Jumaat, 12 Ogos 2011

Rambutan alikacar

12082011

Ekoran bahasa ala-ala google mengingatkan aku kepada allahyarham ayahku yang telah lama meninggal dunia kira-kira 25 tahun yang lalu. Al Fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada roh ayahku dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang diterimaNya.

Masih segar diingatan aku dengan kata-katanya bahawa orang tua dengan budak sama sahaja. Yang membezakan antara mereka ialah orang tua dilahirkan dahulu. heheheh. Dan satu lagi falsafahnya yang berbunyi 'bukan senang nak senang' dan 'bukan susah nak susah'.

Ketika aku masih kecil, pokok buah-buahan yang paling banyak disekitar kampong ialah pokok rambutan. Sayangnya pokok rambutan itu menghasilkan buah yang tidak longkah. Maksudnya buahnya susah untuk dimakan. Tidak seperti buah rambutan sekarang yang lekang dan mudah diisahkan antara isi dengan bijinya. Buah rambutan dahulu tersangat sukar untuk dimakan kerana isinya susah dipisahkan daripada isinya.Kami memanggil buah rambutan kampong. Kadangkala kami makan buah rambutan dengan menelan bijinya sekali kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan.

Dan paling istimewa ayahku banyak menanam pokok rambutan kahwin yang dikenali sebagai rambutan alikacar. Aku juga memanggilnya rambutan alikacar. Di kampong itu hanya ada ayah dan bapa saudaraku sahaja yang ada pokok rambutan alikacar. Buah rambutan ini menjadi kesukaan orang kampong kerana isinya yang lekang. Namun keranakami orang kapong kami memanggilnya rambutan longkah (lekang) kadangkala dipanggil juga rambutan longkah.Kami menjual buah rambutan tersebut dan memang laris sekali.

Rambutan alikacar ini diperolehi daripada jabatan pertanian. Kerana kejahilan bahasa inggeris ketika itu aku tak terbayang langsung di mana asalnya rambutan alikacar itu. Akhirnya aku dapat tahu juga alikacar itu berasal daripada agriculture ketika aku berada di sekolah menengah. Kerana ayahku mendapatkan benih rambuan daripada jabatan pertanian.Orang kampung suka memelayukan bahasa inggeris. Ketika itu memnag glamer dengan istilah rotek, gohed, gostan, lampu stop-go dan sebagainya.




9 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum dan selamat pagi AZ : hahaha... igtkan rambutan pak ali, ropa2nya rambutan agriculture...

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

itulah pasal. heheh

Aki44 berkata...

Salam AZ,

Dedulu org melako n org negori suko kojo mato mato dgn soja, Mereka duduk berek. Paling tinggi dapeklah sajan mejo. Kek kampong pakai pelito, di berek api dalam kaco.. heh heh heh

Chik Att berkata...

nampak menarik rambutan tu ...merahhhh

atuk berkata...

Assalamualaikum Tn Hj AZ

buah rambutan saya semua longkah2 belaka....saya ambil di kebun pasar keramat...he he

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

Ayah Zain berkata...

wow aki44,

hebat penangan orang lama ni. dah lama az tak dengar 'petik ditepi menyalo ditengah. hehehe

Ayah Zain berkata...

salam cik att, itu gambar rambutan kat internet, az rembat jer

Ayah Zain berkata...

salam rozali

hehheh, baguih lagu tu. x payah nak pikir kan

Papa Hanan berkata...

Suka dengan entry ini. Rasa teringin tanam prkok rambutan alikacar dalam pasu di tingkat lapan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...