Rabu, 24 Ogos 2011

70K Malaikat menjaganya

24082011

Semalam aku mengiringi boss ke majlis Berbuka Puasa MARA Johor bersama anak-anak Yatim Taman Perling. Johor Bahru di Plaza Larkin, Johor Bahru, Johor. Majlis di mulakan dengan alunan nasyid anak-anak yatim dan diikuti dengan tazkirah oleh Tn Hj. Ahmad Mazlan bin Mohd Gouth, seorang  pendakwah bebas.
anak yatim perempuan sedang menerima bantuan
sebahagian anak yatim lelaki

Ustaz ini begitu santai memberikan tazkirah dan meresap ke jiwaku. ALhamdulillah. Antara intipatinya menganjurkan kita berdoa sebanyak-banyak dalam bulan Ramadan kerana doa orang yang berpuasa  amat mustajab.Memperbanyakkan membaca al-Quran kerana satu huruf itu mebawa kepada 10 ganjaran pahala. Beliau menganjurkan kita mengamalkan ayat-ayat kita baca terutamanya surah Yasin, ayat Qursi, surah al-Ikhlas, surah al-mulk dan beristigfar. Membaca surah al-Mulk selepas subuh menghindarkan kita daripada azab kubur, perempuan yang membaca yasin akan dipermudahkan jodohnya, membaca surah al-Iklas 11 kali selepas solat fardu .....(lupa hhehe).

Seterusnya ustaz menganjurkan supaya membaca ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyar 3 kali pada waktu pagi, Allah akan mengutus 70ribu malaikat  memohon rahmat kepada pembacanya dan sekiranya sipembaca itu meninggal dunia ia termasuk mati syahid.

al-Hasyar ayat 21-24

[21]Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

[22]Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

.[23]Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

[24]Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


Daripada Abu Amanah, Nabi Muhammad SAW bersabda, Sesiapa yang membaca ayat  ini sebanyak 3 kali, Allah akan mengutus 70 ribu  malaikat melindunginya daripada godaan syaitan dan jin serta manusia yang ingin membuat jelek dan lain-lainnya. Kalau dibaca 3 kali pada pagi, malaikat akan menjaganya sehingga waktu Asar dan membaca pada waktu asar, akan memperoleh rahmat dan perlindungan sehingga waktu subuh. Sekiranya sipembaca ayat ini meninggal dunia, ia  mati syahid. Oleh itu bacalah ayat ini  sebagai wirid harian dan semasa dalam bahaya.

kueh  mueh dan kurma sebagai menu berbuka
Baryani sebagai menu utama

11 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : bulan2 pose ni asik beriyani ye kan...

rosli berkata...

Hj Az,

Bestlah berbuka kat Johor ni, Bariyani mesti ada

mama ju berkata...

Salam AZ

Terimakasih, AZ selalu bagi saya ilmu ...
Nanti habis ramadan kiralah berapa kali makan nasi braiyani!hehehe

Ayah Zain berkata...

afeez

setakat ini dah 6 kali makan baryani. kolestrol saya pun nak naik ni

Ayah Zain berkata...

hj rosli

hehhehe, ahamdulillah

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

besok ada majlis buka puasa perdana, taktahu la pulak menu apa.

Unknown berkata...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI. SELAMAT BERPUASA

Ayah Zain berkata...

salam datok

sama-sama. Sengaja mahu diperpanjangkan untuk amalan bersama

rezeki berkata...

salam az

baik utk dijadikan amalan harian

alhamdulillah

Ayah Zain berkata...

salam CR

Insya Allah. jom kita amalkan

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : pas bulan pose ni mesti byk jemputan ke open house, lepas syawal AZ kene le lakukan aktiviti berjalan dengan lebih giat lagi... hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...