Isnin, 31 Ogos 2009

Hantar anak pulang ke maktab

31 Ogos 2009: Salam Merdeka.
Hari ini adalah hari akhir cuti persekolahan semua pelajar di Malaysia. Besok semua pelajar MRSM akan mula mengikuti persekolahan di penggal akhir Semester 2 2009. Bagi pelajar Tingkatan 5, 1 September , bermulanya Peperiksaan Percubaan SPM. Putera Bongsu saya terlibat dalam peperiksaan tersebut yang akan berakhir pada 16 September 2009. Oleh itu hari ini saya telah menghantarnya pulang semula ke MRSM Batu Pahat

MRSM Batu Pahat menunggu kedatangan pelajar setelah bercuti Pertengahan Semster 2
Bangunan Asrama
Bangku Rekreasi
Foyer Maktab
dataran yang indah. Ada countdown PMR & SPM
dari sudt yang lain
Kaunter Pejabat (Hari ni tutup - public holiday)
Puetera Bongsu mendaftar dengan Ketua Guru Asrama (Sir Hanata - garang tu, jangan main-main)

 Info Sejarah:

MRSM Batu Pahat terletak  di Kg. Separap 14 km daripada Bandar Pahat dan 10 km dari Pekan Parit Sulong. Terletak di tepi lalulan Pt Sulong - Simpang 5 seluas 50 ekar. MRSM Batu Pahat telah di bina pada tahun 1999 dengan Majlis Pecah Tanah telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato Abdullah Amad Badawi. Maktab ini siap sepenuhnya pada  tahun 2002 dengan pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan 4.  Sepatutnya ia siap pada tahun 2001, oleh itu pelajar sulongnya telah ditumpang sementara di MRSM Mersing.

Terlanjur sudah sampai di MRSM Batu Pahat, Mrs. Zain mengajak 'menengok kueh raya' di Parit  Lapis Laman kira-kira 5km daripada MRSM. Kedai yang terkenal dengn jualan pelbagai kerepek pedas yang menjadi tumpuan penggemarnya. Sempena Hari Raya, kedai ini mengambil kesempatan menjual pelbagai kueh raya. Mrs Zain kata, kalau pergi lambat, hanya tinggal ruang kosong sahaja.  kalau nak datang daripada Pontian, saja-saja nak beli kueh raya tak berbaloi, lebih baik beli dekat Ater Baloi sahaja.

Anika kerepek
Pelnagai jenis kueh raya
Cobak terkak Siapak itu? Terkajuit model ni
Inilah hasil 'penengokan kueh raya' - nanti raya jemputlah datang rumah Mrs.Z
Nampak macam banyak tapi dah ada tuan punya.
Salam Ukhwah, Salam Merdeka.

11 ulasan:

Noor berkata...

Salam CZ..

Wow.. satu kotak kueh raya, 10 ramadhan.. tu baru kira permulaan, pertengahan ramadhan.. akhir ramadhan.. mau 5/6 kotak.. he he.. sah kena buat open house nih.. ajak kami semua.. CM, Che Pit, Atikah, Hanis, CR.. semua2 lah..

psst.. bergaya sungguh model yang dok posing tepi rak kueh tu.. kirim salam ukhwah kat dia ek..

Tanpa Nama berkata...

Salam,

laaa ingatkan hanis dah dapat no 1....masuk2 tengok kak noor dah ada...huhuhuhu....akak, hanis pon terkejut tengok 1 kotak dah kuih raya....huhuhuhu....meriah pak zain kita niee....mama carry dah ade...tart dah ade...maruku dah ade...tah ape2 lg kat bawah tu...nie sure lebih dr 10 jenis kuih dah niee...cayalah ayah zain...kak noor kita p rombongan naik aphiad naa.... ;-)
akak...model tu terkejut tengok ayah zain nak ambik gambar tuuu....hahahhaha

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

Tahniah, no satu yer.
Bukan apa, dok jauh kat Pontian, saja-saja nak g tak ada lah. Tempat ni memnag famous, kalau nak pergi lagi 10 hari nak raya, kempunan la, dah abis kena borong.

Alaikum salam

Ayah Zain berkata...

Salam Hanis,
Bukan meriah lagi tu, satu kotak kecil sahaja. Beli juga untuk emak n emak mertua tercinta.

Tempat ni kalau lambat pergi, tak merasa la. Kalau dekat2 nak raya tu, cuma tinggal ruang kosong sahaja. Tadi punya lah ramai orang, parking sampai luar bangunan. (ada ke orang parking dalam bangunan? biar betul)

Betul, akak terkejut, hehhehe. Sian dia

Imran Paris berkata...

WAHHHHH....bestnya kerepek2 raya. Mana nak dpt kat Paris ni??? Mahal tak skrg harga kerepek kalau beli di Muar...tentunya murah dr di KL, dulu saya kerap gak beli kerepek di sana, kalau kebetulan lalu ke Muar...sedap, fresh, murah dan duit tu terus dpt bg pada pengusaha...tak byk tangan yg ambik dalal.

AZ....putera AZ yg mana satu??? Yg mcm Mawi tu ke??? Alamak ramai pulaklah yg nak daftar jd calon menantu nanti :)

Err...jgn lupa singgah Paris sblm buka puasa hari ni tau...

Ayah Zain berkata...

Salam IP,

Hheheh, harga kat sini memnag murah. Tempat ni bukan di Muar tetapi dekat Parit Sulong. Amat terkenal di sini, dari selatan ke utara tahu. Kabarnya kalau datang Batu Pahat tak singgah di temoat ini, tak sah. heheh

Putera bongsu saya ni hensem lagi daripada Mawi. Hahahhaha. Nanti tunggu birthday dia tak beberapa hari lagi, saya akan paparkan.

Imran Paris berkata...

AZ....wah ni dah kira promosi krepek dan anak teruna ni...sudah BAIK. tentu ramai yg berdebar nak tgk bakal putera AZ ni :D

Ayah Zain berkata...

Salam IP,

hehheh, mana da promosi. saja nak habak hehheheh.


apa yang baik? kalau luka tu hanya tinggal parut.

Che' Pit berkata...

salam ayah zain,

hmm rindu pada kehidupan di asrama maktab..

waa ayah zain awak2 lagi dah bersiap sedia utk raya ek..

Ayah Zain berkata...

Salam Che'Pit,

AZ nak tanya, CP dulu sekolah di MRSM ke.

bukan awal la, saja dah sampai kat Parit Sulong, terus jer la pergi kat tempat jualan tu, tempat ni kalau lambat pergi, tinggal ruang kosong aje.

Che' Pit berkata...

salam AZ,

haah CP dulu bekas pelajar MRSM..

2nd batch PKP (Program Khas Pendidikan) kat MRSM Jasin (sekarang MRSM Tun Ghafar Baba)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...