Sabtu, 16 Oktober 2010

Penyembur wuduk

161010
Bekas air wuduk mrszain
Bekas air ini amat penting kepada jemaah haji yang berada di dalam lautan manusia di dalam masjidil haram. Mrszain beruntung mendapatnya daraipada si TAHA kerana stok masih ada sedangkan az tidak ada rezeki kerana nama az lambat mendapat kelulusan daripada Tabung Haji. Tidak mengapalah. Semasa az menyerahkan pasport antarabangsa kepada tabung haji, mereka hanya memberikan buku doa sahaja, bekas airnya tidak ada.........


i got the idea, bravo
Bekas air wuduk az. Recyle daripada bekas ubat semburan mata Permata Hijrah.

Tengah hari tadi selepas solat zohor sempat az bertanya kepada ustaz Salehuddin mengenai kaedah mengambil air sembahyang menggunakan semburan air begitu. Rupanya apabila kita menyemburkan air kepada anggota wuduk dan ia mestilah diratakan dengan menyapu dengan tangan. Ratakan supaya air itu mengenai semua anggota yang wajib dibasahi dengan air wuduk itu. Jadi di sini lah kita kena berhati-hati. Semasa meratakan wuduk dengan tangan, tangan tidak boleh diangkat kerana jika di angkat maka air wuduk itu akan menjadi air musta'mal. Maksudnya kena berlatihlah nampaknya. Untuk membasuh/menyembur  muka, tangan dan kepala nampaknya tidak ada masalah tetapi apabila hendak membasuh / menyembur kaki ada sikit susah hehhe. Dalam lautan manusia yang berjumlah lebih 3 juta itu, dengan kawsan yang agak sempit sudah semestinya ......... silap haribulan tersembur orang sebelah heheh. Alah bisa tegal dek bisa. Praktis. Syukurlah hanya sekali sahaja proses nya tidak perlu 3 kali kerana ia perkara sunat sahaja. Jelas bahwa Islam itu mudah. Namun kena ingat kalau tidak sempurna maka orang yang solat itu hanya akan mendapat penat dan payah sahaja
bayangkan dalam lautan manusia begini, solat akan dimulakan bila-bila masa sahaja, wuduk anda terbatal .......... apa anda hendak lakukan? .................bekas air semburan itu amat membantu.

18 ulasan:

afeezz berkata...

salam az : masa org tua sy pi menunaikan haji dulu, dia guna penyembur air utk sembur air ke baju yg nak diseterika saya, dirembatnyer penyembur air tu... hehehe. terpaksa sy beli lain

NURAZZAH8 berkata...

Salam AZ,
dari pengalaman saya, memang sangat berguna bekas semburan ini. Saya dapat 3 set bekas ini semasa hendak pergi menunaikan haji pd tahun 2007 dahulu, kawan2 office bagi. selepas pulang, saya berikan pula kepada kawan lain yg hendak mengerjakan pd tahun berikutnya pula. Begitulah kami tolong menolong sesama sendiri... selepas si A balik, berikan pula kpd si B, selepas si B balik berikan pula kpd si C..dan seterusnya sehinggalah bekas itu rosak tidak boleh digunakan..Alhamdulillah..kiranya bekas itu dapat pergi ke tanah suci Mekah dan Madinah setiap tahun. Maha Suci Allah!

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

masa az pergi tahun 1988 dulu memnag pakai sembur air ke baju yg nak di seterika. Tahun pun naz dah beli dua macam tu, tapi bila tengok tang TH bagi tu macam segan pulak nak bawa hak strika tuh hehhe. sbb besar sikit.

Ayah Zain berkata...

salam nurazzah

yer ke. kalau tahu az minta kat azzah hehhe

sonata anak kancil berkata...

salam...sy dulu bawak yang buat sembur strika baju je...tak guna sangat - sebab selepas angkat air sembahyang minta doakan supaya kekalkan air sembahyang...tapi byak kan tempat ambik sembahyang ni kan...senang - insyaAllah...selamat berangkat ke tanah suci Mekah & Madinah

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Emak dan atok emak sy baru berlepas ke sana baru2 nie telah dibekalkan oleh TH kalau tidak silap saya semasa di Airport..

Macam2 mereka bekalkan kali ini..selipar, ubat gigi, mask, dsbnya..

PINATBATE berkata...

salam..
practice make perfect kata orang jawa

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Alhamdulillah
saya dulu tak bawa penyembur tu
Syukur...Alhamdulillah..tak pernah terbatal wuduk semasa dlm masjid
Insyaallah ...Allah pelihara kita

moga AZ n mrsAZ dihindarkan dari perkara yg menyusahkan

Wassalam

Atikah berkata...

Salam Az,

Moga Allah memelihara perjalanan haji AZ... permudahkan ibadat AZ suami isteri di sana... selamat berangkat

Ayah Zain berkata...

salam sonata

alhamdulillah. Doakan az tidak mengalami masalah wuduk yer sonata.

Ayah Zain berkata...

salam syima

yer ke. alhamdulillah. moga2 az pun dapat nanti.

Ayah Zain berkata...

salam pinabate

heheh. u r the best

Ayah Zain berkata...

salam rozali

minta doakan agar az juga tidak mengalami masalah wuduk ye atok-baik

Ayah Zain berkata...

terima kasih atikah dia ats doamu itu. Semoga Atikah diberkati Allah swt dan dimeprmudahkan segala urusan di dunia dan akhirat

Unknown berkata...

salam AZ...

selain alat semburan tu sebagai ikhtiar , berdoa lah agar dipermudahkan segala urusan jua berdoa agar tidak selalu batal wuduk , InsyaAllah selamat.

Ayah Zain berkata...

salam umi

terima kasih. Insya Allah

Naz Mohamed berkata...

Salam AZ,

Itulah sebenar2nya cara mengambil wuduk tak kira ketika air byk atau tidak. Dengan hanya 1 semburan, air diratakan keseluruh anggota wuduk dan tanpa mengangkat tangan dari anggota berkenaan diulangi sehingga 3x. Tak perlu sembur sehingga 3x.

Cuma untuk wanita kena cari tempat tersembunyi supaya aurat yg terbuka ketika berwuduk tidak dilihat lelaki yg bukan mahram.

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum AYAH ZAIN

Semoga AZ dan isteri diberi Allah kesihatan dan segala kemudahan dalam menjalani ibadah haji itu. Semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...