Isnin, 31 Ogos 2009

wang kebajikan

Salam,



Kepada para dermawan berikut ialah coretan yang saya terima daripada seorang. Sekiranya ingin membuat amal sadakah jariah, silalah baca. Ruang kosong itu adalah gambar yang mana ayah zain tidak mahir untuk melakukannya.


Rumah Amal Baitul Kasih telah berpindah di no. 23, JALAN BRP 6/5, BUKIT RAHMAN PUTRA, SUNGAI BULOH.















Anak kecil nih bernama Fatimah. Berumur 3 tahun, anak yatim piatu yang buta matanya. Semenjak kedua ibu bapanya meninggal [kedua2 ibu bapanya juga tidak mempunyai saudara-mara] , tiada siapa yang sanggup menjaga Fatimah. Puan Ummu Liza yang kebetulan menguruskan pengebumian ibu Fatimah, dengan rela hati menjaga Fatimah seperti anaknya sendiri.









Anak ini pula bernama Zakaria. Seorang kanak2 yang mengalami masalah terencat akal. Selain Fatimah dan Zakaria, terdapat beberapa lagi kanak2 istimewa di bawah jagaan Ummu Liza yang berumur dari 1 tahun hingga 17 tahun. Mereka ialah Azlina yang mempunyai masalah hati, Naim [10 tahun] pengidap Hepatitis B, Ammar [12 tahun] yang mengidap sakit buah pinggang dan Amir yang mengalami masalah penglihatan.







Ummu Liza sendiri adalah seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada 9 orang anak. Tidak mempunyai pendapatan tetap, menjual kain dari rumah ke rumah. Disamping itu juga, Ummu Liza adalah salah seorang jemaah yang membantu perihal pengebumian jenazah2 wanita di sekitar tempat tinggalnya, di mana kadangkala beliau langsung tidak mengenakan sebarang bayaran di atas hasil kerjanya, kerana dikalangan penduduk di situ juga miskin dan daif.



Suami Ummu Liza pula bekerja sendiri dan hasil pendapatan beliau akan digunakan bagi menampung kehidupan mereka semua termasuklah membayar sewa rumah sebanyak RM 700 sebulan, rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 2 buah bilik yang terletak di Sg. Buloh.



Kelazimannya, selepas memastikan kanak2 istimewa di bawah jagaannya dihantar ke sekolah, rutin harian Ummu Liza ialah ke Pasar Selayang, menunggu sehingga segala aktiviti jualan di pasar tersebut selesai, barulah Ummu Liza membeli sayuran dan ikan2 yang di 'reject' dengan harga yang murah untuk dijadikan santapan mereka pada setiap hari.





Ummu Liza pernah memohon bantuan daripada pihak berwajib, namun prosedur yang ketat telah mengetepikan permohonan beliau.. Daripada membiarkan anak2 istimewa tersebut dibiar hidup melarat, Ummu Liza bernekad untuk terus menjaga mereka selagi hayat dikandung badan, biarpun tidak mendapat bantuan daripada pihak berwajib.



Selepas saya membaca kisah Rumah Amal Baitul Kasih, saya terus menelefon Ummu Liza dan bertanyakan keperluan yang sangat2 diperlukan dalam masa terdekat ni. Berikut adalah senarai barang2 yang dipohon oleh Ummu Liza:



Telekung [15 pasang] - Sudah ada penderma yang memberi sebanyak 3 helai

Blender [4] - Opismet saya dah derma

Iron [4] - Manager saya dah derma

Kipas [4]



Disamping itu juga, Ummu Liza menerima segala jenis bentuk sumbangan termasuklah:



Makanan harian [e.g. garam/gula/beras/ tepung/susu/ milo... etc]

Peti ais

Pembaik-pulihan rumah [e.g. cat]

Baju untuk anak2 dan ibu tunggal/tinggal [yang masih dalam keadaan yang baek]

Mesin basuh







Inilah rumah Ummu Liza yang menempatkan 32 orang kanak2/ibu tunggal. Kelihatan sungguh daif kan?





