ceriakan hari-harimu

Ahad, 30 Jun 2013

Sumbi



30062013

Sumbi, apa kah itu sumbi?

 Menurut kamus Melayu ada pelbagi jenis sumbi. Antaranya ialah gigi yang ditampal atau gigi tambahan yang dipasang pada celah-celah gigi yang jarang atau menampal gigi yang berlubang. Namun sumbi juga merujuk kepada tampalan untuk membaiki bahagian tepi sesuatu yang rosak atau mengganti papan perahu yang rosak. Mari kita bercerita tentang  gigi sumbi yang merupakan perkara biasa kepada masyarakat kampongku ketika aku kecil-kecil dahulu.   Ketika ini jarang kelihatan seseorang memakai sumbi. Aku ingat-ingat lupa   Penyanyi Malaysia  iaitu  Dato' M.Daud Kilau yang terkenal dengan lagu Che' Mek Molek pernah memakai sumbi. Di kalangan masyarakat Melayu aku hanya melihat  hanya sebatang gigi dan jarang  kelihatan lebih daripada  sebatang gigi yang bersumbi  namun baru-baru ini  ketika aku  melawat Uzbekistan, aku bertemu dengan sekumpulan masyarakat Uzbek yang memakai sumbi. Bukan sebatang tetapi berbatang-batang. Alhamdulillah



 Sebaris giginya berwarna emas
Gigi di barisan atas dan bawah wanita ini bersalut emas
Sempat aku berposing dengan salah seorang bergigi emas.
Dicatat oleh Ayah Zain di 11:10 PTG 4 ulasan:
Label: Uzbekistan

Jumaat, 28 Jun 2013

adakah ini jawapannya?

28062013
(29102009)





Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Jumaat ke Jumaat amat tidak dirasai kerana putaran masa yang tidak menunggu sesiapa. 2 Hari lagi kita akan menamatkan 6 bulan pertama di tahun 2013. Adakah amalan kita telah mencukupi sebagai bekalan di Hari Perhitungan. Kalau belum, Benarlah kata Allah dalam surah al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud [1] Demi Masa![2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.





Di pagi hari Jumaat yang mulia ini marilah kita menghayati ayat 11 hingga 20 Surah al-Baqarah sebagai panduan hidup mendatangi hari-hari muka agar kita tidak termasuk dalam golongan orang yang merugi.

11] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

[12]Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

[13] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

[14] Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

[15] Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

[16] Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

[17]  Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

18] Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).

[19] Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.

[20] Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 
Adakah  ini antara jawapan (Surah al-Baqarah, ayat 11 hingga 20) yang berlaku kepada masyarakat kita sekarang ini. Ramai yang tergoda dengan pujuk rayu syaitan. Adakah kita mahu menyalahkan syaitan dan iblis? Sedangkan dia telah berjanji dan bersumpah untuk menyesatkan manusia bersama-sama dengan mereka (syaitan)..... :
 
16]  Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; 17] "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". Surah al-A'raaf : 16-17
 
dan Allah menjawab


Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; Surah al-A'raaf : ayat 18



Apa kata Nabil? -  lu pikir lah sendiri



Dicatat oleh Ayah Zain di 12:00 PG 2 ulasan:
Label: bahan yang tidak disiarkan dulu., Luahan Rasa

Khamis, 27 Jun 2013

macam macam hal

27062013
(171009 )

 Apakah reaksi ibu bapa melihat paparan berikut sekiranya anak mereka dituduh melakukan perkara ini.

Tandas : tempat yang kita tidak mahu pergi namun kehendak biologi kita terpaksa dituruti juga. Sekiranya di tempat yang penting seperti tandas diperlakukan seperti dalam gambar di atas, apa implikasinya? Implikasi kejadian ini, tandas akan tersumbat. Apabila tersumbat    pelajar akan mengadu kepada ibu bapa bahawa pihak sekolah tidak mengambil tindakan membaikinya. Ibu bapa tidak akan terpikir mengapa pihak sekolah lambat memperbaikinya. Ibu bapa tiudak tahu bahawa kejadian seperti ini sering berlaku dan pihak sekolah tetap memperbaikinya. Tetapi sekiranya kerosakan ini terlalu kerap, pihak sekolah sudah tentu mengambil masa untuk memperbaikinya kerana adal lagi kerosakan di tempat lain yang perlu diberikan perhatian. Namun Ibu bapa tetap  akan menyalahkan pihak sekolah kerana tidak peka tentang kemudahan asas anak-anak mereka.

Dinding ini cantik pada mulanya. Suci bersih apabila telah di cat semula. Namun  segelintir pelajar telah menyimbah air minuman (tentunya teh susu atau sebagainya) agar ia menjadi lebih cantik lagi. ibu bapa atau  Pelawat akan berkata teruknya pihak pentadbiran kerana tidak peka tentang kebersihan persekitaran sekolah.

Lukisan kreatif hasil pelajar yang bijak pandai. Ibu bapa berkata apa yang dibuat oleh pihak pentadbiran? Mengapa dinding ini dibiarkan begini?

Dinding ini kelihatan 'ceria' sekali hasil kreatif pelajar yang sangat n#K#%. Sekiranaya pihak seolah dapat menangkap pelakunya dan di bawa ke pihak berwajib sekolah, Ibu bapa terlibat akan menafikan perbuatan tersebut dilakukan oleh anaknya.

Bilik kelas. Ia sepatutnya kondusif. 'Berbuih' mulut cikgu menyuruh pelajar mengemaskan kelas sebelum pulang bermalam. Tetapi inilah hasilnya. Pelajar tetap dengan prinsip mereka "ada aku k".

'Pihak sekolah  ada tukang sapu, biarlah mereka yang membersihkannya'
anggapan pelajar - tugas kita buat sampah !!!!

