah solat fardu kerana solat amat penting kepada kataatan kita kepada Allah.
Begitulah yang dapat aku paparkan hasil ingatan aku yang tidak seberapa ini ketika pembacaan taklim tadi. Aku menulis kerana pentaklim memohon menyebarkannya kepada sahabat taulan yang tidak berkesempatan mendengar hadis tersebut. Wallahuaklam.
Sabtu, 26 November 2011
Maal Hijrah
261111
Cukup putaran tahunan Hijrah. Berlalulah 1432 Hijrah dan bermula Hijrah yang baru. Selamat datang sinaran 1433 Hijrah. Semoga tahun baru Hijrah ini membawa sinar menerangi kehidupan anda dengan keredaan Allah swt.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1433.
Kedatangan sinar baru Hijrah 1433, aku menyambutnya di Kediaman anak ku di Apartment Oked Puchong Prima, Puchong, Selangor. Selepas maghrib tadi aku berpeluang mendengar kuliah magrib di Surau Mawadah di Kediaman anak ku ini. Banyak ilmu dan tips di sampaikan oleh ustaz tadi. Rugi rasanya kalau aku tidak turun ke surau Mawadah tersebut.
1 Muharram adalah permulaan bagi Taqwim Islam yang diwartakan oleh Khalifah Umar bin Affan dan semenjak tarikh ia digunakan sehingga ke hari ini. Selain daripada itu dalam bulan Muharam pelbagai peristiwa yang harus diingati terutamanya pada 10 Muharam . Antarnya ialah
1.Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan 40 hari
4.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan..
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat JibrilNabi Ibrahim terselamat daripada api yang dibakar oleh Namrud
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Selain daripada itu ustaz juga menyentuh beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Islam di Tanah Air dalam menyambut Awal Muharam dengan membaca surah Yasin 3 kali selepas magrib. Ustaz memaklumkan perkara ini tiada nas yang menyarankannya dan paling malang lagi sekiranya ada yang menyangka dengan berbuat demikian mereka tidak akan mati pada tahun itu.
Ustaz juga menyentuh tentang solat hajat. Solat hajat lebih afdal sekiranya dilakukan sendiri oleh mereka yang mempunyai hajat seperti yang disarankan oleh Nabi SAW.
Begitu juga dengan bacaan tahlil selepas berlakunya kematian yang dibaca selama 3 malam, hari ke 7 , 40 atau 100 hari. Bacaan tahlil itu tiada nas yang menyentuh perkara ini.
Khamis, 17 November 2011
alamak? Tetiba jer
171111
Apa pasal ada pulak pakaian baby tersidai di jemuran ampaian rumah aku ni? Lama dah tak tengok pakaian baby di ampaian, kenapa pulak hari ini terampai di ampaian? Bukannya aku ada anak kecil. Musykil musykil. Biarlah hanya jauhari sahaja yang mengenal maknikam. Bak kata mamaju hanya Jauhari saha yang kenal jauhariah.
Rabu, 16 November 2011
My Angkasa
161111
Beberapa minggu lepas, aku menghadiri Majlis Taklimat dan Dialog bersama Koperasi Ahli Angkatan Koperasi Kebangsaaan Malaysia ( ANGKASA) di Hotel Prime City Kluang. ANGKASA mengadakan road show memperkenalkan 3 produk baru iaitu Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA ANGKASA), Skim Infaq lil Waq ANGKASA dan MyAngkasa iaitu perkhidmatan telekomunikasi seperti DIGI, CELCOM dll dengan tagline 1 Jaringan 1 Koperasi 1 Komuniti.
