Published with Blogger-droid v1.7.3
Selasa, 30 Ogos 2011
selamat hariraya aidilfitri
hari ini hari raya aidilfitri.
saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada sema pembaca chhm.
saya memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran sama ada disedari atau tidak semasa az mengendalikan chhm.
semoga allah menerima amalan tuan puan dan juga amalan saya.
selamat hari raya dan hari kemerdekaan malaysia ke 54
saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada sema pembaca chhm.
saya memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran sama ada disedari atau tidak semasa az mengendalikan chhm.
semoga allah menerima amalan tuan puan dan juga amalan saya.
selamat hari raya dan hari kemerdekaan malaysia ke 54
Published with Blogger-droid v1.7.3
Ahad, 28 Ogos 2011
28082011
Hanya tinggal satu hari sahaja bulan Ramadan akan menghilangkan dirinya dan malam ini adalah malam terakhir kita mengerjakan solat sunat Tarawikh. Semoga amalan kita disepanjang bulan ini diterima ALlah. Bersama-sama ini, aku melampirkan hajat sabahatku yang dipetik daripada emelku.Au berasa terpanggil untuk menghebahkannya satu dunia tentang perkara ini.
Assalamu'alaikum,
Kepada yang berhajat untuk berwaqaf untuk Pembangunan, Pendidikan & Dakwah Yayasan Sofa dengan membeli sijil waqaf yang bernilai RM50 setiap satu (contoh seperti attachment) boleh menghubungi saya menerusi email shiidenu@gmail.com atau di talian 0122098979.
Maklumat lanjut berkenaan Yayasan Sofa boleh didapati dihttp://yayasansofa.com
Jika ada individu atau syarikat yang ingin berwaqaf dengan nilai yang lebih besar juga adalah amat dialu-alukan. Sijil, surat atau resit waqaf akan dikeluarkan dengan nilai yang sama dengan sumbangan :-)
Jika ada individu atau syarikat yang ingin berwaqaf dengan nilai yang lebih besar juga adalah amat dialu-alukan. Sijil, surat atau resit waqaf akan dikeluarkan dengan nilai yang sama dengan sumbangan :-)
Segala sumbangan kepada Yayasan Sofa layak mendapat pengecualian cukai LHDN.
Ps: Mohon dipanjangkan kepada sahabat2 yang lain
Sekian, terima kasih.
Khamis, 25 Ogos 2011
Selamat Hari Raya IdulFitri
25082011
Di hari raya
terkenang aku
terkenang aku kepada sidia
Kampung ku indah nun jauh di sana
ayah serta bondaku
Dikesempatan ini,
dengan rasa rendah diri
ayahzain memohon ampun dan maaf
kepada semua pembaca CHHM tersayang
Tentu ada penulisan ayahzain yang tersasar
mencoretkan kelukaan di hati kalian
tercedok nukilan dan dipaparkan di CHHM
justeru mohon di ampunkan.
Ayahzain mohon ampun dan maaf di atas segalanya
sama ada disengajakan atau tidak terlintas langsung di hati untuk melakukannya
jari disusun
maaf dipinta
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
1 Syawal 1432 H
&
Selamat Hari Kemerdekaan
31 Ogos 2011
Rabu, 24 Ogos 2011
70K Malaikat menjaganya
24082011
Semalam aku mengiringi boss ke majlis Berbuka Puasa MARA Johor bersama anak-anak Yatim Taman Perling. Johor Bahru di Plaza Larkin, Johor Bahru, Johor. Majlis di mulakan dengan alunan nasyid anak-anak yatim dan diikuti dengan tazkirah oleh Tn Hj. Ahmad Mazlan bin Mohd Gouth, seorang pendakwah bebas.
anak yatim perempuan sedang menerima bantuan
sebahagian anak yatim lelaki
Ustaz ini begitu santai memberikan tazkirah dan meresap ke jiwaku. ALhamdulillah. Antara intipatinya menganjurkan kita berdoa sebanyak-banyak dalam bulan Ramadan kerana doa orang yang berpuasa amat mustajab.Memperbanyakkan membaca al-Quran kerana satu huruf itu mebawa kepada 10 ganjaran pahala. Beliau menganjurkan kita mengamalkan ayat-ayat kita baca terutamanya surah Yasin, ayat Qursi, surah al-Ikhlas, surah al-mulk dan beristigfar. Membaca surah al-Mulk selepas subuh menghindarkan kita daripada azab kubur, perempuan yang membaca yasin akan dipermudahkan jodohnya, membaca surah al-Iklas 11 kali selepas solat fardu .....(lupa hhehe).
