Isnin, 10 Mei 2010

Matahari Senja

100510
Matahari
Cahaya mu menerangi buana
tanpamu apalah yang ada
kegelapan cuma

Ketika memandu
di Lebuhraya
mataku tidak berapa selesa
pancaran matahari mengganggu konsentrasiku
cahaya matahari yang bertentangan dengan pemanduanku
menyebabkan pandanganku terganggu
namun kadangkala
matahari senja menarik perhatianku
lantas aku memotret panorama senja
yang begitu indah
menjadikan aku terkasima
dibawah cahaya lembayung senja


tu dia matahari mahu melabuhkan dirinya

matahari di balik awan

matahari mengucapkan selamat tinggal

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari;
 ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya;
 itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui
(QS:Yas Sin:36:38)


22 ulasan:

مسافر_اسلام berkata...

Salam az...apa kabr hari ini. apa kabar iman az...alhamdullah baik semuanya.

مسافر_اسلام berkata...

Tadi az makan tegahari lauk apa...ada kongsi bersma-sama? mesti juadah sayur atau tempey goreng. Banyak minum air masak ye az.

مسافر_اسلام berkata...

oh ya...bagaimana persiapan anak bungsu...sudah pilih tempat yang terbaik utk meneruskan perjuangan.
Kali ini pilihat apa yang menepati sasaran kerjaya.

Rozali berkata...

Assalamualaikum AZ

AZ memuja mentari
mahu lawan pak itam ye, memuja bulan
he he
janji happy

Wassalam

مسافر_اسلام berkata...

Mungkin risau az tentang soalan MI, tidak ada kena megena dengan Matahari melabuhkan tirai, silauan mata dan perjalana di hidway.

Seronok senda gurau, bila mana ada kasih seorang ayah utk anak.

مسافر_اسلام berkata...

alamak...saudara atuk terselit di tengah2 gerabak keretapi la pulak.......

مسافر_اسلام berkata...

hilang point nak megarang...habis la..C+ pun tak comfm lagi ini.

مسافر_اسلام berkata...

Salam...selamat melaksanakan kewajipan solat magrib.

nadz berkata...

Salam AZ,

gambar matahari nak terbenam itu inspirasi buat pelukis meniru alam...
cantik semua gambar-gabmar tu.
w/salam

manzlie berkata...

salam ayah zain..

moga matahari senantiasa menceria kan az..insyalah


waslam

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

heheh. maaf lah semalam tak online ada hal sket. Nanti az citer yer bila ada masa.

MI nak buat Kereta berhias yer.

Semuanya ok. Tak ada masalah.

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

bukan memuja matahari. Cuma tak berkesempatan nak shot bulan. Lagi pun camera tak canggih

Ayah Zain berkata...

Salam Nadz,

terima kasih atas sokongan.

Ayah Zain berkata...

Salam manzlie,

hehhe, hidup mesti ceria

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Matahari adalah sumber tenaga untuk kita makhluknya di Bumi ini..Maha Kaya Allah SWT..

kak nab suka tengok gambar2 tu.. :)

TENGKU ARIFF TUAN ISMAIL berkata...

sungguh besar peranan matahari
Allah menciptakan matahari sebagai sumber cahaya untuk makhluknya supaya dapat menerangi mereka melakukan kerja
malah diciptakan pula bulan untuk merehatkan serata makhluknya


kommentla new entri saya
masih baru dalam berbloging
harap sudi memberikan feedback
hehehehe

Guru Hujung Dunia berkata...

Salam Papa Z,

Bila dah masuk liang lahad dah tak ada matahari. Tingkap pun tak ada. Gelap gelita. Cuma ada bekalan cahaya dari Tenaga Nasional cawangan Amal Jariah & Ilmu yg disampaikan

Ayah Zain berkata...

Salam TATI,

terima kasih visit my n3. Insya Allah az akan ziarahi TATI nanti

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab,

Alhamdulillah. Gambar di ambil kerna az suka melihat ciptaan kebesaraan Allah

Ayah Zain berkata...

Salam GHD,

ermmm, falsafah tu. Betul tu, hanya amalan kita yang menerangi kubur kita nanti.

shami2 berkata...

salam az...

Matahari kalau redup..
Alam jadi sejuk dan dingin
Tapi kalau terang dia membakar
Bak gurun sahara...jadinya

Namun Matahari amat diperlukan
oleh kita dan makhluk Allah yang lain....

Ayah Zain berkata...

Salam Shmai2

wah bila shami2 dah bermadah, maka alam maya ceria bak matahari yang mmbara. hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...