Isnin, 14 November 2011
nasi arab lagikkkkkk
141111
Sekali merasa nasi arab al taa'iz di Bed Hill of Malacca, macam rasa ketagih pulak. Baru-baru ini kami mengunjungi lagi sekai ke kedai makan nasi arab tersebut. Kali ini kami memesan menu yang barlainan sedikit. Kalau dulu kami tapau ayam panggang, kali ini kami makan di kedai dengan ayam disaluti dengan rempah ala-ala kurma pulak. Ayam ini dibungkus dengan foil aluminium. Nasinya tetap kellassssss dan dimeriahkan lagi dengan jus mangga very der pekat sepertidi Makkah. slurrrrrrrrrrrrrrp
Jus mangga
Ahad, 13 November 2011
sesekali hatiku teringin
131111
Apabila melakukan perjalanan keluar kawasan a.k.a outstation pada setiap hujung minggu, si kareena aku ni tak tahan juga. Sesekali mahu juga ia dibelai untuk membetulkan mana-mana yang perlu justeru aku membawanya ke pusat pemulihan untuk dijajarkan dan diperbetulkan mana yang perlu. Hampir 2 jam juga aku menunggu proses pemulihan si kareena ini.
Jumaat, 11 November 2011
huyooooooo!!!!
111111
wow, bestnya nombor hari ini. 6 1 (enam satu) . Sure ramai yang menunggu kedatangan hari bertarikh 11/11/2011 dijadikan tarikh kenangan. Mesti ada di kalangan artis menjadikan tarikh hari ini sebagai hari pernikahan mereka. Kebetulan pula hari ini adalah hari Jumaat , penghulu segala hari. Kebetulan juga pagi tadi di adakan majlis Solat Dhuha, Solat Hajat, Bacaan Yassin dan majlis restu kepada pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada 14/11/2011. Yer ler, dah ajar mereka selama dua tahun, maka pemberiaan restu amat penting supaya pelajar dapat memasuki dewan peperiksaan dengan tenang dan menjawab soalan dengan betul. Semoga mereka berjaya.
Khamis, 10 November 2011
Rabu, 9 November 2011
Kau ingat kau teror!!!?
091111
Hari ini aku mahu berkongsi video yang amat menggeletek hatiku hingga aku senyum dan ketawa setiap kali menontonnya. Entah apalah yang diperkatakan oleh dua baby ini. Begitu asyik lengkap dengan bahasa badan yang menghiburkan. Mari kita rehatkan minda kita dengan menonton clip video ini.
Anggaplah dialog tersebut antara Pijal dengan Afeez, agak-agak topik apa yang diperkatakan oleh mereka berdua itu:
Selasa, 8 November 2011
PUKAU?
081111
Akhirnya apa yang diceritakan oleh kawan ku setahun yang lalu mendapat liputan akhbar beberapa minggu yang lalu. Kawan ku hampir menjadi mangsa pukau namun kawanku terselamat kerana cepat tersedar. Maklumlah kawan ku ini seorang ustaz yang baru bersara. Liputan itu bukan mengenai kawanku tetapi peristiwa yang sama berjadi kepada mangsa yang lain. Mangsa ini kehilangan RM50K berbanding dengan kawan ku yang terselamat. Ketika kejadian berlaku kawanku telah ditepuk oleh seseorang setelah selesai mengisi petrol di sesebuah stesyen petrol di Batu Pahat. Pemangsa menjanjikan peluang perniagaan dengan melabur sejumlah wang dengannya. Seperti dipukau (memang kena pukau pun), kawanku menurut sahaja arahan pemangsa untuk mengeluarkan wang gratuiti persaraannya. Namun, nasib menyebelahinya kerana buku bank kawanku disimpan oleh isterinya yang masih berkhidmat dan tinggal di Pontian. Mereka berdua bergerak ke Pontian untuk mengambil buku tersebut. Dan ketika dalam perjalanan waktu Zohor menjelang dan kawan ku mencadangkan mereka Solat Zoho terlebih dahulu. Ketika mengambil air sembahyang, kawanku tersedar daripada pengaruh pukau justeru kawanku membuat helah dan meninggalkan pemangsa di masjid tersebut kira-kira 40km daripada Batu Pahat.
