150410:
Tiada kata seindah bahasa untuk ku tuliskan
tiada melodi seindah irama untuk lagukan
cuma sekadar penyeri ruangan
untuk dinyatakan kemana hilang gerangan
Kehilangan aku kerana kesihatan
kesihatan yang tidak menentu
demam mendatang aku lemah tidak bermaya
hilang segala kudrat untuk bermadah
cuma melihat apa yang ada
cuma mendengar apa yang dikata
Terima kasih tidak terhingga
kepada kengkawan berhati budiman
menanya kabar kemana gerangan
hilang ceria di hati yang rawan
Kepada Cikgu Mas pembuka cerita
begitu perihatin merisik kabar
mengapa ayahzain hilang begitu
tiada berita menyepi begitu rupa
hati yang rindu menyapa di hati
Kepada Rezeki kawan yang kaya
adakah lappy tidak berdaya
atau berkursus tuntutan tugasan
kerana lamanya tiada berita
Kepada Hjh Zainab cantik rupawan
kemana ayahzain ditelan bayang
setiap kali datang menjengok
hanya kelihatan berbalam-balam
Kepada CikLie yang mulia hati
datang bermesej bertanya khabar
tidak puas hati dengan jawapan
menelefon juga mencuit tawa yang riang
Kepada S yang ramah nun di utara
terima kasih tidak terhingga
semoga Allah memberkati sekeluarga
kini ayahzain ke udara kembali
kepada semua pembaca budiman
ku kuatkan juga untuk berbicara
maaf di pinta kerana tidak menyapa
mengumpulkan kudrat ke udara semula
31 ulasan:
Semoga Allah memberi kesihatan tubuh badan kepada Ayah Zain. Selalu-selalulah makan ubat :)
Salam Papa Zain..
Saya memang rindu kat Papa dr zaman remaja smpai skang..dulu sya pernah berdoa agar dpt bertemu penasihat hroom saya dulu..akhirnya termakbul..Papa jangn mghilangkan diri lagi..kami kan ada
hilang sudah rindu dan sendu
pergi sudah gelisah resah
datang kini ceria hatiku
bila az pulang berkisah..
makan tak kenyang,tidur tak lena
melayan hati gundah gulana
ku sangka AZ resah merana
lantas khabar ku risik disana
bagai lagu tanpa irama
bagai pantai tanpa ombak
bagai bunga tanpa harum
bagai malam tanpa bintang
bagai siang tanpa mentari
saaat AZku tiada disisi!!!!!!
fulamaaaakk ok tak AZ????
tak mau-mau lah hilang-hilang lg,blogger ceria di hati kami!!!
salam ayah zain
semoga ayah zain dalam lidunganya selalu.. insyaallah
salam AZ,
Alhamdulillah...AZ kembali di alam siber. rindu kami semua! kak nab doakan agar kesihatan AZ terus bertambah baik. moga2 AZ akan dapat mengaktifkan blog ini sentiasa..agar kami semua akan ceria..
take care!
salam ayahanda zain : lor... AZ tak sihat ker... patut le takde khabar berita. harap AZ dah sihat skrg...
Assalamualaikum AZ
Alhamdulillah
AZ beransur pulih
saya doakan agar Az dan keluarga senantiasa sihat sejahtera supaya dapat menunaikan ibadah dengan lebih sempurna
disamping dapat menceriakan alam maya
terubat gelisah
Wassalam
salam from Makkah...
ghinduuu kata az...
moga senantiasa sihat sihat dan ceria selalu..insyalah
waslam
Salam AZ,
Semoga cepat sembuh... semoga AZ diberikan kesihatan yang baik hendaknya... Amin...
salam AZ
Hebat penangan AZ ye.
hi..hi nak sambung...baca blog mama dan blog teratak husaini.kisah budak kanser hati yg meluahkan sgala cerita.
Salam Khairyn
Terima kasih atas prihatin mu itu. Alhamdulillah.