Mengapa 'tukang sapu' tidak mahu membersihkan bilik kelas ini? Adakah pihak pentadbiran telah menjalankan tugas dengan berkesan?
Cikgu Mas, En. Rezeki dan yang bergelar guru, apakah  gunanya kerusi ini berada di sini? ooo kerusi itu berjalan dengan sendiri kerana terasa hendak buang air. huhuhu
Pelajar makin nak senang, kerusi untuk menyelesakan lagi mereka untuk merokok atau ada hal yang lain?
Kok yer pun lepas guna hantar la balik semula ke tempat asalnya.

anda  tahu ke benda ini?
salah satu kaki kerusi, buat hentak kepala ermm ...... siapa nak jawab ni

Gambar-gambar di atas adalah antara 'vandalisme' yang sangat kronik di   sekolah X. Pelajar-pelajar telah  di ajar kebersihan dalam subjek agama Islam, kelas pendidikan moral malah Sivik dan Kenegaraan juga di selitkan tentang kebersihan. Dalam perhimpunan pagi, perhimpunan mingguan, pengetua, timbalan pengetua mengingatkan pelajar membersih dan mengemaskan bilik-bilik kelas, jaga kebersihan sekitar sekolah - jangan buang sampah merata-rata, masukkan sampah dalam tong sampah. Tetapi mengapa ia tidak di hayati oleh pelajar? Mengapa pelajar memandang remeh tentang kebersihan? Pelajar-pelajar   sering kali di ingatkan agar menjaga kebersihan diri, kebersihan kelas, kebersihan bilik air dan kebersihan bilik asrama. Namun seperti mencurahkan air di daun keladi. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau di tanya siapa yang melakukan perkara tersebut, pelajar buat tidak tahu malah menafikannya. Apabila mereka pulang ke rumah, pelajar akan memberi tahu keburukan pihak pentadbiran yang tidak peka kepada kebersihan. Mereka akan kata pihak sekolah buat tak kisah tentang kebersihan.
adakah ini jawapannya ?: bila taklimat, perhimpunan - pelajar tidur, membaca buku dan sebagainya.
Yang mereka tahu ialah .... ada aku kisah?

Apakah peranan guru kelas atau guru subjek? Sepatutnya sebelum memulakan kelas, guru-guru subjek memastikan terlebih dahulu meneliti kebersihan kelas. Sampah-sampah yang bertaburan di dalam kelas mesti di pungut terlebih dahulu. Namun ........ mengapa ia begitu?  Betul kata Cikgu Y tugas guru sekarang ialah mengajar. Habis mengajar guru keluar kelas. Guru bukan lagi mendidik pelajar tetapi bekerja kerana untuk gaji. Adakah betul begitu? Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri. Sendiri mahu ingat.

Dalam Perhimpunan pagi, pelajar di ingatkan tentang kebersihan sama ada kelas, persekitaran dan sebagainya. Tapi apa daya kami warga pendidik? Tangan kami di ikat dengan peraturan. Pelajar tidak boleh di sentuh, tidak boleh di rotan. Sekadar ingatan,. ingatan, ingatan, nasihat, nasihat, nasihat. Itu sahaja yang boleh. Jadi itulah hasilnya. Kalau ikutkan hati - rotanlogi atau lempangloji jer jawapannya - dah tak reti-reti. Namun pakar kaunseling akan ............. bla bla bla "adakah rotan menjadikan pelajar insaf? berkesankah penggunaan kekerasan kepada pelajar? bingong, bengong -

Ya Allah, ya Tuhanku aku memohon kepadaMU, Engkau ampunilah pelajar-pelajar ku  ini, Engkau turunkan hidayah kepada mereka, agar mereka menjalankan tanggung jawab mereka kepada diri sendiri, kepada ibu bapa, kepada guru, kepada staf sekolah, kepada kaitangan sekolah, kepada rakan-rakan mereka, kepada abang atau adik mereka agar sekolah ku ini menjadi sekolah uang aman, bebas daripada vandalisme, gengsterisme dan sebagainya agar akan wujud sebuah sekolah seperti dalam taman, selamat dan kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran.
Dicatat oleh Ayah Zain di 12:00 PG 6 ulasan:
Label: bahan yang tidak disiarkan dulu, Dalam ingatanku

Rabu, 26 Jun 2013

anak aku siapa nak jaga?

26062013

Sekolah tutup? Abih tu anak aku siapa yang nak jaga

Begitulah keluhan segelintir  ibu bapa apabila sekolah ditutup akibat jerebu yang melanda  negara ketika ini. . Memang kecoh. Hari Isnin istihar sekolah tutup. Selasa arahan sekolah di buka semula. Lorrrr. Itu macam ka. Sekolah ditutup untuk mengelakan anak-anak daripada terdedah kepada udara yang tidak sihat. Udara yang tidak sihat ini akan menyebabkan kepada gangguan pernafasan kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti lelah atau semput atau asma/athma.

Bukan masalah jerebu yang mejadi persoalan dalam bingkisan aku ini tetapi masalah ibu bapa yang mempunyai nawaitu menghantar anak ke seolah sebagai penjaga anak-anak mereka. Pagi hantar anak ke seolah dan petang mengambilnya daripada seoklah kerana ibu bapa keluar bekerja. Apabila ada nawaitu seperti ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi feel anak-anak ketika berada di sekolah. Anak-anak merasakan satu bebanan ketika menghadirkan diri ke sekolah. Anak-anak tidak merasa seronok berada di sekolah. Inilah antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya perlanggaran disiplin di sekolah.

Memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa menghadapi masalah penjagaan anak-anak ketika mereka keluar bekerja tetapi janganlah berniat untuk melepaskan tanggung jawab penjagaan anak-anak kepada sekolah sahaja. Lazimnya apabila berlaku perlanggaran disiplin di sekolah ibu bapa menuding jari kepada pihak sekolah. Apa yang pihak sekolah buat? Guru-guru buat apa. Anak aku baik di rumah dan bla bla bla. Keadaan ini jelas ketara di sekolah-sekolah berasrama penuh di mana anak-anak memberontak dan hasilnya  mereka melakukan  perkara yang boleh dianggap sebagai perlanggaran dsiplin sekolah secara tidak sengaja atau disengajakan. Alasan tersirat di sini ialah mereka  tidak berpuas hati kepada ibu bapa mereka yang menghantar mereka sekolah berasrama.

