Isnin, 31 Ogos 2009

wang kebajikan

Salam,



Kepada para dermawan berikut ialah coretan yang saya terima daripada seorang. Sekiranya ingin membuat amal sadakah jariah, silalah baca. Ruang kosong itu adalah gambar yang mana ayah zain tidak mahir untuk melakukannya.


Rumah Amal Baitul Kasih telah berpindah di no. 23, JALAN BRP 6/5, BUKIT RAHMAN PUTRA, SUNGAI BULOH.















Anak kecil nih bernama Fatimah. Berumur 3 tahun, anak yatim piatu yang buta matanya. Semenjak kedua ibu bapanya meninggal [kedua2 ibu bapanya juga tidak mempunyai saudara-mara] , tiada siapa yang sanggup menjaga Fatimah. Puan Ummu Liza yang kebetulan menguruskan pengebumian ibu Fatimah, dengan rela hati menjaga Fatimah seperti anaknya sendiri.









Anak ini pula bernama Zakaria. Seorang kanak2 yang mengalami masalah terencat akal. Selain Fatimah dan Zakaria, terdapat beberapa lagi kanak2 istimewa di bawah jagaan Ummu Liza yang berumur dari 1 tahun hingga 17 tahun. Mereka ialah Azlina yang mempunyai masalah hati, Naim [10 tahun] pengidap Hepatitis B, Ammar [12 tahun] yang mengidap sakit buah pinggang dan Amir yang mengalami masalah penglihatan.







Ummu Liza sendiri adalah seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada 9 orang anak. Tidak mempunyai pendapatan tetap, menjual kain dari rumah ke rumah. Disamping itu juga, Ummu Liza adalah salah seorang jemaah yang membantu perihal pengebumian jenazah2 wanita di sekitar tempat tinggalnya, di mana kadangkala beliau langsung tidak mengenakan sebarang bayaran di atas hasil kerjanya, kerana dikalangan penduduk di situ juga miskin dan daif.



Suami Ummu Liza pula bekerja sendiri dan hasil pendapatan beliau akan digunakan bagi menampung kehidupan mereka semua termasuklah membayar sewa rumah sebanyak RM 700 sebulan, rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 2 buah bilik yang terletak di Sg. Buloh.



Kelazimannya, selepas memastikan kanak2 istimewa di bawah jagaannya dihantar ke sekolah, rutin harian Ummu Liza ialah ke Pasar Selayang, menunggu sehingga segala aktiviti jualan di pasar tersebut selesai, barulah Ummu Liza membeli sayuran dan ikan2 yang di 'reject' dengan harga yang murah untuk dijadikan santapan mereka pada setiap hari.





Ummu Liza pernah memohon bantuan daripada pihak berwajib, namun prosedur yang ketat telah mengetepikan permohonan beliau.. Daripada membiarkan anak2 istimewa tersebut dibiar hidup melarat, Ummu Liza bernekad untuk terus menjaga mereka selagi hayat dikandung badan, biarpun tidak mendapat bantuan daripada pihak berwajib.



Selepas saya membaca kisah Rumah Amal Baitul Kasih, saya terus menelefon Ummu Liza dan bertanyakan keperluan yang sangat2 diperlukan dalam masa terdekat ni. Berikut adalah senarai barang2 yang dipohon oleh Ummu Liza:



Telekung [15 pasang] - Sudah ada penderma yang memberi sebanyak 3 helai

Blender [4] - Opismet saya dah derma

Iron [4] - Manager saya dah derma

Kipas [4]



Disamping itu juga, Ummu Liza menerima segala jenis bentuk sumbangan termasuklah:



Makanan harian [e.g. garam/gula/beras/ tepung/susu/ milo... etc]

Peti ais

Pembaik-pulihan rumah [e.g. cat]

Baju untuk anak2 dan ibu tunggal/tinggal [yang masih dalam keadaan yang baek]

Mesin basuh







Inilah rumah Ummu Liza yang menempatkan 32 orang kanak2/ibu tunggal. Kelihatan sungguh daif kan?





Dan sekiranya kalian ingin menyampaikan sumbangan secara direct kepada Ummu Liza, kalian bolehlah menghubungi beliau di talian 012-2663649. Alamatnya pula ialah:



Rumah Amal Baitul Kasih

32, Jalan U19/1

Taman Seri Buloh

Sungai Buloh.



