Ahad, 28 Mac 2010

Simpul Biawak

280310: Simpul biawak?
Pernah dengar ke simpul biawak ni
Simpul biawak ialah apabila biawak bersimpul antara sat sama lain.
macam-macam az  ni
Tempat az di pangil ular-ular
Ular-ular ni merujk kepada banyaknya ular
lo nak buat citer pulak
hehehheh

ular-ular atau simpul biawak ni rasanya sama jer kot.
merujuk kepada kekejangan yang berlaku kepada anggota badan.
biasanya menyerang di bahagian betis ke bawah.
Nak kena buat kajian ni macam mana boleh berlaku
kalau doktor, dah tahu tu.

suboh tadi
az menjerit
aduuuuuuuuuh
ya allah
tiba-tiba terasa kejang yang amat sangat
sangat menyakitkan
macam rasa nak terkencing
memang sakit
cuma tak meraung jer
nasib baik ada mrszain
kalau idak tak tahu nak buat macam mana
tak pernah mengalami benda ini
pertama kali
maka mrszain
memicit ibu jari kaki dengan penuh kasih sayang
mengurut-mengurut mesra betis yang kejang itu
alhamdulillah
kesakitan menghilang

sebenarnya mrszain selalu kena kekejangan ini
semasa akhir-akhir  mengandung dulu
(masa hampir nak beranaklah)
mrszain minta az picitkan ibu jari kaki dia tuh
ni dah lama
udah 18 tahun dia tak mengandung lagi
maka az terlupa nak picit ibu jari kaki
tapi nak picit ibu jari macam mana
mana boleh kaki dibengkokkan
nak picit ibu jari kaki sendiri
masa normal pun nak picit ibu jari susah
ini pulak dah kejang

moral the sorey morey
CL hang kena beristeri
nanti kalau kena simpul biawak tak payah call ambulance
hehheheh (gurau CL)
dont take heart naaaa

oklah nak ke Muau  (Muar)
hantar anak bongsu
ada reunion katanya
bebudak ni nak reunion pun emaknya suruh az p hantar
kalau idak.......
'biarlah aku yang hantar'
huhuhu nasib badan

ini komodo bukan biawak
gambar hiasan

22 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Petua yg baik

terima kasih mrszain, tolong picitkan AZ

Wassalam

Unknown berkata...

salam AZ ...

memang sakit betul , ummi pun pernah alami gak , sama mcm akak kena bila sampai masa tu ...

rasa2 kalau tak silap ummi, kat tempat ummi disebut "tarik mengkarong" kot.

sonata anak kancil berkata...

sama lah jugak....masa mengandong orang pompuan kena...apa lagi masa ni lah nak bermanja2an cik abang memicit2 ibu jari kaki....

tapi tak mengandong pun boleh kena jugak terutama macam AZ lah lepas bangun tidur.....bingkas cepat sangat kot!!! tapi bagi sy hubby dah tahu teknik menguruskannya sebab dia dulu footballer!!! ( Az tak pernah main bola sepak kot...)

sampai muo tengahari ....jom mai melaka!

mama ju berkata...

salam AZ

Ular2 tu bahasa kg kat mana? Rasanya bukan kat johor..
Klu org prm biasalah benda ni...tak mengandung pun klu kaki sejuk terkena juga...

Terimakasih kerana berkongsi maklumat...picit ibu kaki tu..

mama ju berkata...

AZ

Makna sama tapi kenapa ya..guna nama...mengkarong tarik, ular-ular. simpul biawak...hebat2 binatang tu...

rezeki berkata...

salam az

mengikut pengajian dr itam, simpol biawak tu terjadi akibat kekurangan magnesium dlm badan

tapi kalau terlebih magnesium, dari simpul biawak bertukar menjadi simpul katak pula hehehe

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

alhamdulillah, syukaran mrszain

Ayah Zain berkata...

Salam Umi,

memang sakit ssesangat

taik megkarong? wow pertama kali dengar tuh

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

hahahah, pandai. memnag az ni kaki bangku.

ni kat muo ni, tak janjilah nak ke sana ni

Ayah Zain berkata...

Salama mamaju

ular-ular bahsa orang negori.
menag betul tu, dia menyerang masa pagi yag sesjuk sesangat. saluran dara tersumbat kot heheh

ah ar la,semua nama binatang kan?

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

kamu ni ada-ada jer. Simpul katak pulak.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

kak nab ketawa guling2 ni...pak itam tu ada2 ajer...simpul katak lah...hahahahahah

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

AZ...dah reda sikit ketawakan pak itam tu..
kak nab memang biasa kena simpul biawak nih..terutama di pagi hari..waktu sejuk..aduuuuus!! saaaaaaakkkkiit!! memang kalau tak cukup kalsium / magnesium kita mudah kena ini..betul kata pak itam tu..hehehe

aznaz berkata...

salam from makkah...


masa cl kena simpul biawak...cl dah ada orang yang tolong cl..yakni YOKO ONO...heheheheh


waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab,

memang sakit bangat kak nab. Kalu gitu nak kena ri calcium magnesium lah supaya tak kena serangan lagi.

CR tu memang ada saja idea dia tuh. Puas cari kat kamus tak ada pulak simpul katak tu

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

ada saja jawapan dia.Yor la dah yoko ono tu guna ajer ler. tapi kena gosok sendiri kita nak yang disayangi menggosoknya.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

To CL:

kak nab setuju dgn az tu :D

Atikah berkata...

Salam Az,
Ooo.. sakit cam tu panggil simppul biawak ya..

Ayah Zain berkata...

Salam atikah

a ar la tikah. Gitu le yng az dengau

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab

nak buat macam mana Kak Nab
kata bidalan
nak seribu daya
tak nak seribu daleh.
hehehehhe

PINATBATE berkata...

alamak AZ..saya baru jer kena simpul biawak pagi semalam..sampai malam ni masih terasa sengal kejang..

Ayah Zain berkata...

Salam Pinabate,

aik az terjangkit simpulbiawak drpd cikgu pinatbate rupanya. ermm memang terasa sengal kekejangan nya itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...