Khamis, 14 Oktober 2010

Doakan saya

141010
Ya Allah ya Tuhanku
Engkaulah yang kami sembah, Engkau menciptakan kami dan kami adalah hambaMu yang terikat dengan janji-janji yang akan dilaksanakan semampu kami, Kami mengakui segala nikmat yang Engkau Berikan dan kami mengakui segala dosa yang telah kami lakukan. Oleh itu Engkau ampunilah dosa-dosa kami kerana Engkau sahaja yang dapat mengampuninya.

Ya Allah ! Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai. Ya Allah! peliharalah kami dan mereka daripada keburukan dunia dan kerosakannya. Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan takwa dalam perjalanan ini dan juga amalan-amalan yang Engkau redahi. ya Allah, kami bermohon supaya didekatkan dan dimudahkan perjalanan kami disepanjang perjalanan kami dan kurniakanlah kami disepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda, sampaikanlah maksud kami mengerjakan Haji dan mengunjungi Maqam NabiMu, Muhammad SAW.

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada segala mara bahaya di dalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan, jauhilah buruk pandangan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sabahat handai kami.

Ya Allah, letaklah kami dan mereka sekalian didalam peliharaanMu. Janganlah Engkau lucutkan  nikmatMu dari kami dan mereka, janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada kami dan pada mereka wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha penyayang.
Majlis Kesyukuran sudah disempurnakan sebentar tadi
di Surau Anak Bugis Pt Keroma
Terima kasih tidak terhingga kepada semua jemaah yang hadir


Beg juga telah tersedia
Insya Allah. Tarikh mendaftar di Kompleks Haji Kelana Jaya pada 18 Okt 2010 jam 6.30 petang.

32 ulasan:

مسافر_اسلام berkata...

Assalammualaikom wtb az.
MI doakan semoga az selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. Semoga dengan setiap doa yang dititipkan kehadrat ilahai ini dimakburkan Allah.

*Berlepas di subang atau KLIA. Jam 9 mlm ya.

imanshah berkata...

salam az...alhamdulillah lambaian kaabah sudah sampai..selamat berkelana ke bumi ambiyak untuk menghambakan diri pada ALlah, menunaikan Rukun Islam ke -5..semoga diberi kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan..Pergimu untuk agamamu, semoga pulang bersama haji mabrur

rezeki berkata...

salam az

doa ku agar az dan isteri sentiasa dipermudahkan segala urusan di sana, diberikan kesihatan yang baik , dapat beribadat dengan sempurna dan dikurniakan haji yg mabrur, selamat pergi dan selamat kembali

insyallah

doa2kan juga kami di sini

KaklongWiduri berkata...

Salam AZ ...kami semua mendoakan AZ suami isteri mendapat haji yang mabrur dan di permudahkan dalam segala urusan...kami semua menumpang kebahagiaan kalian...serasa kami juga akan kesana bersama2....

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

selamat berangkat. semoga Allah SWT memberikan AZ & isteri kesihatan yang baik, ketenangan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan. semoga mendapat haji mabrur.

Aki44 berkata...

Salam AZ..

Selamat berangkat ke bumi ambia' dan selamat mengerjakan haji.

Buatlah yg terbaik semata2 kerana Allah, semoga dibalas dgn haji yg mabror, insyaAllah.

Ummufaiz berkata...

Salam AZ,

Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga Allah permudahkan segala urusan & mendapat haji yang mabrur, InsyaALLAH.

Saya mohon ampun & maaf jika selama menjadi rakan maya ini ada catatan/komen2 saya yang tidak menyenangkan hati.

afeezz berkata...

salam AZ : semoga az selamat pergi dan selamat kembali. dipermudahkan segala urusan. semoga mendapat haji yg mabrur InsyaAllah

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Doa akak agar az dan isteri dipermudahkan dalam segala urusan dan mendapat haji mabrur..

Insyaallah jumpa di Kelana Jaya..

Gembira sangat kawan dapat pergi menunaikan Rukun Islam k5 ni..doakan kan kami yer AZ.

YB berkata...

Alhamdulillah dan tahniah kpd AZ dan isteri. Dipermudahkan Allah segala urusan. Diselamatkan oleh Allah yang pergi dan orang yag ditinggalkan. Semoga mendapat haji mabrur. Insyaallah.

Kakzakie berkata...

Salam AZ,

Entah mengapa terasa sayu pulak kakak. Airmata macam nak luruh membaca doa dan harapan N3 ini. Macam kakak nak ikut je....

Semoga selamat segalanya dan mendapat Haji MABRUR. Ameen...

ainhany berkata...

salam AZ

Selamat menunaikan ibadah haji 2010.
Semuga memperolehi haji yag mbrur.

Ya ALLAH, bantulah saudara kami, permudahkan urusan ibadahnya dan piliharalah keselamatan dirinya dan keluarganya sepanjang masa. Amin

AZ, dOakan saya myusul.

Rozali berkata...

Assalamualaikum AZ

kami sama2 berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan memperolehi haji yg mabrur

Wassalam

Umi Azuddin berkata...

Salaam AZ,

Selamat berangkat buat AZ & isteri. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan dan dikurniai segala yang terbaik sebagai VVIP Allah di sana nanti. InsyaAllah haji mabrur menjadi milik AZ dan isteri. Amin.

Doakan kami sama ya.

shami2 berkata...

Salam az...

Seronok tgok az dah bersiap sedia dah dekatkan...masanya...selamat pergi..selamat kembali ya...jgan lupa kongsi pengalaman indah itu dengan kami semua..dalam n3 selepas kembali nanti...dan jgan lupa doakan kami untuk cepat hadir sama suatu hari nanti...

PINATBATE berkata...

Selamat berangkat AZ,
Semuga semua urusan dipermudahkan Allah dan dikurniakan haji yg mabrur.

Ayah Zain berkata...

salam MI,

az mendaftar masuk dewan kuk 9.30 malam, berlepas kul 1. pagi

Ayah Zain berkata...

salam imansyah
Insya Allah, semoga az dipermudahkan segalanya oleh Allah swt

Ayah Zain berkata...

salam CR,

Insya ALlah, Terima kasih banyak atas sokongan

Ayah Zain berkata...

salam KLW

Insya Allah, jazakallah hu haira.

Ayah Zain berkata...

salam kak nab

terima kasih. Ku serahkan segalanya kepada Allah swt.

Ayah Zain berkata...

salam Aki44

terima kasih atas sokongan. Insya Allah. Ingatan Aki akan ku sematkan dalam sanubariku

Ayah Zain berkata...

salam ummufaiz

alhamdulillah. Teri a kasih. Smeua catatan anda menyeronokan az

Ayah Zain berkata...

salam afeez

terima kasih. Nanti az doakan afeez cepat dapat jodoh

Ayah Zain berkata...

salam kak sidah tersayang

terima kasih atas sokongan.

Ayah Zain berkata...

salam YB

terima kasih. Insya Allah

Ayah Zain berkata...

salam kakzakie

Insya Allah, tahun depan Kakzakie akan terima undangan menjadi tetamu Allah. Insya Allah

Ayah Zain berkata...

salam ainhany

terima kasih

Ayah Zain berkata...

salam rozali

terima kasih

Ayah Zain berkata...

salam umi aizudin

insya Allah. terima kasih

Ayah Zain berkata...

salam shami2

belum abis lagi 100% siap tu. pelan2

Ayah Zain berkata...

salam pinatbate

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...