Oleh itu niat menghantar anak ke sokolah perlu di ubah dengan sama-sama mempunyai tanggung jawab kepada kebajikan anak-anak. Bukan melepaskan tanggung jawab menjaga anak-anak secara total kepada pihak sekolah. Berdoalah kepada Allah. In syaa Allah. NIAT itu sangat penting. Niat yang baik menghasilkan pulangan baik. Semuanya kerana Allah. Menghantar anak ke seolah untuk menuntut ilmu, bukan untuk melepaskan tanggung jawab menjaga anak-anak kepada pihak sekolah.

gambar hiasan sahaja


http://www.sinarharian.com.my/nasional/jerebu-semua-sekolah-di-johor-dibuka-semula-esok-1.175234

Dicatat oleh Ayah Zain di 12:00 PG 8 ulasan:
Label: jerebu

Selasa, 25 Jun 2013

Petai goreng


25062013
Semalam, kami berempat memulakan perjalanan ke Alor Star Kedah meredah  jalan penuh jerebu yang kadangkala nipis dan kadangkala tebal. Di RnR Dengkel aku seperti patah semangat untuk meneruskan perjalanan kerana jerebu yang sungguh tebal dengan jarak penglihatan kira-kira 400m sahaja.  Namun mengenangkan hasrat ibuku yang mahu menziarahi cicitnya yang baru sahaja menajalani pembedahan di bahagian mulutnya lantaran lelangit mulut baby yang berusia 13 bulan itu mempunyai sedikit masalah. Pembedahan itu berjaya dilakukan seminggu yang lalu dan justeru itu aku gagahi juga meneruskan perjalanan dan selamat sampai pada pukul 4.30 petang. Masa perjalanan lebih kurang 8 jam.

Di bingkisan ini aku ingin berkongsi dengan menu makan malam yang disajikan oleh anak buah ku untuk menjamu selera kami sekeluarga dengan dibantu oleh isteri dan kakak sulongku.

 Jom, jemput makan. Simple aje
 Petai goreng campur lada hiris, ikan bilis dan irisan bawang besar hasil air tangan isteriku
 ikan belanak masin hasil air tangan kakak sulongku 
 Sambal gesek : durian fresh digaul dengan lada tumbuk
ikan kembung masak singgang hasil air tangan anak buahku

wow, memnag berselera kami makan pada malam itu. Aku sendiri melanggar pantang dengan menambah nasi yang lebih daripada biasa. Tak tahulah bacaan gula darah aku pada besok pagi. huhuhu
Dicatat oleh Ayah Zain di 12:00 PG 8 ulasan:
Label: menu

Isnin, 24 Jun 2013

Kak Ti ooohh kak Ti


24062013

Kejadian ini berlaku ketika aku bekerja   dulu . Berlaku ketika aku masuk ke pejabat pada pagi hari Isnin. . Mood pun kira baik juga la. Maklumlah dah seminggu berehat daripada cuti. Sebaik sahaja  pintu bilik pejabat di buka ,  aku begitu terkejut dengan bilik kerja yang menempatkan komputer aku yang tidak terurus . Terdapat cebisan kertas yang berselerak di atas meja PC ku. Aku termanggu. Dalam hati,  tidak lain, tidak bukan, tidak syak lagi  ini mesti  perbuatan kak ti. MUKTAMAT. Tambhan lagi dengan baunya yang semacam. huhuhu



tengok tu ... perasan tak?


 'close up'

Buku catatan aku telah dirobek oleh kak ti. Bersepah cebisan kertas dikerjakannya. Ermmmm ... tak baik berleter. sabar jer. Lagi satu kalau kak ti punya angkara jangan di sumpah seranah.... nanti lagi teruk onar dan lebih dahsyat lagi.

Tapi di mana datangnya kak ti ini?

Selepas di bedah siasat rupanya beberapa minggu lalu ada berlaku perubahan besar di pejabat di mana segala harta benda yang tidak diperlukan telah disusun atur semula. Ala-ala 5S gitu. dan kesannya ... mungkin tempat perlindungan si kak ti telah diceroboh dan ia mencari tempat baru .... huhuhuhu

......................................................
Sempena Nisfu Syakban pada hari ini, aku memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca Ceriakan Hari2mu walau di mana jua berada. Mungkin ada kesalahan bahasa ketelanjuran kata semasa aku berkarya. Aku juga memaafkan segala kesalahan pembaca semua. salam Nisfu Syakban  Kurang 2 minggu lagi kita akan sama-sama menyambut Ramadan al Mubarak. 
Salam Ceria.
Dicatat oleh Ayah Zain di 12:01 PG 4 ulasan:
Label: bahan yang tidak disiarkan dulu., Sejarah

Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu terus mengganas

23062013

Bacaan IPU terus meningkat sejak seminggu lepas dengan bacaan di Muar mencecah ke paras 746 pada jam 7.00 pagi  tetapi mencatatkan penurunan ke 690 pada pukul 11.00 pagi tadi. Justeru kerajaan telah mengistiharkan Daerah Muar dan Ledang sebagai darurat yang berkuatkuasa serta merta. Ini bukan kali pertama kerana pada Ogos 2005, Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang pernah diistiharkan darurat akabiat jerebu dengan bacaan IPU melebihi 500.


Di Melaka pula kadar IPU mencatat keparas melebihi 400 pada pukul 11.00 pagi berbanding 357 pada pukul 7.00 pagi. Pihak berwajib perlu mengambil langkah yang drastik menangani perkara ini kerana ia pasti menjejaskan kesihatan rakyat di kawasan yang terlibat. Tahap pengetahuan jerebu  dikalangan orang awam amat dangkal kerana tidak mengindahkan kesan-kesan jerubu ini. Rata-rata kelihatan orang awam  meneruskan aktiviti harian seperti biasa tanpa menggunakan topeng muka dan ini amat membahayakan.

