16062013
Jerebu - gambar hiasan
Semasa aku melalui Lebuhraya PLUS dari Simpang Ampat ke Ayer Keroh pada pukul 12.30 tengah hari tadi, aku perasan yang di depan aku tidak berapa jelas dengan sedikit bau yang kurang enak oleh hidungku. Terpikir di hatiku, sudah bermula kah musim jerebu di Semenanjung? Aku teringat ketika sindrom serangan jerebu hampir 10 tahun dahulu di mana kami ramai-ramai membeli penutup hidung kerana serangan ganas jerebu yang melanda Semenanjung ketika itu. Aku masih ingat ketika itu aku masih bertugas di Muar. kayalah sipenjual penutup hidung seketika. Ada juga pekedai mengambil kesempatan menaikan harga.
Jerebu merujuk kepada partikal-partikel halus seperti debu, asap dan lain-lain agen pencemaran yang bertebangan di udara sehingga mengaburi mata ketika memandang ke udara a.k.a. langit terutamanya ketika hari kering kerana debu atau asap ini berkumpul di paras rendah atmosfera. Ia akan menghalang pandangan mata jarak jauh . Tiba-tiba kita tidak dapat melihat bangunan tinggi seperti hilangnya puncak KLCC ketika jerebu melanda.
Jerebu mungkin terjadi akibat kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindusterian atau kenderaan.
Jerebu mungkin terjadi akibat kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindusterian atau kenderaan.
Bagaimana kita menyukat paras jerebu? Tahap keterukan jerebu dapat diukur melalui IPU iaitu Indeks Pencemaran Udara di mana zarah-zarah halus seperti karbon monoksia, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon diukur dan seterusknya dikelaskan seperti berikut:
Nilai IPU menunjukkan Kualiti Udara :-
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat
Media pada 16 Jun 2013 menyatakan bahawa pada 15 Jun 2013, Pelabuhan Kelang mencatat bacaan IPU 147, Kuala Lumpur 129, Shah Alam 120 dan Cheras 105. Bacaan ini menunjukan kualiti udara yang tidak sihat. Fenomena ini berlaku kerana tiupan angin barat daya yang bertiup dari Sumatera membawa bersama asap jerebu akibat kebakaran hutan dengan terbentuknya 61 titik panas di Wilayah Riau Sumatera Tengah menghala ke Pantai Barat Semenanjung (Sumber : ASEAN Specualised Meteorological Center -ASMC). Jabatan Alam Sekitar (JAS) dipetik bahawa tiupan angin tersebut menyebabkan lingkaran Jerebu peringkat sederhana yang berlaku di Pantai Sumetera Tengah memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Justeru orang ramai diminta tidak melakukan pembakaran terbuka dan sekiranya ada pememuan sila hubungi talian 999 serta JAS 1800-88-2727
Ironinya di Melaka petang tadi kejadian jerebu pulih sedia kala dengan tiupan angin yang agak kuat. Alhamdulillah, Syukur. Sesungguhnya begitu besarnya nikmat Allah kepada hamba-hambanya yang tidak melampaui batas.
6 ulasan:
Berita ada sebut, mengikut statistik Melaka merupakan negeri pagi tinggi graf jerubunya minggu ini.
Hati hati ya, jangan buat outdoor activties banyak sangat.
tp petang tadi dah ok. mlm ni hujan lagi. alhamdulillah
semalam saya di melaka. mmg teruk jerebu semalam. ingatkan kabus... hehe
lorr, awat x coling2 turun melaka
terlupe plak AZ org melaka, igtkan AZ masih di pontian.. hehehe
yer ker. kan dah datang kenduri ari tu. saje yer.
Catat Ulasan