Ahad, 3 Oktober 2010

aduhai.....anakku

030910
Semalam kira-kira pukul 9.00 pagi, isteriku mendapat panggilan telefon daripada seorang jururawat Hospital Serdang mengatakan anak ke-3 kami ditahan di wad kerana penyakit bawaan nyamuk. Sudah 3 hari anakku berada di wad namun sedikitpun beliau tidak memaklumkan kepada kami. Betuah betul. Maka dengan itu kami pun bergegas ke Hospital Serdang, Nasib baik Serdang Sekangor kalau Serdang Kulim Kedah kan naya. Bagiku Ke Serdang hanya seperti ke kedai depan rumah (hehehe itu Pak Itam punya trademark). Semasa dalam pemanduan,  aku berdoa janganlah ada apa perkara buruk berlaku. Dalam kepala ku masih segar dalam ingatan di mana seorang anak kawan ku meninggal dunia kerana penyakit itu dan teringat juga kisah seorang blogger yang lumpuh kerana penyakit yang sama.

Aku sampai di Hospital Serdang kira pukul 2.00 petang dan aku mendapati anak ku baru keluar daripada rest room. Boleh berjalan dia ni. Alhamdulillah bisik hatiku. Syukur ke hadrat Illahi. Dan dengan itu bertalu-talu soalan seperti pegawai penyiasat lagaknya diajukan kepadanya.

Rupanya beliau mengalami demam- demam semenjak hari Ahad di mana suhu badannya turun naik dan turun naik. Dan pada hari ke-5 barulah beliau ke Hospital Serdang dengan sehelai sepinggang. Dua hari beliau di HS tiada siapa yang menjengok. Kesihan pulak hatiku. Dia memberi alasan telefonnnya kehabisan bateri. Pendeknya akal anak ku ini. Pada pagi semalam barulah dia meminta pertolongan jururawat menghubungi ibunya.

Seterusya aku meminta penjelasan daripada doktor bertugas dan memaklumkan bahawa anak ku confirm menghidap penyakit %^$#@& bawaan nyamuk yang membiak di air yang bersih. Alah nyamuk yang ada kellas gitu. Yang hanya membiak di air yang suci dan bersih. Namun suhu badannya telah stabil, air yang dimasukkan ke dalam badannya melalui tiub telah dihentikan dan kini hanya bergantung kepada kandungan pletlet darahnya. Sekiranya melepasi bacaan 30, maka anakku boleh discaj daripada hospital.

Kami menunggu bacaan tersebut dan kemudian kira-kira pukul 3.30 petang keputusan darahnya di perolehi dan berada di paras 30. Makanya....... anakku terpaksa di tahan untuk hari seterusnya. Aku dinasihatkan oleh teman-teman supaya anakku minum air dengan banyak dan air 100plus digalakan.

NAsib baik aku mempunyai bekalan air zamzam dan juga air 100plus aku beli diperjalanan. Dan menasihatkan anak ku minum air-air tersebut semaksimum yag boleh.

Alhamdulillah, kira-kira pukul 11.00 pagi tadi anak ku telah dibenarkan keluar daripada hospital kerana bacaan pletlet darahnya telah melepasi bacaan 30.  Hasrat hati hendak membawanya pulang ke Pontian, apakan daya beliau ada ujian pertengan tahun pada hari Selasa, tidak mengapalah, dengan tip-tip dan panduan yang kami berikan, mudah-mudahan penyakitnya berada dalam kawalan.

Demi masa.......
Masa tidak menunggu sesiapa


25 ulasan:

Unknown berkata...

salam AZ....

Alhamdulillah dia beransur pulih ...
mudah2an cepat sembuh seperti sediakala ...

Kehidupan Makkah berkata...

Salam: Alhamdulillah dah sihat semoga sihat selalu hendaknya dan mudah menghadapi ujian nanti...Insyaallah.

sonata anak kancil berkata...

semoga anakanda cepat2 semboh ...kita orang tua ni ...kalau anak sakit memang merisaukan !

