Bersama 2 orang adik-adiknya. Yang berbaju biru petak itu sekarang menuntut di Matrikulasi UIA, Petaling Jaya di bidang Senibina. Yang berbaju hitam ialah adiknya yang bongsu, yang menuntut di MRSM Batu Pahat. Baru-baru ini mendapat Anugerah Pengetua dengan PNG 3.50
Gambar ketika menerima Ijazah Sarjana Penguran Kontrak Binaan di Konvokesyen UTM ke 40 (2008). Berjaya menyempurnakan sarjana dalam masa setahun sahaja. Tahniah, walaupun tidak dapat memasuki MRSM seperti 4 orang adik-adik lelakinya, dia telah menunjukkan dengan bersekolah harian biasa dia berjaya mendapatkan Ijazah di peringkat Master.
Bersama nenek (ibu saya) yang dicinta
Bersama-sama kawan-kawan yang juga layak mendapat Ijazah Sarjana
Wahai puteriku, sesungguhnya ayah sangat berbangga dengan pencapaian kamu. Semoga kamu sentiasa beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Berusahalah menjadi anak yang solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan ayahnya. Sesungguhya apabila matinya anak adam, terputuslah ia daripada segalanya kecuali anak yang soleh, sedakah jariah dan ilmu yang manafat.
Selamat hari lahir. Semoga umur yang dianugerahi Allah dapat digunakan untuk beribadah kepadaNya. Allah tidak menjadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadah kepadaNya. Buatlah apa sahaja kerana Allah. Bekerjalah kerana Allah dan bersungguhlah mendapatkan keredaan Allah. Mintalah apa sahaja kepada Allah. Berdoalah kepada Allah. Ingatlah kepada Allah kerana Allah itu hampir kepada kita duhai anakku.
Ya Allah, ya Tuhanku ampunilah dosa-dosa anakku ini, jadikanlah ia seorang anak yang solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan ayahnya.murahkan rezekinya, panjangkanlah umurnya , sihatkanlah tubuh badannya, hindarilah ia daripada sebarang penyakit dan mudahkanlah jodohnya ya Allah. Amin, amin, amin ya Rabalalalamin
Semoga Allah memberkati kamu anakku.
Happy Birthday My Princess. May Allah Bless U. I LOVE U SO MUCH
Rose daripada Kota Istambul : may 2009
Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru di Tadika ABIM Muar, SKBBL, STUDI,SMKAB Muar, Tenaga Pengajar di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak dan Semua Pensyarah di Fakulti Alam Bina UTM Skudai dan semuanya yang telah menjadikan anak perenpuan ku ini berjaya. Budi baik tuan/puan, hanya Allah yang membalasnya.
Semoga beliau cemerlang di Dunia dan Akhirat.
.
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS:64:14)
Karib kerabat dan anak-anakmu sekali-kali tiada bermanfa'at bagimu pada hari Kiamat. (QS:60:3)
SubhanaAllah
21 ulasan:
Salam,
Hari ni da jdik ratu trek kt sini pulak dah...
Selamat ulang tahun kelahiran kpd anak CZ, tuh...moga berjaya didunia dn akhirat.
Ahaa..bidang yg diambik cam sya tuh..sya da 15 tahun dah dalam bdg nih..gunalah sebaiknya dik...ilmu bdg ini ckup baik utk diri kita..CZ sya cdgkan dia jdik lectr sesuai utk org pompuan..da ada suami anak2 sok..mdh...( keluarga lbh ptg).
p/s: Sya skrang dlm maintain higway.
aminnnnn...
Salam pak zain & keluarga,
Selamat ulang tahun kelahiran yg ke-24 pada kak long..kak hanis doakan semoga kak long terus di lindungi oleh Allah, terus maju & berjaya di masa2 hadapan & bertemu jodoh cepat...dik, cari menantu lelaki tunggal terbaik pada mak & ayah naa ;-) ....
;-) cantik laaa kak long nie
pak zain...dah cantik dah blog pak zain nie...tp kenape komen2 tu nak kene tapis dulu baru boleh keluar...huuhuh ;-) ooooo takut mrs zain baca yeee komen2 terover2 yeee ;-)...hahahhahah
Salam en zain
Hati guru ini tersentuh dengan ucapan terima kasih dari seorang bapa atas kejayaan puterinya,Memang ibu bapa yg berhati luhur beginilah yg dapat melahirkan anak-anak yg berjaya.
Tahniah en zain,,,puteri kebanggaanmu jua cikgu ucapkan Happy Birthday,tahniah kerana sekali buat ibu bapa rasa bangga hidup mu sentiasa diberkati..