Media cetak dan elektronik perlu meningkatkkan kefahaman ini kepada rakyat agar kesan-kesan jerubu kepada kesihatan mereka dapat dikurangkan dengan mengambil langkah seperti:-

1. Tidak keluar rumah dan menutup tingkap dan pintu
2.  menggunakan topeng muka ysang mempunyai penuras,
3. minum air masak dengan kadar lebih daripada biasa
4. kurangkan penggunaan motosikal
5. selalu basih bahagian yang terdedah seperti mandi
6. sediakan ubatan jika anda mempunyai masalah pernafasan.


jarak penglihatan kurang dari 500m
matahari ibarat bulan sedang mengambang


Dicatat oleh Ayah Zain di 12:55 PTG 4 ulasan:
Label: jerebu

Sabtu, 22 Jun 2013

Awan Kumulonimbus

22062013

Awan
pelbagai jenis awan
awan stratus, kau awan yang berlapis-lapis
awan  kumulus kau awan yang berlonggok-longgok.
kehadiranmu amat dinantikan sebagai pelindung daripada sinaran mentari siang
kehadiran mu menjadikan siang yang nyaman
kehadairan mu juga amat dinantikan di saat jerubu bermaharajalela
 hadirlah kamu si  awan kumulonimbus
membenihlah kamu, membendungilah kamu dengan  molekul-molekul air yang tidak terhingga banyaknya
agar dapat kau menyirami bumi diserang jerebu angkara manusia
Sirami bumi yang kekelaman
sebagai rahmat dari Yang Maha Esa
Yang Maha Agong dan Maha Kaya
 Uzbekistan :22Mei2013

Dicatat oleh Ayah Zain di 3:39 PTG 2 ulasan:
Label: jerebu

Jumaat, 21 Jun 2013

sepetang di Kota Bharu

21062013

 Menikmati keindahan petang di tepian Sungai ini amat asyik sekali. Tiupan bayu amat menyegarkan. Tanpa disedari azan magrib berkumandan dan aku meinggalkan tepian ini amat berat sekali. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati.



 begitu mengasyikkan

 matahari mula mengundurkan dirinya
amat aman menikmati keheningan senja di sini
Dicatat oleh Ayah Zain di 12:20 PTG 6 ulasan:
Label: jalan-jalan cari makan

Khamis, 20 Jun 2013

Mega

20062013


Mega diufuk awan
kau datang dengan warna keemasan
mewarnai alam semesta di waktu senja
menandakan malam akan mendatang
menggantikan siang yang berlalu pergi
begitulah putaran alam ciptaan Illahi
kepada manusia menjadi panduan

Kg. Genting, Tioman, Pahang
Dicatat oleh Ayah Zain di 10:46 PTG 2 ulasan:
Label: tioman

Rabu, 19 Jun 2013

jerebu lagi

19062013

Jerebu. oh jerebu
kedatanganmu tidak di undang
kau datang menerjah tanpa dapat dihalang
menjadikan maya hilang di olak awan.
lihat saja mentari menjadi suram
ibarat bulan mengambang diwaktu siang


Dicatat oleh Ayah Zain di 6:39 PTG 7 ulasan:
Label: jerebu, tioman

Selasa, 18 Jun 2013

seketika di tepian pantai

18062013

alhamdulillah. Aku diberikan kesempatan untuk singgsh ditepian pantai. mendengar deruan ombak memukul pantai. Di bawah pohon kelapa ditemani alunsn bayu pantai yabg menerjah di pipi. Begitu banyaknya nikmat Allah untuk hambanya. Alhamdulillah. Sukur kepada Allah yang memeri nikmat.



Dicatat oleh Ayah Zain di 6:26 PTG 4 ulasan:
Label: tioman

Isnin, 17 Jun 2013

Bandar Hilir

17062013

Hari ini aku berkesempatan meronda sebentar dengan isteri ke Bandar Hilir Melaka. Semenjak berpindah ke Negeri Hang Tuah, inilah kali pertama menjejakan kaki di Bandar Hilir. Dah berubah betul kawasan ini sekarang. Kawasan sudah bertambah besar tak larat nak berjalan di tengah panas pancaran matahari. Semalam katanya jerebu amat teruk tetapi pada hari ini udara bersih dan pancaran matahari amat dirasai. Aku han ya sempat menghabiskan masa di Dataran Pahlawan sahaja itu pun tidak semua kawasan di jelajahi kerana wakt zohor sudah sampai.

Walaupun selama ini sudah merata tempat juga aku jelajahi namun keidahan Bandaraya Bersejarah Melaka ini amat indah. Terpikir juga buat apa pergi tenpat yang jauh sedangkan di tempat sendiri tidak kurang juga cantik dan indah.


 sebahagian bazaar menjual makanan tradisional
macam2 ada
 emping pun ada. dulu faverit masa kecil2, sekarang dah x larat nak mengunyah
 medan rekriasi di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir

 kapal terbang peninggalan sejarah


 juga gerabak keretapi Tanah Melayu



Beca roda tiga, trade mark melaka, kini dihias cantik menarik pelancung bersiar-siar di Bandar hilir
Dicatat oleh Ayah Zain di 4:28 PTG 8 ulasan:
Label: Melaka Bandaraya Bersejarah

Ahad, 16 Jun 2013

JEREBU

16062013

Jerebu - gambar hiasan

Semasa aku melalui Lebuhraya PLUS dari Simpang Ampat ke Ayer Keroh pada pukul 12.30 tengah hari tadi, aku perasan yang di depan aku tidak berapa jelas dengan sedikit bau yang kurang enak oleh hidungku. Terpikir di hatiku, sudah bermula kah musim jerebu di Semenanjung? Aku teringat ketika sindrom serangan jerebu hampir 10 tahun dahulu di mana kami ramai-ramai membeli penutup hidung kerana serangan ganas jerebu yang melanda Semenanjung ketika itu. Aku masih ingat ketika itu aku masih bertugas di Muar. kayalah sipenjual penutup hidung seketika. Ada juga pekedai mengambil kesempatan menaikan harga.