Walaupun kita hidup agak senang dan mewah, namun tanpa kita sedari, masih ada insan2 di luar sana yang amat memerlukan bantuan kita. Marilah sama2 kita tunjukkan semangat prihatin kita sebagai rakyat Malaysia yang berhati mulia, dengan membantu mereka selagi terdaya. Insya Allah, semoga Allah memberkati kehidupan kita semua di dunia dan di akhirat kelak.

12 ulasan:

manzlie berkata...

salam ayah zain..

satu kisah yang sungguh menarikk..
akan kesana satu ahri annti..

terimaksih kerna memebritahu

waslam

cikgu mas berkata...

Salam..

aduhai,,laju yer n3 AZ,,kalah n3 cik lie

cik lie nak pi CM nk ikut,,,

manzlie berkata...

salam cikgu mas..

ok set...nanti satuhari saya balik kl kita pergi di sna yer...jgn lupa..kita ajak Hanis dan Pjar serta kak Noor sekali...sesiapa yang nak ikut pun boleh...


waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzli,

Seronoknya orang Mekah mai umah ayah Zain, orang pertama pulak tu. Terima kasih datang na. Harap-harap lepas ni selalu la datang umah ayah zain yer. Bosar bonar raso hati den ni.

Ayah Zain berkata...

Salam Cikgu Mas,

wah CM ni mana ada Manzlie dia pun ada. CM ni nak abang samad atau nak manzli heheheh. Kok abang samad tu hanyalah sebagai .... (oh tidak, bulan2 puasa jangan buat citer, maafkan ayahzain CM kerana berfikiran begitu)

Bukan laju la CM, cuma bila bukak emel ada kisah sedih tu. Tu yang masukan mana-manalah kok kok CM nak menderma dalam bulan2 puasa ni yang mana sedekah dalam puasa Allah beri ganjaran yang berlipat kali ganda.

Betul tu CL, kalau CL, CM peri, AZ pun nak ikut, mesti best pergi ramai-ramai.

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

ok CL nanti bila balik kita p ramai-ramai, kena pilih hari sabtu la. AZ jauh kat pontian ni.

Tapi pastikan CL betul2 sihat, jagan bila balik sini demam pulak kerana berubah angin. Harapa-harap peristiwa yang lalu tidak berulang lagi.

Imran Paris berkata...

AZ....sy baru pulang dr terawih...sedihnya membaca kisah yg dipaparkan. Harap dpt ke sana secepat mungkin bsama geng raja2 dan ratu2 pecut PDKM sebaiknya. Thanks for informing.

Ayah Zain berkata...

Salam IP,

Tu la, bila baca email tu, hati ini tersentuh sangat, harap-harap kita dapat membantu mereka ini. Hari ni nak tipon la, apa yang boleh AZ bantu. Kalau dapat no akun, nanti AZ akan paparkan.

Salam Ceria, Asalamualaik, hv a nice dream, Jangan lupa bersahor yer.
Kami kat sini nak p kerja. IP nak tidor heheh. Maha suci Allah.

rezeki berkata...

Salam AZ dan semua,
Alhamdulillah, kita bantu apa yang terdaya utk meringankan bebannya.
Insyallah.

cikgu mas berkata...

Salam Az


hehehe,,,jgn cakap cam tu dengar abg samad majukk dia...dgn cik lie tu CM rela jadi driver dia ...

cik lie mmg minat ttg welfare projek cam tu,dia pernah cerita kt cikgu visi dia..tcikgu dah lama booking nk masuk share..

rezeki berkata...

salam AZ,
itulah sebabnya saya hairan krn bab mcm ini mcm kera di hutan di susukan, anak sendiri kelaparan . krn masyarakat dan ngo boleh bantu berjuta2 hinggit utk org luar , tapi kena bangsa sendiri , byk alasan dan halangan dan bermcm2 prosedur .
sgt sedih krn berlaku di bumi kita yg dah merdeka 52 tahun. Mungkin bantu org luar, tinggi nilai komersilnya dari bantu bangsa dan rakyat sendiri.

Imran Paris berkata...

Rezeki, WELL SAID :((

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...