Seterusnya ustaz menganjurkan supaya membaca ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyar 3 kali pada waktu pagi, Allah akan mengutus 70ribu malaikat memohon rahmat kepada pembacanya dan sekiranya sipembaca itu meninggal dunia ia termasuk mati syahid.
al-Hasyar ayat 21-24
[21]Sekiranya Kami turunkan
Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk
serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal
perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka
memikirkannya.
.[23]Dia lah Allah,
yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha
Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha
Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang
Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya.
Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
[24]Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
kueh mueh dan kurma sebagai menu berbuka
Baryani sebagai menu utama
Selasa, 23 Ogos 2011
Whopssss, Sudah 2 tahun berlalu
23082011
Saat berganti saat
Minit berganti minit
Jam berganti jam
hari berganti hari,
Minggu berganti Minggu
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun
maka tampa di sedari
Ceriakan Hari-hari Mu
menginjak ke tahun baru
Selamat hari Lahir ke-2 CHHM
CHHM pada 23 Ogos 2008
Ketika itu blogger pertama menziarihni ialah Hanis yang kini entah ke mana, diikuti dengan orang kuat dan Founder PDKM En Mohd Azli (CL), Noor a.k.a Kak Ngah si Panda glemer dan Ratu jelitawan PDKM Cikgu Mas. Kini CHHM yamg mempunyai pengikut berdaftar 164 (tak bergerak-gerak nombor ini) dengan sejumlah 633 n3 di kira orait lah juga berbanding dengan blog-blog yang lain. Dari aspek sejarah, CHHM pernah mencatat kunjungan tertinggi pada 29 Ogos 2010 seramai 163 pelawat yang terdiri daripada 71 buah negara yang pernah singgah menjengoknya. Catatan paling popular ialah n3 bertajuk Lubang Neraka pada 26 Jun 2010. CHHM pernah melalui zaman suram di awal 2011 apabila kehilangan mood untuk berkarya dan semalam 22 Ogos kunjungan mencecah 108 pelawat. Alhamdulillah.
Akhirkata CHHM mengambil kesempatan mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung CHHM atas sokongan yang diberikan terutamanya kepada Afeez ( menjadi satu-satunya pengunjung tetap CHHM), CR, Sonata Anak kancil, Kak Sidah, Kak Nab, Mamaju, Shami2, Atuk Razali, Hj Rosli, Che Din Advis, Luahfikiran, Musafir Islam, Hj Arshad, Kamato, umi umairah, Shiema, kakzacky, pinatbate , aki44( kepada yang tidak tersebut saya memohon maaf sebab tak teringat) dan semua yang sudi berkunjung ke CHHM.
Label:
aku bangga denganmu,
Happy birthday,
Nostalgia,
Sejarah
Isnin, 22 Ogos 2011
Mengetahui Muka surat Juzuk AlQuran
22082011
Kali ini saya mahu berkongsi maklumat yang didapati daripada emel berkaitan dengan bagaimana mencari juzuk dalam al-Quran. Al-Quran diturunkan kepada Manusia melalui Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk kepada semua manusia di samping sunnah dan hadis baginda. Pahala yang paling mudah didapati ialah melalui pembacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap 1 huruf yang dibaca Allah memberikan ganjaran 10 pahala.
Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah bagaimana mahu mencari dengan mudah dengan menggunakan formula matematik yang ringkas, kita akan tahu muka surat Al-Quran mengikut juzuknya.
Sekarang mari kita cuba mencari muka surat juzuk al-Quran. Katalah Kita ingin mencari juzuk 5. Kita tidak perlu membelek muka surat al-Quran dari muka surat pertama hingga sampai ke juzuk yang diingini. Tentunya mengambil masa. Cara paling mudah ialah dengan hanya menolak juzuk yang ingin dicari dengan angka 1 dan di darab dengan angka 2 dan seterusnya meletakan angka 2 disebelah jawapan yang diperolehi.
Mari kita mulakan di mukasurat berapakah juzuk 5 berada?
5 – 1 x 2
Apabila mendapat jawapannya letakan angka 2 disebelah jawapan tersebut.
Bagaimana tu?
5- 1 = 4
4 X 2 = 8
Letakan no 2 di sebelah angka 8 begini = 82
Bernakna juzuk 5 berada di mukasurat 82.
Menarik atau tidak?
Mari kita ke contoh seterusnya iaitu mencari juzuk 10
10 – 1 x 2 = 18
18 diletakan angka 2 disebelahnya akan menajdi 182
Bermakna juzuk 10 berada di mukasurat 182
Betul ke? Mari kita lihat contoh ke 3 iaitu halaman juzuk ke 23
23 – 1 x 2 = 44 .
Angka 2 disebelah 44 akan menjadi 442.
Bermakna juzuk 23 ialah dimukasurat 442.
