Selasa, 9 Ogos 2011

Perihal Puasa

09082011
Sembilan Ogos atau 9 Ramadan begitulah cepatnya masa berlalu. Bermakna hanya tinggal sehari sahaja lagi fasa pertama akan berakhir. Fasa pertama ialah 10 hari pertama Ramadan di mana Allah memberikan rahmatnya kepada hamba-hambanya. Fasa ke-2 ialah 10 hari pertengahan Ramadan  di mana Allah memberikan keampunan dan fasa ke-3 ialah 10 hari terakhir Ramadan di mana Allah memberikan pelepasan daripada Api Neraka.


Bagaimana dengan puasa kita sehingga ke hari ini? Adakah puasa layak mendapat Rahmat Allah? Marilah kita berdoa agar  puasa kita mendapat keredaan dan diterima oleh Allah SWT. Janganlah nanti selesai puasa, kita termasuk dalam golongan orang yang merugi. Di mana kita hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.Marilah kita bermuhaabah dan memikirkan keadaan amalan puasa kita.

Yang telah berlalu biarlah berlalu. Mari kita hadapi hari-hari berpuasa kita yang masih ada dengan mempertingkatkan amalan kita untuk mendapat keampunan Allah pada  hari-hari ke-11 hingga 20 dan berusaha mempertingkatkan amalan puasa agar  kita termasuk dalam golongan yang terlepas daripada api neraka pada hari ke 21 hingga akhir Ramadan. 

Insya Allah.




1 ulasan:

Ayah Zain berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...