Jerebu merujuk kepada partikal-partikel halus seperti debu, asap dan lain-lain agen pencemaran yang bertebangan di udara sehingga mengaburi mata ketika memandang ke udara a.k.a. langit terutamanya ketika hari kering kerana debu atau asap ini berkumpul di paras rendah atmosfera. Ia akan menghalang pandangan mata jarak jauh . Tiba-tiba kita tidak dapat melihat bangunan tinggi seperti hilangnya puncak KLCC ketika jerebu melanda.

Jerebu mungkin terjadi akibat kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindusterian atau kenderaan.

Bagaimana kita menyukat paras jerebu? Tahap keterukan jerebu dapat diukur melalui IPU iaitu Indeks Pencemaran Udara di mana zarah-zarah halus seperti karbon monoksia, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon diukur dan seterusknya dikelaskan seperti berikut:

Nilai IPU      menunjukkan       Kualiti Udara :-
0    -   50                                    Baik
51   - 100                                   Sederhana
101 - 200                                   Tidak Sihat
201 - 300                                   Sangat Tidak Sihat
301 - 400                                   Berbahaya
401 - 500                                   Sangat berbahaya
Lebih 501                                  Darurat

Media pada 16 Jun 2013  menyatakan bahawa pada 15 Jun 2013,  Pelabuhan Kelang mencatat  bacaan IPU 147, Kuala Lumpur 129, Shah Alam 120 dan Cheras 105. Bacaan ini menunjukan kualiti udara yang tidak sihat. Fenomena ini berlaku kerana  tiupan angin barat daya yang bertiup dari Sumatera membawa bersama asap jerebu akibat kebakaran hutan dengan terbentuknya 61 titik panas di Wilayah Riau Sumatera Tengah menghala ke Pantai Barat Semenanjung (Sumber : ASEAN Specualised Meteorological Center -ASMC). Jabatan Alam Sekitar (JAS) dipetik bahawa tiupan angin tersebut menyebabkan lingkaran Jerebu peringkat sederhana yang berlaku di Pantai Sumetera Tengah memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Justeru orang ramai diminta tidak melakukan pembakaran terbuka dan sekiranya ada pememuan sila hubungi talian 999 serta JAS 1800-88-2727
Ironinya di Melaka petang tadi kejadian jerebu pulih sedia kala dengan tiupan angin yang agak kuat. Alhamdulillah, Syukur. Sesungguhnya begitu besarnya nikmat Allah kepada hamba-hambanya yang tidak melampaui batas. 

Dicatat oleh Ayah Zain di 6:16 PTG 6 ulasan:
Label: jerebu

Sabtu, 15 Jun 2013

PERTUNANGAN

15062013

Musim-musim cuti sekolah amat sibok dengan cerita perkahwinan dan pertunangan. Di sana sini ada majlis perkahwinan. Bukan sahaja pada hujung minggu tetapi pada hari-hari bekerja juga majlis ini berlangsung seperti di satu kampong  di Hulu Terengganu. Musim cuti sekolah ini aku terlibat dengan 2 majlis tersebut. Majlis pertama ialah pertunangan anak saudaraku di Kota Bharu Kelantan dan kedua ialah perkahwinan anak saudarakudi Seri Manjung, Perak.

Di Kota Bharu aku mengetuai majlis pertunangan anak arwah adik perempuanku di Kg. Melor. Kelantan.  Aku sebagai bapa saudara terdekat diminta menjadi jurucakap dalam majlis pertunangan itu. Satu kerja yang pertama kali aku lakukan. Selama ini aku hanya menerima pinangan sahaja bagi adik-adik perempuan dan anak perempuanku sahaja. Gemuruh juga rasanya, maklumlah di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang kaya dengan adatnya itu.

Namun apa yang aku jangkakan tidak berlaku kerana majlis pertunangan tersebut begitu simple tidak perlu berpatah berpantun. Mentelahan lagi pihak perempuan mempunyai seorang juru acara yang begitu mesratamu. Terus sahaja fokus kepada tujuan kedatangan dan menjadikan pekerjaanku mudah sekali. Alhamdulillah. Kata persetujuan diikat dan menanti masa untuk pernikahan yang dijangka pada cuti Tahun Baru China tahun depan atau pada cuti sekolah pertengahan semester 1 2014. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat.

 Kakak sulongku menyarungkan cincin pertunangan
 masa  untuk menjamu selera
beraneka menu disajikan

 Laksa Kelantan
 ini dia laksa Kelantan kegemaranku. Kali terakhir aku menikmatinya pada tahun 1978
slurrppppp
 Bersama bakal suami isteri
walupun manis menda alah ni........ ada aku kisah. sedap punya pasal dilupakan larangan dokter.
apakan nama menu ini? lupo


Dicatat oleh Ayah Zain di 8:46 PTG 10 ulasan:
Label: Pertunangan, sengaja nak berkongsi
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Kunjunganmu

Get this widget

Homestay Mrs Zain

  • Amal Homestay, Taman Ayer Molek Jaya, Melaka
    Bermula sebuah Penginapan
    12 tahun yang lalu

WAKTU MALAYSIA

Kuala Lumpur

Homestay Mrs Zain

Amal Homestay sebuah penginapan yang selesa untuk percutian anda sekeluarga atau persinggahan ke majlis perkahwinan, aktiviti sukan, majlis konvokesyen, bertugas di luar kawasan dan sebagainya. LOKASI : (10km daripada Bandaraya Melaka Bersejarah - Jalan Ayer Molek-Tiang Dua) Alamat : No 9 Jalan AMJ 5, Taman Ayer Molek Jaya, 75460 Melaka GPS: 2.203632, 102.317486 Rumah Teres satu tingkat Lot Tepi Untuk Tempahan Sila Hubungi/SMS : - Ayah Zain (019 6588045) - Pn Rohaya (013 6245625) KADAR SEWAAN - RM180.00 semalam amalhomestay.blogspot.com *******************

