Sabtu, 20 Ogos 2011

Malam 21 Ramadan


20082011

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kita masih dapat menyedut udara anugerah Allah. Hari ini bersamaan dengan 20 Ramadan 1432H.  Malam ini kita akan masuk hari ke 21 Solat Terawih bermakna 8 hari lagi Ramadan akan meninggalkan kita.

Hari ini  AZ,MrsZain dan Puterabongsu menjengok rumah kami di Melaka yang sekian lama tidak dijengoki. MrsZain mahu mengemas rumah untuk menyambut Syawal yang kian menjelang. Dikesempatan ini kami mencari beberapa keperluan di JJ Bandar Melaka.



ada yang berkenan?


Menjelang petang, hujan menyimbah tanah agak lebat menjadikan udara agak nyaman. Sebenarnya dari pagi,cuaca agak mendung, jauh disudut hati tergerak juga adakah malam tadi Lailatur Qadar telah berlaku? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Diberitakan juga pada 3.25  pagi waktu Makkah telah berlaku gerhana bulan dan terdengar juga berita wujudnya cahaya terang di Masjidil Haram. Allahhu aklam.

Menu berbuka puasa kami masih simple iaitu sayur kobis, ikan kembung masak sambal dan gulai rebung campur perut pemberian adik AZ. Mrszain membalas dengan kueh badak berendam ala ayermolek. Pada sebelah malam, kami Solat Terawih di Surau Ayer Molek. Begitu santai imam memimpin solat terawih sebanyak 8 rakaat dan 3 witir. Selepas rakaat ke 4, imam memberikan tazkirah yang amat bermakna sekali.

Imam mengingatkan jamaah akan fasa terakhir puasa di mana Allah memberikan perlepasan api neraka. Rebutlah, mohonlah kepada Allah agar melepaskan kita daripada azab api neraka. Seterusnya Imam memaklumkan bahawa di fasa terakhir puasa ini, Allah memberikan ganjaran kepada umat Islam akan Malam Lailatul Qadar. Rebutlah, berusahalah mencarinya  di malam malam terakhir Ramadan  terutamanya di malam-malam ganjil.

Walaupun banyak perselisihan pendapat di kalangan ulamak tentang Malam 1,000 bulan ini, yang penting ialah kita mencari malam-malam tersebut kerana Allah telah berjanji bahawa Malam tersebut dianugerahkan pada 10 malam terakhir Ramadan. Malangnya pada 10 terakhir Ramadan, masjid/surau menjadi lengang kerana ramainya yang pergi mencari Lailatul Qamdar, seloroh Imm. Hanya tanda-tanda kedatangan Malam tersebut yang jelas diketahui iaitu wujud suasana nyaman, mendung di pagi hari kerana hamparan sayap Malaikat Jibrail. Imam juga mengingatkan kebiasaannya di Malam Lailatul Qadar, badan kita terasa amat letih dan mengantuk dan hanya mereka yang berusaha mencari malam itu sahaja yang akan dapat menerimanya.

10 ulasan:

rezeki berkata...

salam az

alhamdulillah, semoga kita semua beroleh pahala yang Allah telah janjikan pada malam tersebut

yang penting bukan ganjaran semata2 , tapi juga mencari keredhaan Allah

Alhamdulillah

ok nak bobok dulu hehehe

Ayah Zain berkata...

salam CR,

sungguh tu, sama-sama kita mengharapkan keredaan Allah

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : semalam saya baru jer berlailatul qamdar... hehehe

Ayah Zain berkata...

salam afeez

iyer ker. alhamdulllah. heheh

Rozali berkata...

Assalamualaikum Tn Hj AZ

sama2 kita berdoa agar diberi pelepasan drp api neraka yg amat pedih seksaannya...amin

Wassalam

mama ju, berkata...

Salam

Moga kita semua diampuhnkan dan dimasukkan dlm syurga firdaus. Amin

sonata anak kancil berkata...

salam AZ - selamat "kembali" ke Melaka...boleh beraya ke rumah AZ ni...sepertimana AZ cakap tazkirah - ramai yang mencari Lailatul Qamdar...sy tak tahu lah AZ - tp yg kita nampak dimata kasar ni begitu lah...masjid/surau makin susut jemaah nya (kalau sy wanita la! lelaki tak tahu lah )...jadi tu lah sy pun bab2 raya ni seadanya saja - lagipun anak 2 tak ada di sini.

semoga kita memperoleh ganjaran2 yang disediakan tu...insyaAllah

Ayah Zain berkata...

salam atuk
insya allah.

Ayah Zain berkata...

salam mamaju
insya allsh semoga kita termasuk dlm golongsn mereka yg diredai

Ayah Zain berkata...

salam sak
insya allah. marilah nsti beraya kat ayer molek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...