Sekarang cuba anda cuba mencari juzuk 30 atau sebarang juzuk yang lain. Betul atau tidak?
Ahad, 21 Ogos 2011
Jangan Ucapkan takziah
21082011
Hari ini aku ingin berkongsi bahan daripada kotak emelku untuk tatapan pembaca CHHM. |
Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap musibah yang menimpa seorang muslim,
maka hal itu boleh jadi penghapus dosanya,
walaupun hanya kerana tertusuk duri."
(H.R Muslim)
Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya. Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai. Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini." Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu.. Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW. "Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku. Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. " MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya. Atau adakah si suami dapat menghargai pengorbanan si isteri sehingga mudah untuk menyebut Ana redha kepadanya. |
Sabtu, 20 Ogos 2011
Malam 21 Ramadan
20082011
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kita masih
dapat menyedut udara anugerah Allah. Hari ini bersamaan dengan 20 Ramadan 1432H. Malam ini kita akan masuk hari ke 21 Solat
Terawih bermakna 8 hari lagi Ramadan akan meninggalkan kita.
Hari ini AZ,MrsZain dan Puterabongsu menjengok rumah
kami di Melaka yang sekian lama tidak dijengoki. MrsZain mahu mengemas rumah
untuk menyambut Syawal yang kian menjelang. Dikesempatan ini kami mencari
beberapa keperluan di JJ Bandar Melaka.
ada yang berkenan?
Menjelang petang, hujan menyimbah tanah agak lebat
menjadikan udara agak nyaman. Sebenarnya dari pagi,cuaca agak mendung, jauh
disudut hati tergerak juga adakah malam tadi Lailatur Qadar telah berlaku?
Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Diberitakan juga pada 3.25 pagi waktu Makkah telah berlaku gerhana bulan
dan terdengar juga berita wujudnya cahaya terang di Masjidil Haram. Allahhu
aklam.
Menu berbuka puasa kami masih simple iaitu sayur kobis,
ikan kembung masak sambal dan gulai rebung campur perut pemberian adik AZ.
Mrszain membalas dengan kueh badak berendam ala ayermolek. Pada sebelah malam,
kami Solat Terawih di Surau Ayer Molek. Begitu santai imam memimpin solat
terawih sebanyak 8 rakaat dan 3 witir. Selepas rakaat ke 4, imam memberikan
tazkirah yang amat bermakna sekali.
Imam mengingatkan jamaah akan fasa terakhir puasa di mana
Allah memberikan perlepasan api neraka. Rebutlah, mohonlah kepada Allah agar
melepaskan kita daripada azab api neraka. Seterusnya Imam memaklumkan bahawa di
fasa terakhir puasa ini, Allah memberikan ganjaran kepada umat Islam akan Malam
Lailatul Qadar. Rebutlah, berusahalah mencarinya di malam malam terakhir Ramadan terutamanya di malam-malam ganjil.
Walaupun banyak perselisihan pendapat di kalangan ulamak
tentang Malam 1,000 bulan ini, yang penting ialah kita mencari malam-malam
tersebut kerana Allah telah berjanji bahawa Malam tersebut dianugerahkan pada
10 malam terakhir Ramadan. Malangnya pada 10 terakhir Ramadan, masjid/surau menjadi lengang kerana ramainya yang pergi mencari Lailatul Qamdar, seloroh Imm. Hanya tanda-tanda kedatangan Malam tersebut yang
jelas diketahui iaitu wujud suasana nyaman, mendung di pagi hari kerana
hamparan sayap Malaikat Jibrail. Imam juga mengingatkan kebiasaannya di Malam
Lailatul Qadar, badan kita terasa amat letih dan mengantuk dan hanya mereka
yang berusaha mencari malam itu sahaja yang akan dapat menerimanya.
Jumaat, 19 Ogos 2011
Baryani Bugisiah
19082011
Semalam kami menikmati Baryani ala Bugisiah dalam siri berbuka puasa di Kg Pt Keroma, Ayer Baloi. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin dan Tahlil yang diketuai oleh Ust Sallehudin iaitu Imam Muda Surau Anak Bugis, Pt Keroma. Majlis ini dihadiri oleh lebih 70 jemaah lelaki dan wanita. Alhamdulillah.
