Isnin, 8 Ogos 2011

kurma Ambar

08082011

Cantik tarikh pada hari ini delapan bulan lapan 2011 bersama 8 Ramadan 1432. Kita masih berpuasa pada hari ini. Bermakna telah delapan hari kita berpuasa. Mudah-mudahan puasa kita di terima Allah swt. Berdoalah agar kita mendapat pahala puasa sebenar-benarnya dan bukan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Insya Allah.

Minggu lepas aku mendapat oleh-oleh daripada Makkah iaitu sedikit kurma pemberian besan ku yang baru pulang mengerjakan umrah. Aku mendapati saiz kurma itu agak besar daripada biasa dan rasanya agak lemak dan menepati citarasa aku.  Aku begitu terngin untuk mendapatkan kurma itu dengan menghubungi kawan az  di Makkah. Sayangnya aku perlu menempah minima 10kg dengan kos pengantaran RM20.00 sekilo. Aduh lumayan sekali dan dengan itu aku hanya memendam sahaja keinginan  untuk mendapatkan kurma  tersebut. Namun begitu beliau mencadangkan az berkongsi dengan kawannya di Puchong tetapi jauh sangat nak mengambil nya di Puchong. Dengan mengambil kira masa penghantaran antara Makkah dengan Malaysia mengambil masa, sudah tentu musim Ramadan akan berlalu. Insya Allah tahun hadapan akan diusahakan juga.

Hasil pencarian aku di nternet, kurma idaman aku itu bernama Ambar yang setanding dengan kurma ajwa dari segi harganya. Dimaklumkan peniaga kurma di Pasar Kurma Madinah tidak akan membenarkan pelanggan merasai kurma ajwa mahupun ambar kerana harganya yang tinggi berbanding dengan kurma-kurma yang lain. Harga kurma Ambar / Ajwa  ini sekitar SR60-80 sekilogram.

kurma  Ambar pemberian besanku
Kurma Ambar dar internet


16 ulasan:

Mohd Arshad Ali berkata...

Salam Hj Az...saya cuba membantu Tuan dgn kongsi dgn rakan saya agar Tuan boleh memesan 5kg tidak 10kg yg Tuan paparkan di blog.

sonata anak kancil berkata...

Salam - buat masa ni saya ada stok kurma ajwa sikit je...tapi mungkin habis dlm masa terdekat ni...sekali buka 7 biji kurma.

AZ - apa kata kita kongsi beli kurma itu? dalam 1@2 kilo...ok call me, tk

Ayah Zain berkata...

salam tn hj arshad

heheh, tak apa. keinginan itu dah tak menjadi prioriti lagi. apa-apa terima kasih

Ayah Zain berkata...

salam sonata:

sempat ke lagi kita nak kongsi. rasanya macam tak sempat.

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : aper kate AZ order 10kg tu pastu sedekah2 lah kat kami di sini.. hehehe.. bernas tak idea sy?

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum AYAH ZAIN
Ya, semoga puasa kita diterima Allah sebagai puasa yg tinggi kelasnya. Insya-Allah. Syukurlah dapat juga merasa Ambar dari besan tu. Kurma jenis ini memang enak. Lihat saiznya pun dah rasa puas. Selamat meneruskan ibadah puasa.

rezeki berkata...

salam az

hehehe

ambar ni diperkenalkan oleh seseorang kpd saya 9 tahun dulu , kira ambar no 2 lepas ajwa , sekarang ada satu lagi bernama medjool yang kira baru meletup di pasaran dalam 2-3 tahun ,

alhamdulillah, stok ajwa dan ambar saya dapat bertahan hingga tamat ramadhan rasanya , tu pun berbuka makan 3 biji ajwa dan sahur makan 3 biji ajwa, mak itam dia suka ambar je

L berkata...

jom befikir dibulan ramdhan.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jom-berfikir.html

musollahehsan berkata...

SALAM,
KURMA AMBAR NI MEMANG SEDAP. SEKARANG INI BYK KURMA YG DICAMPUR DGN MADU ! RASA TAK ORI !

Rozali berkata...

Assalamualaikum Tn Hj AZ

Insyaallah..
nanti ada ler rezeki tu...

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam afeez

good idea. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima

Ayah Zain berkata...

salam temuk

alhamdulillah.Insya Allah

Ayah Zain berkata...

salam rezeki

wow, macamamna az tak perasan kurma amber ni yer. heheh

medjool lagi pulak huhuhu

Ayah Zain berkata...

salamL

Insya ALlah

Ayah Zain berkata...

salam Dato

betul le. Nampak sangat gula kat kurma tu bukan? AZ suka yang kering macam mariami tu

Ayah Zain berkata...

salam Rozali


amin.Insya ALlah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...