Mari Menuju Kejayaan

Jumlah Paparan Halaman

Catat: mula 25 Nov 2009

free counters

meh sembang

oooo dari sini pengunjung az

Nilai Mata Wang Anda

Currency Converter

About Me

Foto saya
Ayah Zain
Pontian, Johor, Malaysia
Tahun kelahiran sama dengan kemerdekaan Malaysia pada 17 Julai. Sudah beristeri dengan 5 orang anak termasuk seorang sahaja puteri. Alhamdulillah. Ingin kelihatan ceria sepanjang masa kerana hidup yang ceria adalah idaman semua insan. Di sini ingin mencari kawan sebanyak yang mungkin kerana berkawan biarlah beribu. Kepada yang sudi berkawan dengan saya, dialu-alukan semoga kita terus menikmati hidup yang ceria. ***********************untuk memginap di Melaka? *Sila ke amalhomestay.blogspot.com
Lihat profil lengkap saya

Blog Archive

  • ►  2017 (2)
    • ►  Ogos (2)
  • ►  2016 (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2014 (3)
    • ►  Jun (3)
  • ▼  2013 (85)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (16)
    • ►  Julai (26)
    • ▼  Jun (22)
      • Sumbi
      • adakah ini jawapannya?
      • macam macam hal
      • anak aku siapa nak jaga?
      • Petai goreng
      • Kak Ti ooohh kak Ti
      • Jerebu terus mengganas
      • Awan Kumulonimbus
      • sepetang di Kota Bharu
      • Mega
      • jerebu lagi
      • seketika di tepian pantai
      • Bandar Hilir
      • JEREBU
      • PERTUNANGAN
      • Bunga oh bunga
      • Seketika di Musolla Ehsan, Bandar Baru Bangi
      • lain padang lain belalang
      • Pulau Banding
      • Masjid Kristal
      • Uzbekistan : Last Day - Charvak
      • Uzbekistan : Hari ke 6 Tashken - Charvak
    • ►  Mei (5)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2012 (79)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (23)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (9)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2011 (148)
    • ►  Disember (14)
    • ►  November (10)
    • ►  Oktober (14)
    • ►  Ogos (29)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (10)
    • ►  Mei (13)
    • ►  April (18)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (13)
  • ►  2010 (347)
    • ►  Disember (7)
    • ►  November (11)
    • ►  Oktober (25)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (34)
    • ►  Julai (31)
    • ►  Jun (35)
    • ►  Mei (38)
    • ►  April (33)
    • ►  Mac (35)
    • ►  Februari (37)
    • ►  Januari (37)
  • ►  2009 (182)
    • ►  Disember (33)
    • ►  November (43)
    • ►  Oktober (49)
    • ►  September (38)
    • ►  Ogos (19)

Bacaan mengikut topik

  • 10KL (2)
  • adakah anda tahu (5)
  • aku bangga denganmu (32)
  • alikacar (2)
  • amalhomestay (1)
  • aniveseri (2)
  • bahan drpd emel (49)
  • bahan drpd FB (7)
  • bahan yang tidak disiarkan dulu (1)
  • bahan yang tidak disiarkan dulu. (2)
  • Bandung Indonesia (16)
  • berbuka puasa (2)
  • Bunga (1)
  • chocolate (1)
  • cuti-cuti malaysia (25)
  • Dalam ingatanku (1)
  • dapur mrszain (10)
  • doa (3)
  • dugaan (2)
  • Gathering (1)
  • Gathering PDKM (3)
  • Haji 1431 (18)
  • Happy birthday (26)
  • hari guru (1)
  • hari raya (4)
  • Hariraya aidilfitri (16)
  • hiburan (4)
  • homestay (1)
  • ibu (1)
  • Israk Mikraj (1)
  • jalan-jalan cari makan (45)
  • jerebu (5)
  • kemalangan (4)
  • kematian (5)
  • Kemerdekaan (2)
  • kita fikir-fikirkan (59)
  • konvokesyen (2)
  • Lagu untuk mu (1)
  • Luahan Rasa (32)
  • Majlis Ilmu (18)
  • Majlis Perkahwinan (14)
  • Malam Penghargaan (1)
  • mantai (1)
  • Maulidur Rasul (2)
  • Melaka Bandaraya Bersejarah (1)
  • menu (47)
  • Mesir (2)
  • Minggu Aktiviti (2)
  • Nostalgia (6)
  • Orang Baru (1)
  • pantun (1)
  • Pelancungan Koperasi Sekolah (5)
  • Peperiksaan (8)
  • Pertandingan (4)
  • Pertunangan (1)
  • puasa (11)
  • puisiku (13)
  • Sabah (6)
  • Sejarah (7)
  • sengaja nak berkongsi (164)
  • Sentiasa Amal (4)
  • Sinar Harian (1)
  • Singapura (1)
  • solat (1)
  • susu ibu (2)
  • Tazkirah (48)
  • tioman (3)
  • Uzbekistan (10)