P/S : your sweety,kelihatan seperti CM muda-muda dulu,she `s so sweet...bila nk tengok en zain ni???he,he
Salam Shami2
Bravo, ur the no 1. Terima kasih atas pandangan tu. masa dia nak amik master dulu, memnag dia kata nak jadi pensyarah. Minggu lepas dia baru hantar borang permohonan ke UiTM, minta doakan agar tersenarai pendek untuk temu duga, then minta-minta dia berjaya dalam tumuduga nanti.
salam hanis,
Terima kasih. Yang dah cantik ni, nak kena cantikan lagi. heheheh. Mana ada tapis-tapis, pak zain memang minum air tapisan berjenama RX
salam CM,
Jasa guru memang tak terbalas. Hadiah paling bernilai kepada guru apabila anak-anak muridnya lulus cemerlang dalam peperiksaan dan seterusnnya menjadi orang yang berguna kepada ugama, bangsa dan negara.
tapi sekarang kehidupan guru semakin mencabar dengan karenah ibu bapa yang pandai-pandai belaka. pantang ada silap, terus sampai ke atas. Mana ada guru yang suka-suka nak marah kan? mana ada guru suka-suka nak ambil tindakan. Surat khabar pun satu ................ tak apa CM, sabor jer la. Kena ingat salah satu di bawa ke kubur ialah ilmu yang manafaat. untung jadi cikgu ni sebenarnya.
CZ dapat no satu kat blog Prof MKI tadi, rasangan umah Hanis pun no 1.
Salam Hanis,
semoga doa hanis kepada kak long dimakbulkan Allah swt. Amin
Salam CZ,
selamat hari jadi pd anak CZ, semoga mencapai kejayaan dlm bidang yg diceburi, kita sebagai ibu bapa telah memberikan yg terbaik utk anak2 dan berdoa serta bertawakal semoga mrk berjaya.
Alhamdulillah.
p/s : td spi kl kat kul 4.00. jumaat nti baru balik muar, sabtu balik KT. Sibuk betul minggu ni psl anak kat asrama cuti, kakaknya tak cuti psl cuti semester hari tu dicepatkan psl selsema babi .
Pak Zain...kena panggil Pak Zainlah bukan sbb Pak Zain tua cuma menghormati org yg jauh berpengalaman dr saya.
TAHNIAH...moga puteri Pak Zain jd wanita solehah sejati yang dimuliakan di dunia dan mendapat darjat yg tinggi di akhirat, insyaAllah.
Pak Zain...saya pun sama...cukup menghargai guru2 yg mendidik saya selama ini dr darjah 1 (sbb sy tak masukkindergarten dulu) hinggalah tamat pengajian saya. Tanpa guru sapalah saya. Nak sgt jumpa guru2 lama...nak peluk dan cium tangan mereka...alamak sedihlah pulak saya ni. Slmt Berbuka Tuan
Salam Rezeki,
Terima kasih atas ingatan. ooo gitu ke. So ni masih kat kl a yer . Ok selamat berbuka puasa. semoga amalan puasa kita diterima Allah.
Salam Imran,
gitu ker. No hal punya. Guru memangtugasnya mengajar anak-anak muridnya agar menjadi insan terpuj. Menjadi guru sekarang sangat mencabar, hanya kesabaran sahaja yang menjadi pendindingnya. Kenapa kata london membosankan? saya tengok view yang paparkan mengasyikanjuga.
Pak Zain...bosanlah London, tak de apa, Paris lagi mcm2 nak tgk. Kalau naik Sightseeing bus di London tak tau nak tgk apa...ntah apa2 ntah, naik cruise pun sama, nothing intersting....baru2 ni ada gak kawan gi jln2 London...dia pun rasa benda yg sama. Tp kalau takat nak gi saja2, oklah....shopping mmg ok, but Paris...lagi power le :)
Salam Imran,
ooo gitu ker. U berapa lama da kat paris? Paris memang power. Saya teringin sangat nak naik eifel tower. tapi entah bila nak sampai sana.
salam abg zain..
selamat ulang tahun pada princess anak abg tuh..semoga allah murahkan rezekinye dan panjang kan usia
wsasl
Salam Lie,
Terima kasih bebanyak. Moga Allah memberkati Lie. Semoga sihat sejahtera, dipanjangkan umr dan dimurahkan rezeki
Salam Lie,
Terima kasih bebanyak. Moga Allah memberkati Lie. Semoga sihat sejahtera, dipanjangkan umr dan dimurahkan rezeki
salam,
smoga bahagia CZ sekeluarga.
calon menantu ni...
Salam Kak As,
Terima kasih datang umah cz, lama tunggu kak as datang umah chegq tau. Ingatkan kak as tak sudi.
Kirim salam ngan abang megat.
Salam CZ..
bila baca coretan cz mengenai anak2.. tersentuh ati cheq.. ayahda cheq dulu pun macam tu.. selalu berdoa dan berharap yang terbaik untuk anak2 nyer.. tapi ayahda cheq dijemput sebelum cheq dapat membalas segala jasa2 nyer.. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh ayahda cheq.. dan happy birthday to your anak dara..
Salam Noor,
Begitulah kita sebagai ibu bapa hanya mendoakan kesejahteraan anak-anak. Anak-anak ini anugerah Allah dan menjadi amanah kepada kita membimbing mereka ke jalan yang diredai.
Semoga roh ayahanda Noor dicucuri rahmat.
Catat Ulasan