Kepada pembaca CHHM dan bakal bersara ataupun baru bersara, berati-hatilah. Bagus juga apa yang diamalkan oleh kawanku menyimpan buku akaun bank oleh isterinya sementara bukan akaun bank isterinya poula di simpan olehnya sendiri.Semoga kita dijauhkan daripada perkara sebegitu. Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah
Isnin, 7 November 2011
Takbir Hari Raya
071110
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pembaca CHHM sekalian. Hari ini 7 November 2011 bersamaan 11 Zulhijah 1432H. Marilah kita teruskan bertakbir sehingga sebelum gelincir matahari 13 Zulhijjah. Selepas zohor 13 Zulhijjah, tiada lagi takbir berkumandang dan kita akan menunggu pada 1 Syawal dan 10 Zulhijjah akan datang. Takbir Hari Raya hanya berkemundangan pada dua hariraya tersebut iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Pada kedua-dua Hari Raya itu umat Islam digalakkan bertakbir dan bertahmid di rumah, di surau atau di Masjid.
Takbir Hari Raya terbahagi kepada dua jenis iaitiu Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad. Takbir Mursal ini di baca pada bila-bila masa tanpa mengiring solat sunat atau fardu kerana takbir yang di baca mengiringi solat sunat atau fardu di pangil Takbir Muqayyad. Oleh itu selagi sebelum tibanya gelincir matahari 13 Zulhijjah, marilah kita sama-sama bertakbir dan bertahmid memuji keagungan Allah swt.
Rabu, 26 Oktober 2011
NDAB
261011
Entah mengapa terlalu sukar untuk memulakan ayat pertama. Cuba itu tak kena, cuba ini tak kena. Akhirnya Ceriakan hari-harimu berlalu begitu sahaja. Kebetulan hari ini hari cuti, bolelah aku mengarang berkongsi siaran dengan peminat CHHM yang setia, yang saban hari menjengah rumahku ini. Terima kasih atas sumbangan. Tanpa kalian, CHHM tidak akan bersiaran. Setiap hari ada sahaja yang datang melawat walaupun tak severapa ramai seperti blog-blog yang lain. CHHM masih dapat bertahan. Alhamdulillah.
Hari ini az ingin berkongsi cerita pasal Nasi Dagang Ayer Baloi (NDAB) yang menjadi bualan rakan-rakan staf di pejabat. Ada yang hari-hari bertanya, "bila az nak belanja kami NDAP? Sedap lah az, kalau lambat pergi, habis". Dah macam nasi lemak di Seremban yang tag bisnesnya 'lotak-lotak abis'. Jadi aku sediakan sedikat peruntukan NDAB ini kepada seseorang untuk uruskan NDAB di pejabat sama ada hari Khamis atau Jumaat nanti. Esok atau lusa kot rakan-rakan staf akan merasai NDAB. Terpulanglah kepadanya untuk menguruskan NDAB itu.
Entah mengapa, bangun pagi tadi aku teringat NDAP. Jadi pukul 7.00 pagi tadi aku pun ke lokasi jualan NDAB. Hari ini hari cuti Devali. Jadi aku ada masa berfoya-foya di pagi hari. Kalau hari bekerja susah sikit nak berfoya-foya ni. Sesampai aku di lokasi NDAB, aku dapati memnag agak ramai yang sedang menikmati NDAB. Jadi aku mengambil giliran untuk memesan NDAP. Warong ini bukan sahaj menjual NDAB tetapi pelbagi menu sarapan yang lain seperti nasi lemak, lontong dan sebaginya.
Aku memasan 4 bungkus NDAP untuk aku, mrszain dan anak serta menantu aku yang ada di rumah. Wow,, not bad. Memang sedap masakan Kak Ijah ini. aku tak tahu sama ada ia orang Terengganu atau Jawa atau Bugis. Aku tak sempat nak bertanya itu semua, cuma aku dapat nombor telefonnya sahaja. Manalah tahu kalu ada kengkawan CHHM yang mampir di teratakku akan ku hidangkan NDAB buat kalian, tetapi hanya di pagi hari sahaja kerana NDAB terhad sehingga stok masih ada sahaja.
