Ahad, 30 Ogos 2009

Balik Kampong

30 Ogos 2009, tiba-tiba teringat ibu yang telah melahirkan aku. Selalu teringat nak telefon tetapi kesibokan terlupa lagi. Tidak boleh jadi ni, kena balik kampong jumpa ibu. Mrs zain sibok ngan kelas tambahan. Subjek sejarah ni kena pada hujung minggu, sabtu dan ahad. Jadi pukul 10 tadi telefon mrs zain di sekolah ajak balik kg. mrs zain kata ok tetapi anak bongsu tak boleh bawa kerana study, hari selasa  1 Sep dah mula Trial SPM di MRSM.

Tepat 10.45, mrs zain balik kami terus balik kg. Perjalanan mengambil masa  2 jam.30 minit saja mengikut lebuh raya plus daripada Pontian ke ka,mpong di Rembau NSDK.  Masuk Tol Simpang Renggam dan Keluar di Tol Simpang Ampat Melaka. Masa dalam perjalanan telefon anak (Study matrikulasi UIA PJ)  yang kebetulan telah berada di Kampong. Belia mengatakan uwan (nenek perempuan) di rumah mak cik Timah yang akan mengadakan majlis berbuka puasa pada petang nanti. Jadi kami terus ke rumah Cik Timah. (masa muda2 orang kampong panggil Timah Lawa - orang nama fatimah ni memang cantik bergetah agaknya,  rata-rata siapa nama ftaimah cun melcun la)

Kami sampai di Kampong pukul 1.30 petang. Kami tengok saudara masa Cik Timah sedang sebok memasak. Cik Timah terkejut dengan kedatangan kami, "eden buek kenduri kecik2 jor, tak ado lah jemput kau, menyusahkan kan kau jor' kata cik Timah. Saya kata, kejap jer ni nak tengok emak. La, buko lah kek sini dulu, lopeh kau nak balik Pontian, balik la. Tak Boleh Cik Timah, anak bongsu tinggal sorang kat rumah tu balas saya. Ikut kau la, kalau macam tu. tap tunggu lauk masak dulu. worait kalau setakat 4.40 petang boleh tunggulah.

Kami ke ruang luar tempat memasak. Jumpa emak dulu, bersalaman, berpelok cium la dulu.

Kemudian  lihat menu Mak Cik Timah:

Cendawan kukur (cendawan yang tumbuh di batang getah yang udah tumbang. Aktif masa hujan. Cendawan ni masak lomak campur pucuk ubi yang dibuat seperti siput. (bentuk siput sedut )
Ikan Sembilang (keli) - goreng masak sambal
Daging itik - masak rendang (feveret ni)
cendawan dah siap di cuci
Udang Galah masak lomak cili padi
Sambal Tumis Petai + Sotong
dah siap : Ikan Keli Goreng sambal
Cendawan kukor masak lomak cili padi + pucuk ubi simpul - huhuhu podeh melahar (pedas amat sangat)
Rendang Itik pundah siap. tu Kak Normah dan kak Maimun
Mee Hoon Goreng
Menu belum siap, tak sempat nak tunggu : kueh Kelopong (kueh melaka)
Kueh kelopong : tepong di uli dengan air daun pandan - sebab tu berwarna hijau, tepong digintil dan dimasukkan gula melaka
ni apa ke benda? Lama aku tak tengok kukur kelapa ni
eh eh lelaki melayu terakhir kukur kelapa? bonda tercinta memerhatikannya " boleh harap ke lagi ni, ghoti ko kau kukur ni"
Ha, ni dia kelapa yang telah di kukur oleh Lelaki Melayu Terakhir tadi. apo , ingek eden tak boleh buek yo. Boleh lae tu
Pukul 4.50 kami minta diri untuk balik ke Pontian, kueh kelopong belom masak lagi.
Mak Cik Timah sempat membekalkan Ayah zain  Rendang daging Itik, Cendawan kukur, Sambal Tumis Petai + otong, Gulai udang dan agar-agar. Eh heh, mano poe ikan semilang goreng sambal. lupo la Cik Timah tu
Kami sampai di rumah pukul 7.00 petang.
Semoga Mak Cik Timah dan Abang Md. Noh di rahmati Allah kerana memberi makan orang berpuasa.
Candid
apo buek tu Mak Siti, koponekan ke (penat ke)
Ko buek apo tu gho (dara), kojo tu bolom siap lae tu,
Sibok nampak - ha ah nak simpulkan puck ubi ni macam siput sedut tu
huhuhu, nak nenen
apo lae nak buek ni ( Cik Timah Lawa - Tuan Rumah : Moga Allah memberkati Kak Cik Timah dan Bang Cik Md Noh - semoga rezeki bertambah luas lagi.
Mak Cik Timah ada restoren kat Seremban2. senang singgah lah menjamu selera

17 ulasan:

aznaz berkata...

salam ayah zain..

nak rendang itik tuh

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzli,

wow, orang Mekah no satu. Tuan Rumah bangga sangat nih. CM, CP, IP hang pi mana, dah terlepas.

ooHanis, di mana kau menghilang. Kau balik seghomban ke

Ayah Zain berkata...

