Khamis, 27 Mei 2010

Bisikan Syaitan

270510: 

 Sesungguhnya Iblis telah bersumpah bahawa akan mendatangi umat nabi adam daripada hadapan muka, belakang muka, kiri dan kanan sehingga manusia tidak akan mensyukuri nikmat Allah. Iblis akan menggoda manusia sama ada secara baik atau sebaliknya sehingga manusia akan menuruti  pujukan iblis dan mendurhaka kepada Allah.

Bersangka buruk  adalah satu cara iblis menghampiri manusia dan akhirnya berlakulah salah faham mengakibatkan kepada putusnya hubungan silatulrahim sesama manusia. Hati kita begitu mudah menjatuhkan hukuman walaupun kepada satu perkara yang remeh dan akhirnya menjadi besar sampai merosakan perhubungan. Kita perlu berhati-hati dengan tipu daya syaitan dan iblis ini.

Hari ini aku  bercuti dan tiada di pejabat. Aku berada di luar kawasan lagi. Namun kini jauh yang dipisahkan oleh laut China Selatan. Andai kata ulasan kalian tiada maklum balas daripada saya, bermakna saya gagal mendapat line. Pagi  tadi tiba-tiba aku teringat kepada beberapa kawan PDKM yang agak rapat denganku di awal penglibatanku di blog Pengalaman di Kota Makkah. Kami pernah bertemu di Kuala Lumpur. Dikalangan  teman-teman PDKM yang dikenali, ada beberapa tenam yang  seolah-olah menyepi. Mulanya aku buat tak kisah sahaja tetapi .......... di sinilah peranan syaitan dan iblis yang membisikan pelbagai andaian mengapa si dia jadi begitu. Mengapa si dia tidak lagi menunggalkan jejak di CCH. Iblis membisikan pelbagai cara, menghasut aku mengatakan itu dan ini. Itulah prasangka aku kepadanya.  Sungguih mudah kita berprasangka. Mungkin beliau sibuk dengan tugas harian dan sebagainya. Kita perlu berprasangka baik. itulah sucinya, itulah murni nya agama dikenali sebagai ISLAM, the way of life.
Alhamdulillah, aku segera tersedar daripada lamunan. Apa yang tergerak di hatiku adalah bisikan syaitan. Ya Allah, aku berlindung daripada syaitan yang direjam.

Salam Ceria

11 ulasan:

aznaz berkata...

saalm from Makkah..

always think positive to anything we do insyllah kita mampu untuk tidak berprangsaka buruk terhadap sesiapa...


wsalm

kak su berkata...

Salam AZ

Ya..itulah hasutan syaitan...kan.

Mari kita bermuasabah...

(akak macam bagus...hee..heee....)

Wslm

rezeki berkata...

salam az

bersangka baik je , insyallah

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

kak nab ceria ni..hehehe

think +ve!

shami2 berkata...

Salam...Az

Bersangka baik..jer tapi kena jugak hati2...bezakan yg benar dan yg salah..baru..redah doa banyak2...pasti Allah..pelihara kita..insyallah

afeezz berkata...

salam AZ : harap2 sy bukan salah seorang drp mereka itu

Azima berkata...

Salam AZ,

Semoga AZ sihat aje hendaknya...

Syaitan adalah penghasut yg hebat..semoga kita semua sentiasa berprasangka baik sesama kita...InsyaAllah kesudahan yg baik buat kita semua..

mama ju berkata...

Askm AZ

Moga persahabatan terus berjalan...insyallah saya belajar untuk tidak berprasangka buruk pada orang....Ya Allah lembutkanlah hatiku...

Aida Ali berkata...

Bercakap bersangka baik memang mudah. Tapi ramai sangat yang bersangka tak baik hasil pengalaman dan atas sikap berhati-hati...

Unknown berkata...

salam AZ ...

seperti kata afeezz , mdh2an bkn ummi jg yer , kekadang tak sempat tinggal jejak . dtg ziarah jer...

Raymond Mersing berkata...

Dari Allah
Kepada Allah
Kerana Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...