Jumaat, 11 Jun 2010

Bersemadi lah dengan aman

110610 : Allah lebih menyayangi Pn. Kamisah. Setelah beberapa hari koma di HTAA, beliau telah meninggal dunia di usia 38 tahun. Kematiannya kerana komplikasi kencing manis. Sesungguhnya setiap orang akan mati apabila sampai masanya. Tidak siapa yang mengetahuinya kecuali pada Allah jua. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan mereka yang soleh. Takziah kepada seluruh ahli keluarganya. Berapa berat mata memnadang, berat lagi bahu memikul. Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah menerima pemergiannya itu.

Kepada yang masih hidup, hidup mestilah diteruskan. Kepada mereka yang mempunyai simpton kencing manis dan sebagainya kenalah beringat dan menjaga kesihatan, ikutlah nasihat doktor. Aku menulis di sini khusus ditujukan kepada diriku sendiri. Mengapa? Kerana aku selalu curi-curi makan. Aku hentam sahaja apa yang aku suka. AKu hanya berpantang dengan air bergula sahaja yang lain-lain membujur lalu melintang patah.

Sudah lebih 20 tahun aku menghidap kencing manis. Aku mewarisinya daripada ayahku. Ayahku meninggal dunia  kerana kompilikasi kencing manis di usia 55 tahun. Sekarang aku   berumur 53 tahun bermakna tak lama lagi aku akan menempuhi umur tersebut. Sama ada sampai atau pun tidak. Namun aku masih bertahan. Di usia seperti aku, ayahku sudah terlantar diperbaringan kerana tidak larat bangun akibat komplikasi kencing manis. Ayahku mula mengalami kompilkasi kencing ketika umurnya 40an lagi. Beliau tidak menjaga pemakanannya kerana mempunayi perinsinp kalau nak mati, tak kira orang itu ada penyakit ataupun tidak.

Setiap kali aku mendengar kematian kerana kending manis, hatiku kecut seketika. Aku akan menjaga diet ku begeitu ketat sekali, selepas itu sedikit sedikit aku akan melanggar peraturan dietku. Mana boleh tahan, tak kan nak menengok sahaja menu yang lazat mazat. Aku tibai semacam jer.

Nak lobster tu
selagi ada selera makam, makan sahaja ler

 

Pilih la yang mana satu

12 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

beringat-ingat yer...arwah kedua ibubapa kak nab pun mengidap kencing manis.arwah ayah akhirnya mengalami kegagalan ginjalnya berfungsi dan terpaksa menukar cecair dari ginjal setiap 4 jam.arwah ayah terpaksa begitu sehingga 3 tahun dan meninggal dunia pada umur 84 thn. arwah ibu kak nab pun kencing manis tetapi terkawal glukosanya..meninggal pun pada umur 84 thn.
kak nab pun berpotensi mengidap kencing :(
AZ...kita sama2 saling ingat mengingati OK..

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

sabar AZ sabar
jangan tibai semacam
tapi kalau tenguk lobster bakar tu
siapa yg boleh tahan
tak apa AZ, ubat adakan

gambar tu rasanya di KK
belakang bazar, tepi pantai

Wassalam

kak su berkata...

Salam AZ

Kawan ada nasihatkan nak elak kencing manis ialah jangan minum air manis setiap kali kita makan, hanya minum air kosong jer...air manis kemudian.

Tapi siapa tahan kan...tapi kalau nak sihat itulah caranya...

Satu ;agi Alkline water...dulu kami pernah jadi stokis dpt dari somewhre kat Segamat kut..tapi dah putus hubungan...kini dah tak da...

Ada sorang pakcik tuu..setiap hari kena injek insulin ambil Alkline tuu siap boleh minum teh tarik lagi

Apa2 pun kita beringat lah sama2 ya...Didoakan moga kita dijauhi dari penyakit yg kronik ini...


Budak2 kat AZ tak balik awal ke???

Wslm

aznaz berkata...

salam from Makkah


ayah zain kena jugak berpantang tau...demi kesihatan tuh...

wasalm

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab,

heheh, insya Allah, memnag sentiasa beringat ni, tp kekadang tu tersasar juga

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

wak memang shababar. apa-apa, wak sentiasa shabar.

betul tu memnag belakang bazaar

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

saya dah lebih 20 tahun minum air kosong. darpd sarapan pagi sampalah ke masa nak tidor. air manis tak ada maknanya lagi.

balik awal? tak lah, mereka naik semalam pada hari ahad 20 jun

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

saya dah lebih 20 tahun minum air kosong. darpd sarapan pagi sampalah ke masa nak tidor. air manis tak ada maknanya lagi.

balik awal? tak lah, mereka naik semalam pada hari ahad 20 jun

Ayah Zain berkata...

salam CL,

memang pantang, pantang jumpa hheheh.

az memang jaga pemakanan. sesekali jer terssar

afeezz berkata...

salam AZ : seram gak dengar cite org mati pasal penyakit2 ni. sy pon skrg mengurangkan pengambilan gula. kurang minum air yg manis2 dan bykkan minum air kosong jer.... sy pon dah tua... hahhaa

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

hehhe, nk makan tu boleh Afeez, tetapi kena ikut sukatannya. Orang kencing manis pun boleh makan apa sahaja tetapi kena betul sukatan. Contoh: durian hanya boleh makan seulas sahaja.......... bukannya sebiji durian tu dihentam habis

Bawang Goreng berkata...

Allahhumma firghlahu warham ha...

Salam ziarah ayah Zain...

Kencing manis tak ada ubat, tapi boleh cuba minum teh daun Mulberry, rujuk http://little-kiosk.blogspot.com/2010/01/teh-daun-mulberry.html. Boleh order dengan saya.

Boleh cuba buat teh sendiri, rujuk entry http://laman-seri.blogspot.com/2010/01/mulberry-buah-pelbagai-guna.html, untuk mengetahui khasiat daun mulberry.

Nanti update bloglist ya, saya dah tukar url bawangorengnet kpd http://laman-seri.blogspot.com

Jemput baca http://laman-seri.blogspot.com/2010/06/kalimah-allah-yang-tersembunyi.html.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...