Selasa, 27 Julai 2010

Anak Syaitan ke 8


270710
Kira-kira beberapa meter meninggalkan kereta, aku dapat merasai bahawa aku terlupa untuk mengunci kereta. Aku dah kunci ke belum kereta tadi? Aku yakin dah kunci sebelum meninggalkannya. Namun timbul rasa ragu-ragu, untuk kepastian aku terpaksa berpatah semula ke kereta untuk mempastikan kereta telah dikunci. Apabila sampai di kereta, ternyata kereta aku berkunci dengan kemas. Aduh, membazir masa betul........

Semasa mengambil air sembahyang, aku merasa ragu-ragu pulak. Ish ish rambut atau telinga tadi sudah disapu dengan wuduk ke belum? Untuk kpastian  aku mengulangi semula.......

Ada satu ketika, ketika solat Asar, aku  aku terlupa bilangan rokaat solat. Udah masuk rokaat berapa ni? Aku baca ke tidak tahayat awal tadi ? Masya Allah.  tak mengapa nanti rokaat akhir buat sujud sahwi, namun  usai  membaca tahayat akhir aku terus memberi salam. Makanya aku berasa ragu-ragu lantas untuk kepastian aku mengulangi semula solat Asar sekali lagi dengan meniatkan solat Asar sebelum itu sebagai solat Kada.

Adakah tuan/puan pernah mengalami apa yanag aku alami ini? Berbagialah tuan-puan kerana tidak mengalami sperti apa yang aku alami.

Sebenarnya apa yang aku alamai itu adalah angkara anak syaitan yang bernama  walahaan . Menurut riwayat Walahaan ini adalah anak syaitan yang ke-8. Kerja Walahaan ini ialah  Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain. Sebab itulah kadang kala kita banyak melihat mereka yang merasa ragu-ragu atau was-was ketika mengambil wuduk, kadangkala abis basah pakaian namun masih merasa tahap wuduk tidak sempurna. Kadangkala iman selesai solat, ada yang masih mengambil wuduk Kadangkala kita terperasan ada makmum yang mengangkat takbir berulang-ulang kali kerana berasa ragu-ragu atau was-was sama ada takbirnya sempurna atau pun tidak.

 Justeru mintalah kepada Allah agar kita dihindari daripada syaitan yang direjam, selalu berzikir dan mintalah  pertolongan kepada Allah kerana Allah telah berfirman dengan maksudnya Kepada Mu kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Sesungguhnya manusia itu sukar untuk menghindari daripada godaan syaitan kecuali mereka yang betul-betul mempunyai iman yang kuat dan teguh. Sesungguhnyanya syaitan itu sentiasa berusaha menggoda menyesatkan manusia mengikut langkahnya kerana itulah janji syaitan kepada Allah SWT.

Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat dan selamat daripada godaan syaitan yang direjam.

8 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

pasal kunci kereta ni
saya selalu was was
bukan apa, takut hilang barang jeee

Wassalam

مسافر اسلام berkata...

Salam az,
apa kbr az.
Semoga sihat ye.
Oh ya...kes2 mcm ini memang selalu terjadi kepada manusia. MI pun pernah terlupa kunci kereta.
Diri ini selalu la berjaga2, untuk megelak segala perkara yang tidak diingini berlaku.
Solat pula mesti la khusyuk, untuk mendapatkan khusyuk dalam solat sentiasa solat diawal waktu secara berjemaah dimana azan dilaungkan dengan mendapat takbiratul ikhram.
Semoga apa yang MI tahu dapat di kongsi bersama. Syukran.
Wasalam

rezeki berkata...

salam az

anak syaitan ni mmg keje dia mcm ni , sentiasa ingat akan Allah
insyallah sifat was2 akan hilang

Allah lebih berkuasa ke atas segalanya

tapi bab hujung bulan , insyallah tak was2 hehehehe

sinomosa berkata...

salam ayahanda,

itulah peranan dan tanggungjawab syaitan..
sbg manusia sy pun tak lepas lari dari perasaan was-was itu uhuk3x..

Ayah Zain berkata...

Salam rozali,

bsb was-was gitu kita hanya berserah dan tawakal sahaja kepada Allah

Ayah Zain berkata...

salam MI,

Insya Allah memnag sentiasa berusaha tetapi itulah dia .....

Ayah Zain berkata...

salam Rezeki,

oooooo hujung bulan memang sentiasa ok yer, mamang tidak syak lagi

Ayah Zain berkata...

salam syima,

marilah kita sama-sama menghindarkan godaan syaitan itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...