Dan sekiranya kalian ingin menyampaikan sumbangan secara direct kepada Ummu Liza, kalian bolehlah menghubungi beliau di talian 012-2663649. Alamatnya pula ialah:



Rumah Amal Baitul Kasih

32, Jalan U19/1

Taman Seri Buloh

Sungai Buloh.



Walaupun kita hidup agak senang dan mewah, namun tanpa kita sedari, masih ada insan2 di luar sana yang amat memerlukan bantuan kita. Marilah sama2 kita tunjukkan semangat prihatin kita sebagai rakyat Malaysia yang berhati mulia, dengan membantu mereka selagi terdaya. Insya Allah, semoga Allah memberkati kehidupan kita semua di dunia dan di akhirat kelak.

Kerana Sebutir Kurma

Salam,
Rupanya sudah 10 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Bermakna mulai malam ini kita akan masuk ke tahap ke dua iaitu mendapatkan keampunan daripada Allah untuk 10 malam berikutnya. Marilah sama-sama kita berusaha untuk mendapatanya. dan 10 hari berikutnya kita akan ke tahap ke tiga iaitu meminta kepada Allah agar kita dilepaskan daripada api neraka.

Untuk itu kita di sarankan agar memperbanyakan zikir kepada Allah dengan mengucapkan La ila ha illallah, memperbanyakkan astaghfuirullah, meminta syurga kepada Allah dan akhirnya kita meminta kepada Allah agar menjauhkan kita daripada neraka.

cuba kita lihat bingkisan yang saya dapat daripada seseorang melalui kiram emel kepada saya.



 Hanya Kerana sebutir kurma



Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniatziarah ke mesjidil Aqsa.Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya. "Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu. "Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.


Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWTgara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar
lagi bercakap cakap. "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.

Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu... "

Pada hadits yang lain S.A.W. bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).

Hantar anak pulang ke maktab

31 Ogos 2009: Salam Merdeka.
Hari ini adalah hari akhir cuti persekolahan semua pelajar di Malaysia. Besok semua pelajar MRSM akan mula mengikuti persekolahan di penggal akhir Semester 2 2009. Bagi pelajar Tingkatan 5, 1 September , bermulanya Peperiksaan Percubaan SPM. Putera Bongsu saya terlibat dalam peperiksaan tersebut yang akan berakhir pada 16 September 2009. Oleh itu hari ini saya telah menghantarnya pulang semula ke MRSM Batu Pahat

MRSM Batu Pahat menunggu kedatangan pelajar setelah bercuti Pertengahan Semster 2
Bangunan Asrama
Bangku Rekreasi
Foyer Maktab
dataran yang indah. Ada countdown PMR & SPM
dari sudt yang lain
Kaunter Pejabat (Hari ni tutup - public holiday)
Puetera Bongsu mendaftar dengan Ketua Guru Asrama (Sir Hanata - garang tu, jangan main-main)

 Info Sejarah:

MRSM Batu Pahat terletak  di Kg. Separap 14 km daripada Bandar Pahat dan 10 km dari Pekan Parit Sulong. Terletak di tepi lalulan Pt Sulong - Simpang 5 seluas 50 ekar. MRSM Batu Pahat telah di bina pada tahun 1999 dengan Majlis Pecah Tanah telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato Abdullah Amad Badawi. Maktab ini siap sepenuhnya pada  tahun 2002 dengan pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan 4.  Sepatutnya ia siap pada tahun 2001, oleh itu pelajar sulongnya telah ditumpang sementara di MRSM Mersing.

Terlanjur sudah sampai di MRSM Batu Pahat, Mrs. Zain mengajak 'menengok kueh raya' di Parit  Lapis Laman kira-kira 5km daripada MRSM. Kedai yang terkenal dengn jualan pelbagai kerepek pedas yang menjadi tumpuan penggemarnya. Sempena Hari Raya, kedai ini mengambil kesempatan menjual pelbagai kueh raya. Mrs Zain kata, kalau pergi lambat, hanya tinggal ruang kosong sahaja.  kalau nak datang daripada Pontian, saja-saja nak beli kueh raya tak berbaloi, lebih baik beli dekat Ater Baloi sahaja.