Salam,

Lupa pulak kat Rezeki, KN, shami2, siapa lagi yer, minta maaf yang lain, hari ni penat sangat.

Kita jumpa lagi yer.

Noor berkata...

Salam..

alamak, org mekah sampai dulu.. he he.. maklumlah naik kapal terbang.. cheq terlewat sikit je..

sodap2 menu tu CZ.. tapi, part rendang itik.. emmm.. tak pernah rasalah.. lagipun memang tak makan itik.. he he

psstt.. segak bergaya CZ dok kukur kelapa..

Atikah berkata...

Salam AZ...

Wah.. meriahnya... cam buat kenduri lak...

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

Kalau cuba sekali, dah tak mahu makan ayam, memang sedap sangat. kat melaka seketu lima ringgit tau, saya beli juga.

kukur kelapa? hehheheh,gian tengok pengukurnya tu.

masa x ada mesen kelapa dulu, saya yang jadi mangsa kukur nyior tu Noor

Ayah Zain berkata...

Salam tikah,

kenduri nkat kampong memang best, meriah

UmmuAdam berkata...

Salam AZ,

Ni saya terima jemputan AZ bertandang kerumah AZ, tahniah dah ada rumah sendiri. Terliur saya tengok lauk pauk Mak Cik Timah especially cendawan tu...teringat masa kecik-kecik dulu tolong emak kutip kat batang pokok getah. Nampaknya lepas ni dari Mekah ke Johor pulak, nak singgah Paris tak sempat2 lagi.

Selamat meneruskan ibadah di bulan yang mulia ini & Selamat menyambut Hari kemerdekaan.

Imran Paris berkata...

AZ...mak aii mcm ada kenduri nikah pulak...sedap tul menu AZ hari ni, terliur saya...saya nak sambal petai udang tu...bolehkan :)

CM berkata...

salam


meriah yer kenduri tu...berbudi bahasa makcik timah lawa dibekalkan AZ dengan hidangan pelbagai..org kg mmg baik-baik...terus terang saya minat dgn cara Az menulis,bahasa AZ santai dan lucu..teruskan menulis CM peminatmu..

Che' Pit berkata...

salam ayah zain

mak ai, udang galah tu.. terliur cheq.. hmm teringin gak nak merasa rendang itik tu.. tak pernah rasa pun..

rezeki berkata...

Salam CZ,
ini bukan kondori kocik tu, byk lauk pauknya yg menyelerakan. Kalau kat kg, suasana mmg seronok . Semoga tuan rumah diberkati ALLAH.

Alhamdulillah.

Ayah Zain berkata...

Salam UmmuAdam,
Terima kasi terima jemput. besaq hati az. Kembang.

selalu-selalu lah jengok az yer.
Selamat terus berpuasa juga kepada UA (ummuadam).

Ayah Zain berkata...

Salam IP,

orang negori ni kalau kenduri apa-apa pun lauk dia mesti banyak. Tak macam kat negeri lain 3-4 macam jer (maaf naaah). Macam beriayani ada nasi, dalca dan ayam/daging. tul tak. Ni lebih daripada 6 tau. Sialp haribulan umbut kelapa pun jadi menu. hehheh.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Aduhai CM, CM dah jadi peminat no 1 AZ. Terima kasih daun keladi, kecil padang sekolah tu dia Stadium Hang Jebat AZ hamparkan.

CM kat Melaka area mana? kalau belah masjid tanah, alor gajah, jom kita speaking negori.

Ayah Zain berkata...

salam CP,

oooo Cp suka udang galah yer. Goreng pun sodap, ni pulak masak lomak cili api. Fuhhh terangkat. Udang galah tu belum makan lagi, dah banyak nau lauk, tak reti nak makan, so simpan dalam peti dulu buat lauk besok hehehheheh.

Daging itik memnag sodap. Kalau AZ jumpa menu itik, yang lain AZ tak pandang dah. Lepas ni siap kau itik-itik .........

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki.

itulah budaya negori, kecik atau besar majlis, lauk memang banyak. Sebab tu depa letak dalam dulang. Penuh dulang dengan lauk pauk jer. Dulang yang ada lauk pauk mereka panggil Jamba. Satu jamba tu utk 4 orang aje.

"cuba kau tengok berapa ramai yang datang, bilang copek, nak tengok berapa jamba nak buek ni".

Semoga Rezeki juga di Berkati Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...