04062013
Hari ketujuh dalam program Tour de Uzbekistan. Jauh perjalanan luas pandangan. Satu pengalaman yanag amat berharga yang akan menjadi kenanganku dengan nostalgia yang begitu hebat sekali. Pengembaraan ke Charvak ini memberikan impak yang amat terkesan kepada hati dengan Tasik Charvak . Sebuah tasik buatan seluas 100km dikatakan pengunjung boleh mandi, bermain skuter air serta mendaki gunung. Tasik ini terhasil dengan pembinaan Empangan Charvak setinggi 168 m dibina pada tahun 1970. 3 batang sungai dari Pergunungan Tien Shan mengalir ke Tasik ini iaitu Sungan Pskem, Kok-su dan Chatkal telah menghasilkan tasik dengan air berwarna biru menjadi daya tarikan pada musim panas. Satu lagi kenangan terindah di Charvak kami di bawa ke Chimgan yang terletak di Pergunungan Tien Shan di mana kami menaiki kabel yang amat mengashikkan sambil menikmati keindahan alam pergunungan ciptaan Allah SWT.
pemandangan diepanjangan perjalanan ke Charvak
Empangan Charvak
Menghasilkan kawasan tadahan utama Uzbekistan
Tasik Charvak
Pergunungan Tien Shan
Kaunter Teket. Suhu 18 darjah C
Berbaris untuk naik kete kabel
Sayup sayup, di bawa angin berlalu (lagu Sudir la pulak)
Tompokan salju
Kuda si pengawal lembu dan kambing ternakan di pergunungan ini
Bersama kawan satu sekolah 37 tahun yang lalu
mrszain bersama pelancung dari Madrid
bersama pelancung dari Bollywood
kepenatan - amik napas jap
Bersama pelancung daru Espanya
wow
eh, tentera Uzbek naik jugok?
nak buek apo tayar tayar lamo tu bro
Jalan raya jauh di bawah sana
Perhentian kecemasan?
stesen penternakan lebah. Madunya amat terbaik katerrrnyeee
4 ulasan:
kalau pi time musim sejuk sure dpt maen ski
haha. musim paneh ni sejok amek amek
kerusi kabel tu memang jenis terbuka camtu jer ye..tak gayat ke :D
ada sikit la. tp seronok.
Catat Ulasan