Sebungkus NDAP yang berharga RM2.50 ini, aku rasa macam tak puas kerana kesedapannya, kalu makan di lokasi, gerenti aku meminta nasi tambahan. emang lazat sehingga menjilat jari.
Entah mengapa terlalu sukar untuk memulakan ayat pertama. Cuba itu tak kena, cuba ini tak kena. Akhirnya Ceriakan hari-harimu berlalu begitu sahaja. Kebetulan hari ini hari cuti, bolelah aku mengarang berkongsi siaran dengan peminat CHHM yang setia, yang saban hari menjengah rumahku ini. Terima kasih atas sumbangan. Tanpa kalian, CHHM tidak akan bersiaran. Setiap hari ada sahaja yang datang melawat walaupun tak severapa ramai seperti blog-blog yang lain. CHHM masih dapat bertahan. Alhamdulillah.
Hari ini az ingin berkongsi cerita pasal Nasi Dagang Ayer Baloi (NDAB) yang menjadi bualan rakan-rakan staf di pejabat. Ada yang hari-hari bertanya, "bila az nak belanja kami NDAP? Sedap lah az, kalau lambat pergi, habis". Dah macam nasi lemak di Seremban yang tag bisnesnya 'lotak-lotak abis'. Jadi aku sediakan sedikat peruntukan NDAB ini kepada seseorang untuk uruskan NDAB di pejabat sama ada hari Khamis atau Jumaat nanti. Esok atau lusa kot rakan-rakan staf akan merasai NDAB. Terpulanglah kepadanya untuk menguruskan NDAB itu.
Entah mengapa, bangun pagi tadi aku teringat NDAP. Jadi pukul 7.00 pagi tadi aku pun ke lokasi jualan NDAB. Hari ini hari cuti Devali. Jadi aku ada masa berfoya-foya di pagi hari. Kalau hari bekerja susah sikit nak berfoya-foya ni. Sesampai aku di lokasi NDAB, aku dapati memnag agak ramai yang sedang menikmati NDAB. Jadi aku mengambil giliran untuk memesan NDAP. Warong ini bukan sahaj menjual NDAB tetapi pelbagi menu sarapan yang lain seperti nasi lemak, lontong dan sebaginya.
Aku memasan 4 bungkus NDAP untuk aku, mrszain dan anak serta menantu aku yang ada di rumah. Wow,, not bad. Memang sedap masakan Kak Ijah ini. aku tak tahu sama ada ia orang Terengganu atau Jawa atau Bugis. Aku tak sempat nak bertanya itu semua, cuma aku dapat nombor telefonnya sahaja. Manalah tahu kalu ada kengkawan CHHM yang mampir di teratakku akan ku hidangkan NDAB buat kalian, tetapi hanya di pagi hari sahaja kerana NDAB terhad sehingga stok masih ada sahaja.
Sebungkus NDAP yang berharga RM2.50 ini, aku rasa macam tak puas kerana kesedapannya, kalu makan di lokasi, gerenti aku meminta nasi tambahan. emang lazat sehingga menjilat jari.
Jumaat, 21 Oktober 2011
Cendol Mak Siti
211011
Gambar di atas adalah satu pandangan yang biasa kepada mereka yang melalui jalan di antara Pekan Nanas ke Skudai Johor. Di sini terdapat sebuah warong yang begitu terpencil di tengah-tengah hutan belantara. Sekiranya tiada jalan jalanraya, selayaknya kawasan ini dipanggil tempat jin bertendang. Heheheheh. Warong ini tidak sunyi dengan pelanggan yang datang bertali arus menikmati cendol di Warong Cendol Mak Siti. Ia seperti cendol cendol yang biasa di pasaran namun ia di jual seperti pisang goreng panas. Rasanya memang sedap. Aku pasti berhenti menikmati cendol mak siti setiap kali aku melalui kawasan ini.
Langgan:
Catatan (Atom)