Jumaat, 8 Oktober 2010

Jom ikut az marhaban

081010
Marhaban ya marhaban
Dalam Bulan Syawal, marhaban daripada rumah ke rumah sudah sebati dengan masyarakat Melayu Johor. Srtiap di sepanjang bulan Syawal, aktiviti marhaban tidak putus-putus sehinggalah berakhirnya Bulan Syawal. Kali ini kami telah membahagikan aktiviti marhaban kepada beberapa kategori iaitu kategori rumah waden, rumah kelamin, dan rumah taman perumahan.

Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti marhaban di rumah guru-guru di Taman Perumahan Sanglang. Untuk menjimatkan masa, jamuan hanya dilakukan di rumah yang terakhir. Semua hidangan disatukan di sini. Justeru terdapat pelbagai menu untuk dinikamti bersama sambil mengeratkan ukhwah dikalangan kami. Alhamdulillah

Makan time
 Balik Time

Setiap tamu yang datang ke rumah membawa bersamanya seribu kebaikan dan apabila pulang akan membawa seribu keburukan. Berbahagialah tuan rumah yang menerima tetamu yang datang menziarahi.




11 ulasan:

rezeki berkata...

salam az

yg tak tahan tu siap peace lagi keh keh keh

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

moga pulangnya tetamu
maka gugurlah keburukan tuan rumah
Insyaallah

Wassalam

IMANSHAH berkata...

salam, saya tak pernah berpeluang untuk mengikuti program sebegini kerana di kelantan takde..nampak gayanya ken crik orang johor ni

Ayah Zain berkata...

salam rezeki

hehehh, ingat kat syima la tuh

Ayah Zain berkata...

salam rozali

insya allah. sebab itulah kita dituntut memberikan layanan terbaik kepada tetamu kita.

Ayah Zain berkata...

salam imansyah,

yup nampak gayanya begitulah kot heheh.

sonata anak kancil berkata...

paling ensem tu AZ la dengan gaya peace nya ! eceh - eceh...

Ayah Zain berkata...

eleh sonata,

buat dont know eje le

Unknown berkata...

salam AZ...

rasa ummi paling meriah mesti ler kat rumah last sekali nooooo , ada makan2 .. tp penat mengemas pun kat situ gak ler...

ps..pen untuk adik dah sampai, timekasih

مسافر اسلام berkata...

Assalammulaikom wtb az.
khaifahaluka...Allhamdullah.
Seronok tgk islam, seronok tgk melayu, seronok ini lebih baik jika ia berkekalan. Amin.

Di johor ia sudah menjadi wajib sudah bila menjelang syawal.

Bila begini, baru kenal mana yang jarang berjumpa.

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Seronok kan marhaban. Tempat kakak pun sama. Cuma penatlah sikit sebab siang bekerja, malam bergerak dari satu rumah ke satu rumah. Nak drive tak berbaloi sebab rumah dekat-dekat.

p/s: marhaban dah habis, tapi rumah terbuka tak habis-habis walau syawal dah berakhir....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...