Anika kerepek
Pelnagai jenis kueh raya
Cobak terkak Siapak itu? Terkajuit model ni
Inilah hasil 'penengokan kueh raya' - nanti raya jemputlah datang rumah Mrs.Z
Nampak macam banyak tapi dah ada tuan punya.
Salam Ukhwah, Salam Merdeka.

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA

31 Ogos 1957, tarikh keramat. Tanah Melayu bebas daripada penjajahan British. Hari ini genaplah 52 tahun kemerdekaan Malaysia. Marilah kita menyahut hasrat Perdana Menteri Malaysia membina  1 Malysia - Rakyat didahulukan Pencapaian di utamakan.
Marilah kita sama-sama mengamalkan 8 nilai dalam 1 Malaysia iaitu:

  • budaya kecemerlangan,

  • ketabahan,

  • rendah hati,

  • penerimaan,

  • integriti,

  • meritokrasi,

  • pendidikan dan

  • kesetiaan.

Bersama-sama ini ialah perutusan Perdana Menteri Malaysia sempena Sambutan Kemerdekaan Malysia pada tahun ini untuk tatapan semua.


PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN OLEH
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 30HB OGOS 2009 (AHAD), JAM 9 MALAM



Bismillahirahmannirrahim



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam 1Malaysia.



Tuan-tuan dan Puan-Puan,



1. Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita semua mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T justeru di atas rahmat dan limpah izinNya jua, esok sekali lagi kita akan menyambut hari kebangsaan kali ke-52 dengan tema 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

2. Lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.



3. Pasca kemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan.



4. Dengan pengalaman berkerajaan sendiri begitu singkat, berlatar belakangkan pula pemberontakan komunis yang masih belum reda, wujudnya ketidakseimbangan sosioekonomi yang meluas di tambah lagi dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak kala itu yang meramalkan bahawa Malaya ibarat retak menanti belah dan tidak mungkin berjaya.



5. Namun begitu, kita telah membuktikan bahawa sangkaan tersebut meleset sama sekali. Di dalam tempoh lima dekad merdeka kita telah berjaya muncul sebagai negara membangun yang termaju. Kita telah menjadi negara pertama di dunia yang berjaya mengalahkan pemberontakan komunis di samping kita juga berjaya mewujudkan keadilan sosial dengan rasa kehakmilikan saksama hanya dalam tempoh masa amat singkat yakni dua generasi sahaja.



Tuan-Tuan dan Puan-Puan,



6. Apakah formula rahsia yang telah mendasari kejayaan ini? Sesungguhnya, tidak lain dan tidak bukan, ia adalah faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya perkara titik bengik yang menyebabkan perpecahan.



7. Sayangnya , masa yang berguling telah menyaksikan jambatan dibina oleh bapa-bapa kita dahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Mereka telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum sama ada ianya bersifat politik, agama mahupun sosial demi untuk memuaskan agenda sempit mereka.



8. Di persimpangan ini, cabaran terbesar rakyat Malaysia ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah antara sesama kita. Pokoknya, kita perlu terus mengurus kejayaan, membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan terpupuk selama ini. Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malah akan musnah jika kita tidak berwaspada. Buktinya, lipatan sejarah dunia sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan.



9. Benarlah kata orang, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Sehubungan itu, saya ingin berpesan kepada semua terutamanya generasi muda bahawa nikmat yang kita sedang kecapi hari ini tidak terhasil begitu sahaja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi.



10. Kejayaan ini hasil perjuangan, keringat, air mata dan darah para wira serta para wirawati negara sama ada yang di dendang atau pun tidak. Ia dibangunkan oleh pendahulu-pendahulu kita yang lampau. Ia dipertahankan oleh anggota pasukan keselamatan yang sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa. Ia disuburkan oleh para murabbi dan pendidik yang gigih berjuang di kelas-kelas dan bilik kuliah. Ia dimakmurkan oleh wira swasta, wira korporat, para penjaja, waima peniaga kecil yang gigih dengan semangat keusahawanan mereka mencipta kemakmuran. Tuntasnya, ia dilincirkan pula oleh para penjawat awam yang gigih berkhidmat.



