151010
ihsan Atok
Hanya ucapan terima kasih yang dapat aku ucapkan kepada teman-teman maya yang memberikan kata-kata motivasi, ucapan, doa dan sebagainya. Terharu yang amat dirasaikan. Terasa begitu ikrab kita di maya ini. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada teman-teman, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan teman-teman di dunia dan di akhirat. Budi baik teman-teman maya tidak akan dapat az lupakan terutamanya kepada anakanda Musafir Islam, YB, Rezeki a.k.a. Pak Itam drpd High Castle, Imanshah, Kak Long Widuri, Hajah Zainab, Aki44, Ummufaiz , Afeez, Kak Sidah, Kakzakie, ainhany , Rozali , Umi Azuddin, shami2, atikah, hj arshad, Pinatbate, Mamaju, Rosli dan lain-lain yang tak tersebut serta pembaca CHHM sekalian . Kepada Atok-baik, terima kasih atas n3 khas mu itu. Terkajuit la. Tidak lupa kepada CL yang memperkenalkan az kepada dunia Bloggers ini.Rasa terharu yang amat sangat juga amat dirasai atas layanan jemaah Surau Perkampungan Anak-anak Bugis Pt. Keroma. Budi baik tuan-tuan akan menjadi pegangan semangat kepada ku menghadapi cabaran di Tanah Suci. Semoga kami suami isteri dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dengan bantuan doa daripada penduduk Pt Keroma dan teman-teman maya sekalian. Kami amat menyayangi kalian. Insya Allah ditahun mendatang anda sekalian akan menjadi tetamu Allah jua. Insya Allah nanti az seru-serukan nama kalian di Tanah Suci.
kenangan kerja-kerja di Menara Jam
.
10 ulasan:
Salam AZ,
Ingatan dan doa dari sahabat tanda kasih sayang...
Selamat berangkat...
salam az
alhamdulillah, Allah menjemput AZ menjadi tetamuNYA sekali lagi lps 23 tahun yg lalu, tentu keadaan 23 tahun dulu tak sama, namun segala rukun dan wajib haji ttp tak berubah
selamat berangkat , nikmati saat2 indah di sana beribadat dengan sebaik-baiknya
jika berkesempatan, spikan salam saya buat Rasulullah dan para sahabat
jaga diri , jaga kesihatan
Salam AZ
Sekadar mengulang apa yg kita sedia maklum di sana, banyakkan SABAR !!!
Salam AZ,
Seru yer az jangan tak seru, akak teringin pergi lagi..selamat menunaikan fardhu haji dan banyak2 lah bersabar..apabila disana nanti dan akak doakan agar az dan isteri di permudahkan dalam segala hal dan mendapat haji mabrur.
Az seru tatkala berdoa di Arafah semasa wukuf yer.
Salam AZ,
Sejujurnya hati kakak tersentuh bila ada mereka yang mahu menunaikan ibadah Haji. Susunan ayat AZ tambah meruntun hati kakak.
Doa mengiringi semoga perjalanan ibadah yang dilakukan dipermudahkan olehNya. Bebanyak baca doa "ROBBI-YASSIR, WALA-TU'ASSIR.... dan seterusnya.
Selamat berangkat....Wassalam.
Salam AZ...
Semoga doa2 sahabat handai diperkenankan olehNYA dan dimempermudahkan segala urusan anda di Tanah Suci.
salam AZ : sama-sama
Salam Ayah Zain
semoga Allah memudahkan urusan AZ dan Mrs Zain.amin.
Ummumasyitah dtg dari blog satu lagi.Maaf lama tak blog walking atas sebab ketidak mampuan saya untuk berlama-lama di depan PC.
Mohon maaf zahir batin andai selama saya meninggalkan jejak di blog AZ, terdapat kekasaran di mana-mana.
Salam AZ,
Smg dipermudahkan perjalanan Haji kalian berdua..Amin
Salam AZ & isteri,
Semoga AZ dan pasangan mendapat haji yang mabrur.
Catat Ulasan