Isnin, 18 Oktober 2010

Ya Allah, Permudahkanlah


 
181010
Sayu hati
tiada kata terucap
hanya hati yang berkata-kata
memohon yang terbaik daripada Yang Maha  Esa
Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Agung. Yang Pengasih dan Penyayang
Allah Rabbul Jalil, Allah yang menguasai Hari pembalasan

Pagi yang syahdu ini
aku bersalaman-salaman - Salam jamiat
dengan jemaah surau as-Siddik, memohon ampun dan maaf
mohon Allah mempermudahkan segalanya
Budi baik tuan-tuan amat meruntun jiwa
sebagai bekalan kekuatan semangat
menunaikan Rukun Ke-5
Ya Allah, permudahkanlah, permudahkanlah, permudahkanlah

Kepada Semua pembaca Ceriakan Hari-harimu
ayahzain memohon maaf
selama kita berintraksi di alam maya dan nyata
tentunya ada tingkahlaku az yang ter'over'
oleh itu az mohon apalah sudi kiranya memaafkan az
doakan az semoga Allah mempermudahkan urusan ini bermula daripada melangkah keluar daripada rumah tengah hari nanti sehinggalah ke Kompleks Haji Kelana Jaya
seterusnya ke KLIA dan berangkat terus sampai ke Madinah.

Salam Ceria


15 ulasan:

rezeki berkata...

salam az

alhamdulillah , saatnya semakin hampir

saya pun begitu juga, nak minta maaf mana salah silap

semoga segalanya dipermudahkan buat az dan isteri di sana , diberi kesihatan yg baik , selamat pergi dan selamat kembali dan dikurniakan haji yg mabrur

kalau berkesempatan, spikan salam buat rasulullah dan para sahabat

doa2kan juga kami di sini ia

Selamat Menunaikan Ibadat Haji

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Selamat berangkat menunaikan Haji.
Enjoy melakukan ibadah dgn penuh ketenangan..

p/s: kirim salam pada emak & atok sy eks..rindu bangat sama mereka eh eh..jumpa ke? (saje je)

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Dalam keterbatasan masa masih lagi mampu menitipkan kata. Kakak juga mengambil kesempatan ini memohon maaf jua atas apa jua etika yang tidak disenangi ketika mengunjungi CCHM ini.

Doa kakak mengiringi AZ dan Kak Aya semoga dipermudahkan dalam semua hal dari mula sehingga ke akhirnya. Selamat menunaikan ibadah Haji ini dan kembali membawa Haji yang mabrur.

Penunggu Hujung Dunia berkata...

Salam Papa Z,

Kalau singgah CC di Makkah..sudi2lah post entri dgn foto2 di sana ye..Tq

Nida berkata...

Salam AZ,

Selamat menjadi tetamu ALLAH. Semuga AZ menjadi tetamuNya yg paling Istimewa. Semuga beroleh Haji yg Mabrur.

Atikah berkata...

Salam AZ,

Selamat berangkat... Moga selamat sepanjang perjalanan...

My Life berkata...

salam az

selamat berangkat buat az dan isteri.. semoga dipermudahkan semuanya.. sampaikan salam kepada baginda rasullah dan para sahabat....

kak su berkata...

Salam AZ

Selamat berangkat ke Tanah Suci, semuga AZ suamiisteri selamat dan dipermudahkan urusan hajinya....

Wslm

makmuda berkata...

Alhamdulillah menjadi tetamuNYA. Muga mendapat yg terbaik disana. Di berkati segala amalan dan mendapat kurniaan Haji Mabrur. insyaAllah.

NURAZZAH8 berkata...

Salam,
Semoga selamat semuanya dan semoga Allah permudahkan segalanya dari permulaan hinggalah selesai dan pulang semula ke Malaysia ..
lakukan lah ibadah haji dgn seikhlas-ikhlasnya...

nurazzah8

Unknown berkata...

salam AZ....

selamat berangkat ke Tanah Suci...semoga dipermudahkan segala urusan.....

ummu berkata...

Salam Ayah Zain,
alhamdulillah detik itu
semakin mendekat
saya pun memohon maaf ats segala salah silap saya seandainya selama pertemuan di alam maya kita ini, saya ada terkasar di sana sini.

"semoga Allah mempermudahkan urusan ini "
amin...

afeezz berkata...

salam az : mungkin skrg ni az dah smpi kat saudi sane, tibe2 sy plak sayu.... uhuk3

Imran Paris berkata...

SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI WAHAI TETAMU ALLAH......yakinlah tiada yang seindah dari berada dekat disisiNya

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Selamat pergi menunaikan ibadah rukun ke5..semoga berolih keberkatan dan dalam peliharaan Allah..dan selamat kembali dengan pahala hj mabrur...insyaallah.
Kirim salam kat Baginda Rasullullah SAW.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...