11. Nyatanya, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada ataupun tidak, tua atau muda. Kendati itulah, saya ingin tegaskan bahawa setiap seorang daripada kita mempunyai peluang yang terbentang di bawah langit Malaysia. Yang membataskan pencapaian masing-masing hanyalah kemahuan untuk berjaya, kesanggupan untuk bekerja keras dan keberanian untuk mengambil risiko.



Tuan-Tuan dan Puan-Puan,



12. Di atas segala, sepanjang lebih lima dekad Malaysia telah melalui pelbagai detik dan panca peristiwa. Segalanya, dilalui penuh dengan suka duka, pahit manis dan jatuh bangun bersama dalam kemajmukan.



13. Bertitik tolak dari kepahitan mengharungi ganasnya Bintang Tiga, keperluan monumental mengisi erti kemerdekaan bitara yang dicapai tanpa pertumpahan darah, kepincangan sosioekonomi, keretakan hubungan kaum tanggal 13 Mei 69, kemelesetan ekonomi 80an dan krisis kewangan Asia hujung 90-an. Semuanya telah kita tempuhi dan semuanya telah kita redahi dengan jaya. Ternyata walau apa pun, harus diinsafi bahawa kita tidak mampu bernostalgia dengan kejayaan lalu tanpa berusaha mencipta kejayaan-kejayaan baru.



14. Lantaran itu, untuk menentukan hari esok lebih baik dari hari ini kerajaan telah pun memperkenalkan dasar-dasar yang lebih ampuh dan mampu menjulang kita menjadi sebuah negara yang maju. Sebermula pentadbiran saya telah diutarakan konsep 1Malaysia yang berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai teras hala tuju matlamat kerajaan. Kita tidak berhenti setakat penyataan hasrat sebaliknya kita telah mengadakan prakarsa yang konkrit. Bermula dengan usaha merevolusi sistem penyampaian sektor awam, mengangkat agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan perdana membawa kepada usaha merangsang ekonomi negara agar kemakmuran akan terus merahmati rakyat dan negara.



15. Akhir kalam, ayuhlah kita suburkan semangat patriotisme yang membara dengan mendedikasikan usaha tanpa berbelah bahagi atas nama 1Malaysia. Marilah kita realisasikan masa depan yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia . Marilah kita pastikan panji keramat Jalur Gemilang berkibar megah di persada antarabangsa. Sama samalah berdoa agar perjalanan mulia ini terus diberkati dan diberi petunjukNya jua.



Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh

Dipetik daripada   1malaysia.com.my

Ahad, 30 Ogos 2009

Balik Kampong

30 Ogos 2009, tiba-tiba teringat ibu yang telah melahirkan aku. Selalu teringat nak telefon tetapi kesibokan terlupa lagi. Tidak boleh jadi ni, kena balik kampong jumpa ibu. Mrs zain sibok ngan kelas tambahan. Subjek sejarah ni kena pada hujung minggu, sabtu dan ahad. Jadi pukul 10 tadi telefon mrs zain di sekolah ajak balik kg. mrs zain kata ok tetapi anak bongsu tak boleh bawa kerana study, hari selasa  1 Sep dah mula Trial SPM di MRSM.

Tepat 10.45, mrs zain balik kami terus balik kg. Perjalanan mengambil masa  2 jam.30 minit saja mengikut lebuh raya plus daripada Pontian ke ka,mpong di Rembau NSDK.  Masuk Tol Simpang Renggam dan Keluar di Tol Simpang Ampat Melaka. Masa dalam perjalanan telefon anak (Study matrikulasi UIA PJ)  yang kebetulan telah berada di Kampong. Belia mengatakan uwan (nenek perempuan) di rumah mak cik Timah yang akan mengadakan majlis berbuka puasa pada petang nanti. Jadi kami terus ke rumah Cik Timah. (masa muda2 orang kampong panggil Timah Lawa - orang nama fatimah ni memang cantik bergetah agaknya,  rata-rata siapa nama ftaimah cun melcun la)

Kami sampai di Kampong pukul 1.30 petang. Kami tengok saudara masa Cik Timah sedang sebok memasak. Cik Timah terkejut dengan kedatangan kami, "eden buek kenduri kecik2 jor, tak ado lah jemput kau, menyusahkan kan kau jor' kata cik Timah. Saya kata, kejap jer ni nak tengok emak. La, buko lah kek sini dulu, lopeh kau nak balik Pontian, balik la. Tak Boleh Cik Timah, anak bongsu tinggal sorang kat rumah tu balas saya. Ikut kau la, kalau macam tu. tap tunggu lauk masak dulu. worait kalau setakat 4.40 petang boleh tunggulah.