Ayah Zain berkata...

salam umi,

terima kasih titipan doa. Semoga Allah merahmati umi jua

Ayah Zain berkata...

salam hj

terima kasih yang tidak terhingga. semoga doa orang makkah ini dimakbulkan Allah jua

Ayah Zain berkata...

salam SAK

terima kasih, Benarlah kata SAK itu, memnag amat merunsingkan fikiran. Tak tahan kita dengan ujian ALlah ini

PINATBATE berkata...

Mudah-mudahan cepat sihat yer..bertuah betul anak ayah ni ..dah dua mlm tidur dlm hotel baru bg tau mak...hihihi..mau berdebar jantung emaknya..syukurlah dah mula pulih

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

Alhamdulillah, dah pulih.

Jus kurma juga membantu untuk meningkatkan kandungan platelet darah..

Ayah Zain berkata...

salam pinatbate,

menag betul-betul betuah la budak ni. tak dapek den nak cakap. sabu jer

Ayah Zain berkata...

salam imanshah,

terima kasih

Ayah Zain berkata...

salam kak nab,

yer ker. ini memnag kena percaya sebab yang cakap guru biologi.

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Alhamdulillah..tadi baru akak tau..dah keluar hospital..sunquick orange pun bagus jugak utk.penyakit ni...doa semoga sembuh 100%

Ayah Zain berkata...

salam kak sidah

wow, ada macam macam penawar untuk penyakit bawaan nyamuk ni yer.

terima kasih KS.

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Alhamdulillah
Syukur
selamat semuanya
moga berjaya dgn cermerlang dlm ujian tu nanti

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam rozali

terima kasih. Insya Allah

Penunggu Hujung Dunia berkata...

Papa Z,

Anak-anak memang ujian terbesar ibu bapa..nak share pengalaman sendiri tak sanggup nak tulis kat sini. Memang trauma..
Moga anakanda lebih sihat & sukses slps ini

Ayah Zain berkata...

salam PhD

Benarlah kata-kata mu itu

rezeki berkata...

salam az

alhamdulillah,

beransur pulih , sekarang ini susah nak cakap psl penyakit , apa yg terbaik selalu berdoa agar kehidupan kita semua terhindar dari segala penyakit membahaya selps setiap waktu solat


2 hari lps pun baru melawat anak seorag rakan di HSI , akibat demam je tapi serius hingga kuman hampir masuk ke otak

sama2lah kita berdoa utk kesejahteraan dan kesihatan kita agar sentiasa dilindungi Allajh

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Alhmdulillah dah beransur pulih. Menjelang akhir tahun nie msuim anak-anak menduduki peperiksaan. Apa yang paling kita takut anak-anak tidak sihat waktu peperiksaan.

Hujung tahun juga sering terdapat macam-macam penyakit kerana cuaca yang tidak menentu.

Doa ibu-bapa mengiringi moga anak-anak sihat & berjaya dlm. peperiksaan.

mama ju berkata...

Aslkm AZ

Moga beliau terus sihat dan selesa untuk menempuh exam.Amin.

kak su berkata...

Salam AZ

Ini jugalah cabaran pengalaman yg akak tempuh si bongsu kat K.Klawang tuu tak inform pun siap kena operate kepala dia pun tak cakap nak buka jahitan next friday baru cal. Katanya tak nak susahkan mama...huh! sabar laa...

Sebenarnya anak2 nii tak nak susahkan kita.

Itulah pengorbanan mereka buat kita...yg jauh dr mata.

Wslm

Ayah Zain berkata...

salam CR

Tu ler. Sama-samalah kita berdoa dan minta kepada Allah agar mmeberikan kesihatah yang baik kepada kita semua.

Ayah Zain berkata...

salam Kakzakie,

alhamdulillah, semoga dipermudahkan Allah. Semoga penyakitnya pulih 100%

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

etrima kasih. semoga dia dapat megambil ujian pada esok hari.

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

yer le, kita nak buta macam mana. pada dia x mahu menyusahkan kita teapi hakikatnya jadi ibu bapa ini memang dah tersurat kita sentiasa di susahkan hehehh. sabau je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...