Senarai Blog Saya

  • KomenSen
    SIAPA PERLUKAN SIAPA SEBENARNYA? - Semasa saya berusia 50an dan masih bekerja dahulu, bila ada orang bertanya "Masih kerja lagi ke?". Lalu saya jawab, "Nampaknya begitulah. Perkhidmatan sa...
    18 jam yang lalu
  • AKU MENULIS UNTUK DIRI SENDIRI
    1035 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia : Pulau Langkawi, Kedah (Episod 1) - Dari KUL ke LGK - Sepanjang tempoh berehat aku dulu dari tahun 2022, 2023 dan berlanjutan sehingga ke tahun 2024, sempat juga aku bercuti ke Pulau Langkawi. Percutian sing...
    3 hari yang lalu
  • KAKI TERUS MELANGKAH KE 2013
    Episod baru.. - Ahad 20.10.24 Cerita baru.. Semangat baru.. Selepas balik dari Switzerland abah tercari cari nak ke mana lepas ni.. setiap hari tengok iklan lalu lalang ...
    7 bulan yang lalu
  • SOMETHING TO SHARE about...
    Senarai Lagu Konsert Minggu 6 All Stars Gegar Vaganza - *Senarai Lagu Konsert Minggu 6 All Stars Gegar Vaganza | *Berikut adalah Senarai Lagu Konsert Minggu 6 All Stars Gegar Vaganza untuk Ahad (29.10.2023)...
    Setahun yang lalu
  • Abang Ensem's Blog
    About the MLB game - About the MLB game About the MLB game I can provide you with information on MLB (Major League Baseball) game predictions. 먹튀검증업체 MLB is a professional ba...
    2 tahun yang lalu
  • www.miorazli.com
    First Principle of Thinking Part 2 - Here a three simple everyday examples of how this works (Step 1 to Step 3). Example 1: Assumption: “Growing my business will cost too much money” Fir...
    2 tahun yang lalu
  • Kehidupan Makkah ٢
    The Suspect, Kisah Mata-Mata Korea Utara yang Dituduh Membunuh - Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    3 tahun yang lalu
  • Kaunseling SKBT2, Kulai.
    Sites de rencontre en philippines gratuit -
    3 tahun yang lalu
  • NGINAP-SRENGENGE-----hello ! pak cha & mak wan of banggol derdap SIK
    SEBAIK-BAIK MANUSIA - SIAPAKAH SEBAIK-BAIK MANUSIA? _==================================_ Terdapat 10 Golongan "Sebaik-baik Manusia " Menurut Hadits Sahih. 1. Rasulullah ﷺ Bers...
    4 tahun yang lalu
  • ...yang ingin kukongsi...
    Situasi sebenar ialah.... - FRIDAY 03-07-2020 Sudah lebih dua minggu saya kembali masuk ofis. Sebahagian dari kami (juga dari department lain), masih ada yang meneruskan kerja dari r...
    4 tahun yang lalu
  • PERJALANAN PULANG
    Majlis Kenduri - Salam, 6hb disember 2019 aku terus melewati waktu pesaraanku walupun belum mencecah 60 tahun. Aku tanam anggor lagi dan meneruskan rancangan kenduri perkh...
    5 tahun yang lalu
  • hidup ini sementara
    Aku di Tasik Ton le Sap Cambodia - Dalam silibus sejarah SPM bab 3''Tamadun Asia Tenggara..anda mesti teringat pada satu tasik Air tawar terbesar di Asia Tenggata yang bernama Tasik To l...
    5 tahun yang lalu
  • NASI KERABU BUAH TANJUNG
    Bersemangat bersama 'Perajurit Tanah Air' - Bismillahirrohmanirrohim. Sekali lagi aku merasa kekok tapi rasa itu perlu dibuang jauh. "Bertahanlah kerana sebelum ini pun kau dah menghadapi yang ...
    6 tahun yang lalu
  • LEBIH BAIK JADI BEKAS ORANG JAHAT DARI BEKAS ORANG BAIK
    REHAT 5 BULAN - KECEDERAAN BAHU - Assalaamualaikum wbt, Mohon maaf pada semua pembaca , aku rehat 5 bulan akibat kecederaan bahu sejak 27 Feb dan pembedahan bahu dilakukan pada 20 Mac 2018...
    6 tahun yang lalu
  • MamaJu : wanita itu aku.
    Selamat hari lahir - Alhamdulillah 17.4 18 hari ni. Selamat hari lahir untuk diri sendiri. Moga hari-hari mendatang terus bahagia. Bahagia dunia akhirat.
    7 tahun yang lalu
  • Saat Kau Sentuh Hatiku...
    Bila Allah Menguji... - Manusia memang tak pernah sempurna, selagi bergelar manusia. Namun, ramai juga yang tak insafi tentang ini, ya lah...ingat diri sendiri tu hebat aje...bagu...
    7 tahun yang lalu
  • Shami2: SEHARI DALAM HIDUPKU
    Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek - Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajikan lemang yang dimasak dalam buluh yang dialas...
    7 tahun yang lalu
  • Pundung Ku
    terkini - disini
    7 tahun yang lalu
  • Sketch of Life
    Which One is the Best? Xiaomi Redmi Note 3 vs Moto M - HI there guys I am Nikhil from Greedytech and this is the comparison between Redmi note 3 and Moto M. Redmi note 3 is the King of budget phones and Moto M...
    8 tahun yang lalu
  • Macam Macam Ada
    Short Vs Long Vacation - Cuti sekolah akhir tahun hampir ke penghujungnya.. Rasa kejap sangat kan... Percutian terkini, sebulan yang lepas . - Cherating - Kuantan 2016 - Kalau seb...
    8 tahun yang lalu
  • NazirAmin Blog
    Dolphin 88 Wreck Brunei - For me Brunei is never as in list for the diving spot to explore. but not long ago, invited by friends to explore Brunei underwater. So just bump into thei...
    9 tahun yang lalu
  • Rider Sejati
    Kehilangan Kerja Pemberhentian Sukarela - Selepas satu tahun 9 bulan berkhidmat segalanya ternoktah di sini, dengan berat hati dengan seribu kesedihan mengiringi sebuah perpisahan. Walaupun tak la...
    9 tahun yang lalu
  • Welcome To Zie's Blog
    Ternyata , Inilah Rahasia Latihan Bruce Lee !!! - Di dunia ini, siapa yang tidak kenal BRUCE LEE. Tidak hanya dia seorang bintang film yang memiliki reputasi legendaris di dunia akting, tokoh yang satu ini...
    9 tahun yang lalu
  • Ustaz Amin - Bicara Agama, Keluarga, Masyarakat dan Aktiviti Dakwah
    Sekilas 52 - Mengapa Mahhaj Wahabi Di Tentang (3) - Mengenai Peminta Dan Pendokong Wahabi - Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan saya ulangi bebe...
    9 tahun yang lalu
  • Dato Dr Abdullah LuahFikiran
    RAKAMAN VIDEO ... USTAZ DR ABDULLAH YASIN, "MASALAH TALAK DAN HUKUMNYA" , TAFSIR 2 : 228-229 - Dikongsikan rakaman video berkenaan dengan sahabat2 pembaca semua ... Sahabat2 muslimin-muslimat dialu2kan mengikuti kelas2 pengajian yang dijalankan di Mu...
    9 tahun yang lalu
  • SUATU CATATAN PERJALANAN
    USA PART 25 : THE LOFTS at ANTHONY MILL, COVENTRY RI - بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم السلام عليكم ALHAMDULILLAH it's sunny day, langit mereka memang cantik membiru Alhamdulillah, sepanjan...
    9 tahun yang lalu
  • SINOMOSA : color of my life ::
    Selamat Datang 2016 - Assalammualaikum Dunia! Selamat Datang 2016 (hahaha walaupun dah 27 hari berlalu) Permulaan tahun yang baik apabila dinaikkan pangkat. Alhamdulillah, salah ...
    9 tahun yang lalu
  • Pahala Hindari Dosa
    Selamat Hari Raya 1436 -
    9 tahun yang lalu
  • ....my stories....
    - 17 April 2015 Assalamualaikum kpd sesiapa yang membaca blog ni... Sekian lamaaaa...alahai tetiba apa gerangannya saya "terbuka" blog my stories...mimpi ke ...
    10 tahun yang lalu
  • Yunus Badawi
    Oven by SLiCE : Lasagna Yang Semakin Dikenali Di Lembah Klang - Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    10 tahun yang lalu
  • N U K I L A N
    LABU SEMAI BERLONGGOK.... DI MANA ANAK SI PAKIS? - Sepatutnya biji labu itu disemai sebiji dua selubang. Tapi Pak Temuk yang sudah malas menyemainya selonggok-selonggok. Kes teruk! Bila sudah tumbuh, Pak T...
    10 tahun yang lalu
  • PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH
    Nostalgia.....Selamat Aidil Adha....2010 -
    10 tahun yang lalu
  • Yang Terlintas di Hati Mama
    melihat Gunung Kinabalu - Cuti penggal 2..Mamatok bawa Idris ke Sabah.. Mama Nadz mengikut keluarga membawa pengantin ke kenduri di Sandakan. Dapatlah peluang menjejaki Sabah. Sampa...
    11 tahun yang lalu
  • Fajar Mentari & Embun Subuh
    KEPENTINGAN TA'LIM - بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة KEPENTINGAN TA’LIM : - MENDENGAR HADIS-HADIS NABI DAN FIRMAN-FIRMAN ALLAH SUPAYA HATI M...
    11 tahun yang lalu
  • asam garam kehidupan
    Day 1 - Guilin, China - Percutian Musim Sejuk - 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
    12 tahun yang lalu
  • PINATBATE ALWAN
    KAMI TELAH BERPINDAH - Assalamualaikum Blog ini telah berpindah ke *SINI* Kita jumpa di *SINI*
    12 tahun yang lalu
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks - [image: Pelabagi isu masalah seks] Tidak dinafikan bahawa isu-isu politik hari ini cukup menarik dan segar. Ia menyebabkan sukar untuk ita mengabaikan pe...
    14 tahun yang lalu
  • ATIKAH: Seindah Warna Pelangi...
    -

