Ahad, 10 Oktober 2010

ke mandela lagi

101010

Alhamdulillah Majlis Pernikahan ANgkasawan Negara Pertama dengan pasangannya telah selamat disempurnakan tengah hari tadi di Masjid Tuanku Mizan Puterajaya. Dengan sekali lafaz sahaja Dr Sh Muzafaar telah bergelar suami kepada Dr Harlina yang jelita. TAHNIAH, semoga kekal bahagia disamping anak cucu hingga ke akhir hayat.

Semalam aku bersama famili ke Mandela buat ke sekian kalinya. Maklumlah minggu depan kami  suami isteri akan berangkat ke Tanah Suci. Doakan semoga kami suami isteri dipermudahkan  Allah segalanya sehingga kami dapat Haji Mabrur.


inilah restoran mandela
selama ini kami datang malam, justeru gambarnya kelam aje hehhe

aman sungguh persekitarannya

Ibuku, isteriku dan 3 drpd 5 orang anakku sedang menunggu pesanan.
Kejap lagi sampailah tu

tu dia sotong goreng tepung mendahului senarai

ketam blackpaper sudah mari

siakap 3 rasa
ok cukup lah tu dengan udang goreng kunyit dan kailan ikan masin
so apa lagi, doa makan sudah dibaca
ayuh kita mulakan perjuangan





15 ulasan:

kak su berkata...

Salam AZ

Alhamdulillah.
Makan jgn tak makan kat sana jgn kenang2 lak...

Seronok kumpul anakbranakkan.

Wslm.

sonata anak kancil berkata...

sedapnya...Mandela ni ka mana? Tahniah nak berangkat ke Mekah...semoga beroleh haji mabrur

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

betul tu. Biar menyesal makan jangan menyesal sebab tak makan. hehehh

Ayah Zain berkata...

salam sonata,

Mandela ni kat Kukup, Pontian. The best seafood restaurant in Pontian. Tapi kena pandai pilih menu kalau terorder ketam hehheh, satu set ketam tu semalam 55.00. Yang lain2 tu oklah.

Aki44 berkata...

Salam Ayah Zain,

Ambaoi... banyaknya makanan, bolih habih kerr tuh. Makan beramai2 memang berselera.

Selamat berangkat ke Tanah Suci Madinah n Mekah. Buatlah yg terbaik semoga haji yg mabrur menjadi kenyataan.

Juga jgn gundah gulana, CL n Hj Arshad kan ada disana insyaAllah.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam az,

alhamdulillah...az akan berangkat ke makkah rupanya...bila tu? kak nab doakan agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT...semoga mendapat haji yang mabrur...jika tak keberatan sampaikan salam akak kepada baginda Rasulullah saw...

Ayah Zain berkata...

salam kak nab

insya allah senin depan KN. Terima kasih atas doa mu iu. Insya Allah boleh tak ada masalh, cuma takut terlupa jer. apa-apapun az akan cuba usahakan. Ramai ni yang kirim salam. Kena buat catatan ni kan siapa yang kirikan salam. Ada orang kata pakai jamak jer semuanya.

Ayah Zain berkata...

salam aki44

tak banayk tu, yang di pesan tu cuma untuk makan seorang sahaja. Kat sini memang lumayan. Tak rugi datang.

terima kasih atas doa dan segalanya.

Kehidupan Makkah berkata...

Salam....selamat berangkat ke tanah suci semoga Allah mudahkan dan di beri kesihatan....Insyaallah.

Ayah Zain berkata...

salam hj

isya allah, doakan saya yer hj.

afeezz berkata...

salam AZ : selamat berangkat ke tanah suci. semoga dipermudahkan segala urusan, selamat pergi dan selamat kembali.. insyaAllah...

bile nak belanja sy kat mandela lagi? hahaha

Ayah Zain berkata...

salam afeez

terima kaseh atas titipan doa.

turun le Pontian. Kalau tak turun nak belanja macam mana

PINATBATE berkata...

Selamat berangkat ke tanah suci AZ
semuga mendapat haji yg mabrur..

Ayah Zain berkata...

salam kak pinat

terima kasih naa. doakanlah agar semuanya dipermudahkan Allah

Ibu Sayang berkata...

Salam AZ,

Semoga Az & isteri beroleh kesihatan yg terbaik utk menjalankan ibadah dgn sempurna & seterusnya mendpt haji mabrur.

Selamat pergi & selamat kembali. Jgn lupa citer bila balik nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...