Jumaat, 28 Ogos 2009

kia carens ayah zain

Inilah kereta ayahzain yang dibeli  lima tahun dulu dengan harga lebih seratus lapan belas ribu ringgit. Masa tu tengah mahal. Hati dah berkenan, ikutkan juga. Tiga hari lepas pembelian, dengar berita NazaKia buat promotion   dengan diskaun dua puluh ribu. Mak datuk, punya la frust. Itulah yang dinamakan rezeki. Nazakia kata carens yang diberi diskaun  itu  dipasang di Malaysia. Apa-apa pun kereta ni dah tidak ada hutang. Malaslah hutang-hutang ni.  Ayahzain dah settlekan . Tidak tenteram 
Kereta ini bagus kerana tidak banyak masalah. Ayahzain hanya perlu hantar servis pada masa yang ditetapkan
Kia Carens ni memang mantap. Makin laju makin terasa mantap. Ayahzain pernah pecut sampai lebih seratus lapan puluh perkm sejam. Hheeh, tak lama la, takut, ingatkan anak-anak n mrs zain, so slow ikut peraturan seratus sepuluh aje. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA 
Ruang barang luas juga kalau seat tidak dipasang. Kalau pasang, faham-faham la. Yang bagusnya boleh naik semua anak-anak beranak seramai tujuh orang. Kalau emak ayahzain masuk pun masih boleh ada ruang 
Semua seat adalah daripada kulit. Memang x panas waktu tengahari. Siap dengan dr backbone. Banyak jasanya, terutama masa ayah zain buat pembedahan 'curbuncle' dua bulan yang lepas. Nanti ayahzain tunjukkan curbauncle tu nanti yer
ok cikgu mas, ayah zain dah buat entry yang Cikgu cadangkan pagi tadi di PDKM. Jadi lepas ni nak pulak kereta cikgu Mas..



Minta laluan.

anak bongsu ayahzain buka puasa dengan kek cokelat mrs zain.

10 ulasan:

rezeki berkata...

Salam CZ
tahniah kerana menyahut cabaran utk buat N3 tu.

P/S: buka apa deme ptg ni.

Ayah Zain berkata...

salam rezeki,

berbuka dengan kek cokelat. tengok balik, anak bongsu sedang makan kek tu

CM berkata...

salam en zain''

cerita yg sungguh menarik,...MAS7552 Insyaallah yer,,,

Imran Paris berkata...

Wah AZ....telah dikota janji yang dikata...tahniah...cantik kete tu. Mmm....betul kata AZ...hutang2 ni mmg terasa beban. Nanti kalau saya sampai KLIA bawak 3,4 beg besar, bolehlah AZ dtg jemput ye....pas tu terus bawak saya makan Kek Coklat Mrs Zain tu....ngidamlah pulak saya ni

Ayah Zain berkata...

salam cm,yer ker tu. Jangan lama-lama. AZ ni pegang pada janji, selagi tak tertunai dia akan ungkit. nanti siap nyanyi lagu jamal kau mungkir janji.

Ayah Zain berkata...

salam Imran,

No proble, setakat 2-4 beg besar tu. tentang kek coklat hehheh, kalau mrs zain lapang insya allah. kek dia ari ni memnag luar biasa sedap la. entah2 kok laparrrrrrrrr. (jgn cakap kat cikgu mas nanti siap khutbah dia)

Che' Pit berkata...

salam ayah zain,

hmm tu diaaa.. dah kuar dah kete ayah zain.. pelbagai posing, sudut dan angle, hehe..

Ayah Zain berkata...

salam pijal,

tu ler, tengah tunggu kete cm yg masih tak kuar ni, pijal pulak bila nak tunjuk kete

shami2 berkata...

Salam Ayah Zain,

Haahh..bagus tu..share ilmu..heheh..tulah..sebahagian pertanyaan yg dikemukakan dalam sebuah buku yg sya baca...dalam perjalanan hijrah hidup sy ni...terima kasih buat follow up dgn ustaz...
AZ, hutang tu berat bebannya...bwa sampai mati..terutama melibatkan sesama manusia...

Cantik kete AZ, ..syg kete tu kt AZ, sbb jga dia..elok2..hehehe

Atikah berkata...

Salam Az,

AZ dah tunjuk kete... En IP bila lagi nak tunjuk??? nak tgk kete paris cam mana... he.. he.. pijal dah kuarkan dulu kereta dia... tapi kereta dok tegah mandi buih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...