Renungan

Daripada Abu Hurairah RA mengatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan ‘Isya. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjamaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkak.” Sesungguhnya saya ingin menyuruh seseorang azan dan qamat, kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat berjamaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh (obor), lalu ku bakar orang-orang yang tidak datang solat (berjamaah).”

Catatan Popular

  • Amal Homerstay Melaka
    Amal Homestay sebuah penginapan yang  selesa untuk percutian anda  sekeluarga atau persinggahan ke majlis perkahwinan, aktivit...
  • Rawatan Terapi Ozon
    280909: Alhamdulillah, Syukur ke hadzrat Illahi yang mengizinkan aku bangun pada pukul 4.30 pagi ini walaupun tidur hanya kira-kira 3 jam sa...
  • (tiada tajuk)
    Apa kabar Semogs kalian baik baik aja hendaknya
  • Sate Celop
    29122013 Hari ini terpanggil untuk merasai sate celop . Sudah lama mengidam menu ini tetapi tidak kesampaian. Kebetulan hari ini ayah zai...
  • masak tanpa api
    19072011 Hampir menjelang kemunculan Ramadan, macam-macam menu bermain difikiran. Fikiran ini memuncakketika berpuasa  pada pukul 4.00 - ...
  • Gred Baru SPM
    050310 : Pejam celik, pejam celik keputusan SPM sudah hampir menjelma. Tarikh 11 Mac 2010 telah diumumkan sebagai tarikh keputusan peperiks...
  • CURBUNCLE
    Salam Semua. Apa yang dipaparkan di sini tiada mempunyai apa-apa tujuan tertentu cuma berkongsi apa yang di alami apabila kita menerima musi...
  • Lubang Neraka?
    220610: Hari ini aku mendapati satu bahan daripada kotak emelku. Sama ada betul atau tidak, namun eloklah kita ambil iktibar daripad...
  • Selamat Hari Malaysia ke-50 tahun
    16092013 Sabah dan Sarawak negeri ceria Semenjung pula menjadi induk Selamat Menyambut Hari Malaysia Sudah Lima Puluh tahu...
  • Konsert Kilauan Emas 4 Akhir - Zain (Cinta Satu)
    Semoga beliau berada di pentas dunia seni kembali

MUNAJATKU

Ya Allah ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan yang ku sembah, Engkau menciptakan aku dan aku terikat dengan janji-janji akan mentaati segala perentahMu. Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat-nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Oleh itu ya Allah, Kau ampunilah aku, sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat mengampuni segala dosa-dosaku kecuali Engkau Allah yang esa.
Ya Allah ya Tuhan aku, sesungguhnya aku tidak layak memasukki syurgaMu tetapi aku tidaklah pula sanggup menahan seksaan nerakaMu, maka oleh itu ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosaku sesungguhnya Engkaulah yang dapat mengampuni segala dosa-dosar besar yang telah aku lakukan.
Terima kasih kerana singgah di

Ceriakan Hari-Hari Mu.



Ceria bermakna gembira. Kita harus bergembira tetapi mengikut batasan yang ditetapkan kerna ....(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri (QS57:23)http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Tema Tera Air. Dikuasakan oleh Blogger.