Kami ke ruang luar tempat memasak. Jumpa emak dulu, bersalaman, berpelok cium la dulu.

Kemudian  lihat menu Mak Cik Timah:

Cendawan kukur (cendawan yang tumbuh di batang getah yang udah tumbang. Aktif masa hujan. Cendawan ni masak lomak campur pucuk ubi yang dibuat seperti siput. (bentuk siput sedut )
Ikan Sembilang (keli) - goreng masak sambal
Daging itik - masak rendang (feveret ni)
cendawan dah siap di cuci
Udang Galah masak lomak cili padi
Sambal Tumis Petai + Sotong
dah siap : Ikan Keli Goreng sambal
Cendawan kukor masak lomak cili padi + pucuk ubi simpul - huhuhu podeh melahar (pedas amat sangat)
Rendang Itik pundah siap. tu Kak Normah dan kak Maimun
Mee Hoon Goreng
Menu belum siap, tak sempat nak tunggu : kueh Kelopong (kueh melaka)
Kueh kelopong : tepong di uli dengan air daun pandan - sebab tu berwarna hijau, tepong digintil dan dimasukkan gula melaka
ni apa ke benda? Lama aku tak tengok kukur kelapa ni
eh eh lelaki melayu terakhir kukur kelapa? bonda tercinta memerhatikannya " boleh harap ke lagi ni, ghoti ko kau kukur ni"
Ha, ni dia kelapa yang telah di kukur oleh Lelaki Melayu Terakhir tadi. apo , ingek eden tak boleh buek yo. Boleh lae tu
Pukul 4.50 kami minta diri untuk balik ke Pontian, kueh kelopong belom masak lagi.
Mak Cik Timah sempat membekalkan Ayah zain  Rendang daging Itik, Cendawan kukur, Sambal Tumis Petai + otong, Gulai udang dan agar-agar. Eh heh, mano poe ikan semilang goreng sambal. lupo la Cik Timah tu
Kami sampai di rumah pukul 7.00 petang.
Semoga Mak Cik Timah dan Abang Md. Noh di rahmati Allah kerana memberi makan orang berpuasa.
Candid
apo buek tu Mak Siti, koponekan ke (penat ke)
Ko buek apo tu gho (dara), kojo tu bolom siap lae tu,
Sibok nampak - ha ah nak simpulkan puck ubi ni macam siput sedut tu
huhuhu, nak nenen
apo lae nak buek ni ( Cik Timah Lawa - Tuan Rumah : Moga Allah memberkati Kak Cik Timah dan Bang Cik Md Noh - semoga rezeki bertambah luas lagi.
Mak Cik Timah ada restoren kat Seremban2. senang singgah lah menjamu selera

CURBUNCLE

Salam Semua.
Apa yang dipaparkan di sini tiada mempunyai apa-apa tujuan tertentu cuma berkongsi apa yang di alami apabila kita menerima musibah kerana cuai menjaga kesihatan dengan sempurna
 Jerawat di belakang badan yang mengikut pandangan awal doktor tidak mendatangkan apa-apa kesan. Biasalah doktor berkata demikian. Tetapi apabila telah melarat doktor akan berkata mengapa lambat datang? Sudah teruk baru nak jumpa doktor. minta maaf ladoktor,tapi  tak semua macm tu, namun biasa  dengar macam tu. Jerawat ini sebenar sudah 4 tahun di belakang badan duduk di tengah2 antara bahu di belakang badan saya .bila kat hsa dulu, doktor pun kata gitu, "awat hang lambat buat rawatan ni"?



