Isnin, 22 Ogos 2011

Mengetahui Muka surat Juzuk AlQuran

22082011

Kali ini saya mahu berkongsi maklumat yang didapati daripada emel berkaitan dengan bagaimana mencari juzuk dalam al-Quran. Al-Quran diturunkan kepada Manusia melalui Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk kepada semua manusia di samping sunnah dan hadis baginda. Pahala yang paling mudah didapati ialah melalui pembacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap 1 huruf yang dibaca Allah memberikan ganjaran 10 pahala.

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah bagaimana mahu mencari dengan mudah dengan menggunakan formula matematik yang ringkas, kita akan tahu muka surat Al-Quran mengikut juzuknya.

Sekarang mari kita cuba mencari muka surat juzuk al-Quran. Katalah Kita ingin mencari juzuk 5. Kita tidak perlu membelek muka surat al-Quran dari muka surat pertama hingga sampai ke juzuk yang diingini. Tentunya mengambil masa. Cara paling mudah ialah dengan hanya menolak juzuk yang ingin dicari dengan angka 1 dan di darab dengan angka 2 dan seterusnya meletakan angka 2  disebelah jawapan yang diperolehi.



Mari kita mulakan di mukasurat berapakah juzuk 5 berada?

5 – 1 x 2

Apabila mendapat jawapannya  letakan angka 2 disebelah jawapan tersebut.



Bagaimana tu?

5- 1 = 4

4 X 2 = 8

Letakan no 2 di sebelah angka 8 begini = 82

Bernakna juzuk 5 berada di mukasurat 82.



Menarik atau tidak?

Mari kita ke contoh seterusnya iaitu mencari juzuk 10


10 – 1 x 2 = 18

18 diletakan angka 2 disebelahnya akan menajdi 182

Bermakna juzuk 10 berada di mukasurat 182



Betul ke? Mari kita lihat contoh ke 3 iaitu halaman juzuk ke 23



23 – 1 x 2 = 44 .

Angka 2 disebelah 44 akan menjadi 442.

Bermakna juzuk 23 ialah dimukasurat 442.


Sekarang cuba anda cuba mencari juzuk 30 atau sebarang juzuk yang lain. Betul atau tidak?



7 ulasan:

rezeki berkata...

salam az

menarik tu dan memudahkan

tapi kalau sesiapa tak kenal angka dgn tulisan arab pulak heheheh

yang tu rasanya takde formulanya hehehe

mama ju berkata...

Salam AZ

Terimakasih byk2. saya dah cuba,suka sgt.. sapalah yg pandai buat formula tu. Alhamdulillah dpt satu ilmu.

Quran saya terjemahannya rumi, pun oklah CR

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : thanks for sharing.

Ayah Zain berkata...

salam rezeki

hehehh, yang itu, x dapek den nak nolong

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

lepas ini kita tak susah nak membelek satu muka ke satu muka surat kan?

Ayah Zain berkata...

welcome afeez

Ayah Zain berkata...

welcome afeez

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...