19082011
Subhana Allah, cepatnya masa berlalu. Sekarang kita sedang memasuki fasa terakhir Ramadan. Bagaimana dengan fasa-fasa yang lepas? Adakah kita termasuk dalam mereka yang mendapat Rahmat dan Keampunan Allah. Sungguh sedih dan merugi lah kalau kita tidak termasuk dalam kumpulan tersebut. Namun, masih ada satu lagi fasa iaitu perlepasan daripada api neraka. Di dalam fasa ini terdapatnya satu malam yang bersamaan 1000 bulan Malam Lailatul Qadar. Ayuh, kita tingkatkan usaha kita untuk merebut peluang yang ada. Sama-samalah kita berdoa, agar kita mendapat kerahmatan, keampunan dan terlepas daripada api neraka. jauhkanlah kita daripada mereka yang berpuasa tetapi tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.
4 ulasan:
Salam AZ
Moga saya tak leka Ya aLLAH.
assalamualaikum AZ : dah nak tinggal seminggu jer ramadhan... berat tak turun lagi ni.. camne ni AZ?
salam MJ
Alhamdulillah
salam afeez
yer ker.maknanya afeez kena puasa lagi sebulan
Catat Ulasan