antara jemaah semasa majlis tahlil
Baryani Bugisiah - Kambing dan ayam
makan dalam talam - lebih mesra
kueh dan air kathira
Bismillah - itu dia Pengerusi Surau
orang kuat Surau anak bugis
makan berdua aje ker dalam satu talam tu
siap tambah lagi tuh
10 terakhir Ramadan
19082011
Subhana Allah, cepatnya masa berlalu. Sekarang kita sedang memasuki fasa terakhir Ramadan. Bagaimana dengan fasa-fasa yang lepas? Adakah kita termasuk dalam mereka yang mendapat Rahmat dan Keampunan Allah. Sungguh sedih dan merugi lah kalau kita tidak termasuk dalam kumpulan tersebut. Namun, masih ada satu lagi fasa iaitu perlepasan daripada api neraka. Di dalam fasa ini terdapatnya satu malam yang bersamaan 1000 bulan Malam Lailatul Qadar. Ayuh, kita tingkatkan usaha kita untuk merebut peluang yang ada. Sama-samalah kita berdoa, agar kita mendapat kerahmatan, keampunan dan terlepas daripada api neraka. jauhkanlah kita daripada mereka yang berpuasa tetapi tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Subhana Allah, cepatnya masa berlalu. Sekarang kita sedang memasuki fasa terakhir Ramadan. Bagaimana dengan fasa-fasa yang lepas? Adakah kita termasuk dalam mereka yang mendapat Rahmat dan Keampunan Allah. Sungguh sedih dan merugi lah kalau kita tidak termasuk dalam kumpulan tersebut. Namun, masih ada satu lagi fasa iaitu perlepasan daripada api neraka. Di dalam fasa ini terdapatnya satu malam yang bersamaan 1000 bulan Malam Lailatul Qadar. Ayuh, kita tingkatkan usaha kita untuk merebut peluang yang ada. Sama-samalah kita berdoa, agar kita mendapat kerahmatan, keampunan dan terlepas daripada api neraka. jauhkanlah kita daripada mereka yang berpuasa tetapi tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Rabu, 17 Ogos 2011
When someone tells you that you can't do something...
Selasa, 16 Ogos 2011
Durian Kura-kura
16082011
Lihat lah kekuasaan Allah. Durian ini berbuah di pangkal dan batang ini ditemui diperkampungan Orang Asli yang tidak diketahui lokasinya.Isnin, 15 Ogos 2011
gubahan hantaran
15082011
Malam ini bermula lah bacaan qunut semasa solat witir yang terakhir. Bermakna sudah 15 hari umat Islam menjalani ibadah puasa.
Kali ini bingkisan agal istimewa hasil kreatif pelajar ku semasa minggu aktiviti tempoh hari. Lihat dalam masa tak sampai 2 jam mereka telah siap menghasilkan produk hantaran pengantin.
Ahad, 14 Ogos 2011
Amali Sembelihan
14082011
Sudah dua minggu kita berada di dalam Bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Bermakna sudah 14 hari umat Islam berpuasa.Menahan lapar dan dahaga serta menjauhi segalan perkara yang boleh membatalkan puasa. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT.
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah tidak tertaklok kepada pembelajaran formal di bilik-bilik kelas sahaja tetapi melibatkan juga aktiviti di luar kelas dan tidak formal. Pelajar di dedahkan dengan pelbagai kemahiran dan pengalaman melahirkan modal insan yang cermerlang dn berkebolehan. Di antara aktiviti yang wajib dilalui oleh pelajar di sekolah kami ialah aktiviti penyembelehan. Pelajar bukan diminta menyembeleh kambing atau kerbau tetapi cukuplah dengan menyembeleh ayam sahaja.
Sebelum aktiviti bermula pelajar telah diberikan taklimat dan demonstrasi bagaimana menyembelehi ayam dan sah di makan. Sekiranya tidak mematuhi, maka ayam tersebut tidak sah sembelihannya dan haram di makan.
Sesi Penilaian
ayam ini tidak menepati hukum sembelehan
Nampak tak? urat utama tidak putus - tidak sah - tidak boleh di makan oleh orang Islam
Sabtu, 13 Ogos 2011
Jangan Pegang-pegang, jangan ramas - ramas
13082011
Aku perasaan pokok bunga ini di rumah kakakku di Palong 4. Mempersonakan mataku dikala pertama kali memandangnya. Berdaun hijau (kalau kuning, alamat nak mam&#@kan?) dan berbunga merah. Apabila aku bertanya kakak aku, nama bunga tersebut!!!, masya allah. Lucahnya. Selamba dia berkata "p$p$t anjing". .Maka aku pun berkata, boleh tengok je pokok, tak boleh dipegang. Kenapa pulak takboleh pegang katanya. Nanti kena samak. kekekekke
Sebijikan bentuk bunga ini? seakan-akan juga.
Dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil Costus. SubhanaAllah, tetiba aku terpandang pokok ini ada di Surau Anak Bugis . La, selama ini aku tak perasan langsung pokok itu. AKu bertanya kepada seorang jemaah nama pokok dan dia tidak mengetahuinya dan aku pun memberikan jawapan lantas dia ketawa ...
Langgan:
Catatan (Atom)