Rupanya jerawat ini seperti bom jangka. Lagi dua minggu saya hendak berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah pada akhir mei 2009, mrs zain perasan ada tanda-tanda merah di kawasan keliling jerawat tersebut (masa tu nak g mandi.
 Saya berjumpa doktor swasta dan beliau memberikan antibiotik untuk di makan. Tiada krim untuk sapuan.
Ada perubahan baik tetapi lagi dua hari hendak berangkat, timbul semula tanda-tanda merah dan doktor menyambung lagi dengan antibiotik. Apabila antibiotik habis dan ketika itu saya sudah berada di Mekah, tiada tanda-tanda untuk sembuh, saya hanya menyapukan dengan air zam-zam dan berdoa.
nampak tak bisul tu?
Kuasa Allah 3 hari kemudian timbul 4-5 bisul di kawasan jerawat tersebut. saya pasrah dan menutupnya dengan plasta dan menunggu masa untuk balik ke Malaysia Lagi pun hanya beberapa hari lagi nak balik .
Sesampai sahaja di Malaysia saya pergi  mendapatkan rawatan di sebuah  klinik  swasta di Pontian. Dia mengatakan bisul dan telah pun pecah. Doktor ini menggores bisul tersebut seperti tanda palang. pushhhhh memancut darah bisul mengenai ......., . Namun tiga hari kemudian atas nasihat en azmi pegawai di Pusat Kesihatan Ayer Baloi,  saya berjumpa dengan doktor kerajaan di Pusat Kesihatan Ayer Baloi dan beliau merujuk saya ke Hospital Pontian kerana saya  adalah diabetik (sudah 20 tahun mengidap diabetis) . Doktor mengatakn bisul itu adalah 'curbancle' sejenis bisul yang selalu di alami oleh pesakit diabetis.
A carbuncle is a skin infection that often involves a group of hair follicles. The infected material forms a lump, called mass, which occurs deep in the skin.Biasanya menyerang pesakit diabetis
Saya di rujuk ke Hospital Sultanah Aminah. Di HSA Johor Bahru, doktor membuat keputusan untuk membedah bisul tersebut kerana bimbang akan merebak ke seluruhan belakang saya. Masya ALLah. punya la takuuuuuuuuuuut
Itu dia, hasil pembedahan. Gambar ini adalah sehari selepas pembedahan. (19 Jun 2009)
bOLEH MASUK SEBIJI TELOR AYAM GRED A
Gambar 2 minggu selepas pembedahan. Daging mula tumbuh daripada tepi luka. Dressing dilakukan setiap hari oleh mrs zain
masih 2 Minggu, masa kritikal, doktor kata kalau gula u kantol, luka ini akan merebak, bernanah. U perlu kawal paras gula dalam darah. 
Juga 2 minggu. ikan haruan dah habis dua belas ekor ni Pedih ni. Berdenyut-denyut. Tuhan aje yang tahu
4 minggu. Gatal, macam nak garu-garu. tangan asyik menggosok ke belakang sahaja. Daging baru mula tumbuh daripada tepi ke tengah luka
5 Minggu
selepas 7 minggu
Cukup-cukup 8 minggu.
 ermmm lega rasanya dah tak pakai balutan lagi
Begitulah padahnya penyakit kencing manis.
Namun saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana luka ini telah sembuh sepenuhnya walaupun gatal kadang-kadang datang menjelma. sabor aje lah.
gambar pagi tadi. Hanya parut yang tinggal.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada my lovely honey mrs zain yang tidak jemu-jemu mencucui luka, mengambil gambar setiap kali cucian, doktor Mutalib yang mengajar cara-cara mencuci luka (bekas anak murid yang disayangi,  abang saat yang rajin memplasterkan bisul ku di mekah, en azmi di Klinik ayer Baloi dan semua yang terlibat membantu saya secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah yang membalasnya. 
Oleh itu tuan/puan yang masih sihat, jagalah kesihatan. elakan makanan yang bergula kelat. Kurangkan gula dalam makanan/minuman tambahkan manisan dalam senyuman.
Saya mohon kalau gambar2 ini mengerikan anda. Kalu anda ngeri apalagi saya yang mengalaminya.
Hanya kepada Allah aku berserah, meminta pertolongan dan segala-galanya kerana Allah.
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri (QS:42: ayat tiga puluh
Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia ke 52
Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan,
1 Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...