14062013
Salam Jumaat, Penghulu segala hari. Kali ini ayah zain ingin memaparkan pertemuan para bloger kenalan Dato Abdullah Al-Hadi pemilik blog Luah Fikiran yang sangat peramah penuh dengan sifat kebapaan. Pertemuan ini berlangsung di Musolla Ehsan (ME) di Bandar Baru Bangi pada 1 Jun 2013. Berada di kalangan bloger yang glamer dengan jumlah pengikut yang melebihi 400 itu menjadikan aku begitu kerdil di kalangan mereka mentelahan lagi inilah pertama kali aku dapat turut serta. Jutaan terima kasih kepada Dato yang begitu prihatin melayan para tetamu walaupun berkali-kali mengatakan beliau bukan tuan rumah tetapi hanya menyediakan rumah pertemuan. ME a.k.a tempat kediaman Dato Dr. Abdullah begitu aman dan tenang dan mesra pengunjung. Sebuah rumah yang juga sebuah musolla begitu hebat dengan kehijauan daunan yang amat menyegarkan. Di sinilah berlangsungkan Kuliah Ilmu pada setiap minggu. Dipertemuan ini aku mengenali para bloger yang peramah seperti Ida Mahmud, Abah Zino, Pena Rozi, Iyra Mutalib, azie azah, dan lain-lain yang tidak dapat aku nyatakan di sini (maafkan aku kerana tidak dapat menyebutkan satu persatu). Paling manis dipertemuan ini aku menjejak kasih dengan kawan satu sekolah namun perkenalan ini hanya terbongkar melalui FB selepas pertemuan di ME berlangsung. Setelah hampir 40 tahun berlalu kami bertemu kembali. Alhamdulillah, syukur kepada Allah memberi nikmat.
Nadi utama penggerak pertemuan kali ini
abe zam - chef penyedian koe tiau basah
inilah hasilnya. amat menyelerakan. slurrrp
Jom kita makan dulu
berama mesra
ermmmm!
begitu teruk menghidupkan api bbq
akhirnya berjaya juga Tahniah sis
aik! sempat promosi kueh raya tuuuu.
no tipon disediakan , silalah buat tempahan
awat ni. tak dapek jawab soalan Dato yer
silalah cuba satu
wah, baju batik abah zino ni mengamcam yer Dato
semuanya bersaiz XXL kecuali sorang tu saiz S. huhuhu
12 ulasan:
Dpt jugak tgk cerita kat rumah Dato ni. Saya tak dpt pegi..
Abg Zino ke kwn lama tu?
Ayah Zain curik amek pic saya yek..
Tq tlg hidupkan api tuh.. hikhikhik..
mamaju, atok g juga tp masa tu az dah balik. jadi x jumpa la. bila PDKM nak buat macam ni.
eh eh si reben merah, az x curik, az tangkap jer. hihi
Assalamualaikum Ayah Zain
Salam kunjungan. Tq sempat amik dan posting foto raya cookies mamawana kat sini... Jualan amal ler gitu. Setiap hasil jualan darisebekas cookies seringgit akan disumbangkan ke rumah anak yatim miskin/muallaf KL.
Assalamualaikum,
Waaaaaaa lama dok tunggu, akhirnya....masuk entri jugak ya ;)
tq AZ tapi ada sikit pembetulan kt gambar sy dgn Bunga Mawar tu..kami tolong apa yg patut je yg pengerak utama yg dtg dari pg si reben merah@iyra dan Azie Azah hehe
alaikum salam mamawana
hehehe. ma kasih datang ziarah yer
yer anyss: bz ngan ngukur jalan tu yang lambat
tak kira le nyanyisunyi. ok jer
Syabas dan tahniah...!
Terimakasih kerana sempat dan sudi hadir memeriahkan gathering. Nanti boleh join lagi.
Ehhh.. ramainya.
apa yang ramai tu. hihi
Catat Ulasan