Salam Raymond.
hehheh, kamu ni..... semoga Raymond tabah menghadapi segala dugaan hidup. Ma kasih merindui az
Salam CM,
umang aiiiiiii, ratu pantun dah mai. Tak terjawab den pantun2 orang melaka ni.
apa-apa pun terima kasih atas motivasi cikgu itu. caya la kat CM
Salam MyLife
Terima kasih jua. Semoga Allah memberkati anda juga
Salam Kak Hjh Zainab,
Terima kaih kembali.
Demamnya cuma sehari teapi kesannya itu yang lama. Terasa berat nak berkarya. Orang kata apa? blackout! gitulah gamaknya
Salam Afeez,
tu ler afeez, buat-buat tanya pulak dia. Apa-apa pung ma kasih mai naaaaaa
Salam Rozali:
terima kasih atas doa mu itu.
Gelisah? macam pernah dengau jer
Salam Manzlie:
ma kasih atas kata-kata perangsang, membuatkan az ber idea semula untuk berkrya ni.
Doakan kan az yer
Salam Atikah:
Ma kaih jua. Dengau atikah kat Tanah Suci yer. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Sampaikan salam kat ......... ermm kat sapa pulak heheheh.
Nanti kat depan Multazam seru-seru az yer
Salam Mama Ju
Penangan? apa tu? aku tidak ngerti buk.
Ma kasih datang ziarah kat umah az.
Nanti az akan menziarai semua rumah kengkawan yer
salam AZ...
akhirnya tanda persoalan kemana menghilang dah ada jawapan ..
semoga AZ sihat kembali dan ceria selalu.
Salam UMMI,
ermm, minta maaf yer Ummi kehilangan saya menjadi persoalan.
terima kasih Umi
salam az
alhamdulillah atas segalanya
Salam Ayahanda,
Patutlah sepi tiade berita,
Tertanya2 jugak kemana menghilang..ingatkan berkursus..
Apa2pun semoga AZ kembali sihat spt sedia adanya..
Semoga sentiasa dalam keadaan baik-baik aje k..
P/S: opppss AZ, si Tikah tue ada je kat M'sia ni huhu
Salam..semuga sihat dan ceria seperti selalu
Salam Rezeki:
Alhamdulillah. Amin
Salam Syima,
tak sihatnta satu hari sahaja. tetapi mood tak sihantnya yang lama. Ini pun digagahi jua atas dorongan dan motivasi daripada kengkawan yang disayangi.
yer ker. Kata Tikah buat umrah. AZ salah dengau ke
Salam pinabate:
Yup. Terima kasih. Alhamdulillah
Salam AZ
Wahai gerangan ayahanda
Gering rupanya..
Sungguh lama anakanda
Memendam rasa..
Mau bertanya telefon tak ada
Masuk blog juga tiada jawapannya
Bertuah punya kekanda rezeki namanya..hahah
Dialah penyeri hari2 kami semua
Sebagai gantinya..
Selalu jarr buat cerita ..
menyakat kami semua..
Ohhh rupanya dia simpan rahsia..aar
Alhamdulillah hari ni muncul jua
Teman ceria alam maya
ayahanda ...doa anakanda
Moga kesihatan ayahanda
Normal seperti biasa
Salam jumaat dari ayahanda
senantiasa anakanda
Nanti2kannya....
Ya Allah pulihkan kesihatan ayahanda kami semua AZ dan seisi keluarganya amin..
pssst AZ jom makan kambing panggang kat KKB...hehehh
Salam Shami2,
gering itu sekejap sahaja
cuma sehari kerehatan di beri
kerna cuaca yang panas menggila
ayahanda tumpas tidak terperi
gering udah kebah
kesannya ada tidak terkira
datang macam ribut
pergi macam semut
itu sebab mengapa menyepi.
ini kembali ceria semula
berkat dorongan semua kengkawan
boleh semula bergelak ketawa
namun keberatan masih di lawan
Catat Ulasan