121010
Semasa dalam perjalanan ke bandar Pontian petang tadi terjadilah satu peristiwa yang sekiranya benar-bernar berlaku kepada ku akan menjadi satu asam garam dalam kehidupanku. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat. Aku terhindar daripada sesuatu yang boleh mendukacitakan aku.
Semasa aku hendak memotong sebuah kereta di garisan berkembar aku terpandang sebuah kereta peronda polis (melalui cermin sisi) betul-betul di belakang keretaku. Aku mengucap panjang dan membatalkan niatku. Kontrol macho gitu. Aku terus memandu mengikut peraturan, 60km gitu. Aduh! satu pemanduan yang begitu membosankan. Tapi yang tak sedapnya kereta peronda itu terus-terusan mengekori aku. Aku jadi serbasalah ...........aku insan yang lemah, hanya mampu berserah.
Di hadapanku satu que yang agak panjang. Deretan kereta kerana dihadapan sekali ialah sebuah lori yang memandu agak perlahan. Di kawasan garisan putus-putus aktiviti memotong sukar kerana adanya kereta yang bertentangan arus. Hendak tak hendak aku hanya bersabar.
Seterusnya kami melalui jalanraya yang mempunyai laluan motosikal......makanya sebuah lori ayam (mungkin telah hilang sabar) telah memotong kereta di hadapan menggunakan laluan motosikal itu. Hati kecilku terus berkata "alamak, nahas kau lori ayam.......
Memang betul, kereta peronda di belakang aku tadi terus memecut dengan siren dibunyikan dan mengejar laju lori ayam tersebut............memaksa lori ayam itu memberhentikan lorinya. Semasa aku melintasi lori ayam tersebut, pemandu lori ayam yang berseluar kantong hanya tersenyum buat-buat muka seposen memohon ampun kepada polis peronda. Mataku hanya sempat melirik pandangan sahaja dan terus berlalu. Semoga polis peronda itu bersimpati dengannya. Kalau aku sempat menembak tadi, mungkin boleh memaparkan gambar kenang-kenangan di n3 ku ini. Mana mungkin! bahaya pak menembak sambil memandu.
moral of the story: kalau hendak overtake tengok cerrmin hadapan, cermin sisi manalah tahu kok ada uncle yang sedang memerhatikan kita. Memang sepatut untuk memotong kita kena hati-hati.
Hati-hati di jalan raya, anda mampu mengubahnya.
24 ulasan:
sangat ngeri seperti kemalangan 10.10.10 tu...sebenarnya kawasan tu kawasan angin lintang...hati2 memandu di jalanraya...jangan suke2 nak pencong...
salam AZ...
nasib baik AZ sempat menjeling cermin sisi, kalau tidak ! alamat ler kena sain surat cinta lagi, he he he
kami masih pening nie ,kereta belum dpt kembali, 2 hari lepas janji hari nie,bila nk amik kata esok plak ....
Assalamualaikum AZ
Alhamdulillah...perasan
kalau tidak hilang buah kurma 2/3 kilo
Wassalam
salam sonata,
memng tidak dinafikan kebanyak pemadu bas ekspres memandu laju. Kalau dah sama dengan kereta kita, malah ada saja memotong kerta kita, apa kes? sedangkan had laju mereka cuma 90km saha.
salam umi,
memang nasib menyebelahi az hari ini.
harap umi bersabar yer. Tapi dah dekat sebulan kat bengkel tu, masih tak siap2 lagi yer.
salam rozali
hehheh, betul ler.
salam AZ...dah kena saman 2 kali sebab potong double line..huhu
salam imanshah
heheh, dah nak buat macam mana kan, bayau jer
salam az
kalau memotong secara mengundur, dianggap memotong ke ? heheeh
Salam AZ,
nasib baik lagi. kalau tak jangan salahkan pak polisi kalau kena sain "surat cinta pakasaan".
moral of the story also.... kena sabar masa memandu (kalau kakak pun mesti tak sabar juga hehehe..)
Salam Ayah Zain...
Masin jugak mulut bakal tetamu Allah nih, kecian pemandu tu, tentu ayam lambat sampai ke pasar (dan ke dalam periuk... heheheh)
Sampai ke Madinah nanti, cuba amati kubah hijau makam Rasulullah saw dari sudut hadapan masjid (membelakangi kiblat), ada sesuatu di atas sana. Apa bendenyer tuh..
Salam AZ,
Ayat klise.."biar lambat asal selamat, ingatlah orang yang tersayang". Saya tak berani ambil risiko memotong di double line...
Shhhhhhhhhh...tp kadang2 buat juga kalau trafik bertentangan betul clear.
Pak Itam: Cikgu memandu saya tak ajar potong mengundur. nak belajar dgn pak Itam boleh?
salam AZ : ucapan berhati2 di jalan raya ditujukan khasnya kepada AZ.
Salam AZ,
merah berenti,
kuning hati2
hijau jalan
selamat pejlan hendaknya
Moral of d story:
berhati2...
ada hantu tepi situ...:)
Salam AZ..
suatu waktu dahulu kak ngah pernah gak wat muka soposen tuh.. sib baik berjaya.. tapi, waktu tu tgh muda remaja.. la nie kalu wat muka cam tu.. alamat nyer kena lah sign 'autograf' dan melayang 4/5 keping RM50.. heh heh
psstt.. dalam dok beringat tu kadang kala terlupa diri dah tak muda seperti dulu.. tu yang tercilok & merempit jugak.. ahakss
Salam Az...
Hati2 yarr....jgan mencobak pekara2 yang dilarang..heheh pandu cermat jiwa selamat..tapi..kita duk cermat orang lain ikut dan ..jer merempit..bila kena sangkut sekali kita...huhuu itu yang sedey aar...
salam CR
memotong mengundur? Setahu az Sultan Johor menag pertandingan ni dulu
salam kakzakie
itulah dia. kalaulah tak terperasaan semalam, alamat lah
salam aki4
mulut az tak cakap maa, cuma gerak hati jer.
salam ummufaiz
betul tu. biar lambat sedikit jangan lambat langsung
salam afeez.
terima kasih ats ingatan khas itu
salam ainhanny
hehhe, ada hantu yer
salam noor,
sekarang pun apa kurangnya. Kellas gitu
salam shami2
heheh. haris dicobak bu. baru ada trill
Catat Ulasan