27062013
(171009 )
Tandas : tempat yang kita tidak mahu pergi namun kehendak biologi kita terpaksa dituruti juga. Sekiranya di tempat yang penting seperti tandas diperlakukan seperti dalam gambar di atas, apa implikasinya? Implikasi kejadian ini, tandas akan tersumbat. Apabila tersumbat pelajar akan mengadu kepada ibu bapa bahawa pihak sekolah tidak mengambil tindakan membaikinya. Ibu bapa tidak akan terpikir mengapa pihak sekolah lambat memperbaikinya. Ibu bapa tiudak tahu bahawa kejadian seperti ini sering berlaku dan pihak sekolah tetap memperbaikinya. Tetapi sekiranya kerosakan ini terlalu kerap, pihak sekolah sudah tentu mengambil masa untuk memperbaikinya kerana adal lagi kerosakan di tempat lain yang perlu diberikan perhatian. Namun Ibu bapa tetap akan menyalahkan pihak sekolah kerana tidak peka tentang kemudahan asas anak-anak mereka.
Dinding ini cantik pada mulanya. Suci bersih apabila telah di cat semula. Namun segelintir pelajar telah menyimbah air minuman (tentunya teh susu atau sebagainya) agar ia menjadi lebih cantik lagi. ibu bapa atau Pelawat akan berkata teruknya pihak pentadbiran kerana tidak peka tentang kebersihan persekitaran sekolah.
Lukisan kreatif hasil pelajar yang bijak pandai. Ibu bapa berkata apa yang dibuat oleh pihak pentadbiran? Mengapa dinding ini dibiarkan begini?
Dinding ini kelihatan 'ceria' sekali hasil kreatif pelajar yang sangat n#K#%. Sekiranaya pihak seolah dapat menangkap pelakunya dan di bawa ke pihak berwajib sekolah, Ibu bapa terlibat akan menafikan perbuatan tersebut dilakukan oleh anaknya.
Bilik kelas. Ia sepatutnya kondusif. 'Berbuih' mulut cikgu menyuruh pelajar mengemaskan kelas sebelum pulang bermalam. Tetapi inilah hasilnya. Pelajar tetap dengan prinsip mereka "ada aku k".
'Pihak sekolah ada tukang sapu, biarlah mereka yang membersihkannya'
anggapan pelajar - tugas kita buat sampah !!!!
Mengapa 'tukang sapu' tidak mahu membersihkan bilik kelas ini? Adakah pihak pentadbiran telah menjalankan tugas dengan berkesan?
Cikgu Mas, En. Rezeki dan yang bergelar guru, apakah gunanya kerusi ini berada di sini? ooo kerusi itu berjalan dengan sendiri kerana terasa hendak buang air. huhuhu
Pelajar makin nak senang, kerusi untuk menyelesakan lagi mereka untuk merokok atau ada hal yang lain?
Kok yer pun lepas guna hantar la balik semula ke tempat asalnya.
anda tahu ke benda ini?
salah satu kaki kerusi, buat hentak kepala ermm ...... siapa nak jawab ni
Gambar-gambar di atas adalah antara 'vandalisme' yang sangat kronik di sekolah X. Pelajar-pelajar telah di ajar kebersihan dalam subjek agama Islam, kelas pendidikan moral malah Sivik dan Kenegaraan juga di selitkan tentang kebersihan. Dalam perhimpunan pagi, perhimpunan mingguan, pengetua, timbalan pengetua mengingatkan pelajar membersih dan mengemaskan bilik-bilik kelas, jaga kebersihan sekitar sekolah - jangan buang sampah merata-rata, masukkan sampah dalam tong sampah. Tetapi mengapa ia tidak di hayati oleh pelajar? Mengapa pelajar memandang remeh tentang kebersihan? Pelajar-pelajar sering kali di ingatkan agar menjaga kebersihan diri, kebersihan kelas, kebersihan bilik air dan kebersihan bilik asrama. Namun seperti mencurahkan air di daun keladi. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau di tanya siapa yang melakukan perkara tersebut, pelajar buat tidak tahu malah menafikannya. Apabila mereka pulang ke rumah, pelajar akan memberi tahu keburukan pihak pentadbiran yang tidak peka kepada kebersihan. Mereka akan kata pihak sekolah buat tak kisah tentang kebersihan.
adakah ini jawapannya ?: bila taklimat, perhimpunan - pelajar tidur, membaca buku dan sebagainya.
Yang mereka tahu ialah .... ada aku kisah?
Apakah peranan guru kelas atau guru subjek? Sepatutnya sebelum memulakan kelas, guru-guru subjek memastikan terlebih dahulu meneliti kebersihan kelas. Sampah-sampah yang bertaburan di dalam kelas mesti di pungut terlebih dahulu. Namun ........ mengapa ia begitu? Betul kata Cikgu Y tugas guru sekarang ialah mengajar. Habis mengajar guru keluar kelas. Guru bukan lagi mendidik pelajar tetapi bekerja kerana untuk gaji. Adakah betul begitu? Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri. Sendiri mahu ingat.
Dalam Perhimpunan pagi, pelajar di ingatkan tentang kebersihan sama ada kelas, persekitaran dan sebagainya. Tapi apa daya kami warga pendidik? Tangan kami di ikat dengan peraturan. Pelajar tidak boleh di sentuh, tidak boleh di rotan. Sekadar ingatan,. ingatan, ingatan, nasihat, nasihat, nasihat. Itu sahaja yang boleh. Jadi itulah hasilnya. Kalau ikutkan hati - rotanlogi atau lempangloji jer jawapannya - dah tak reti-reti. Namun pakar kaunseling akan ............. bla bla bla "adakah rotan menjadikan pelajar insaf? berkesankah penggunaan kekerasan kepada pelajar? bingong, bengong -
Ya Allah, ya Tuhanku aku memohon kepadaMU, Engkau ampunilah pelajar-pelajar ku ini, Engkau turunkan hidayah kepada mereka, agar mereka menjalankan tanggung jawab mereka kepada diri sendiri, kepada ibu bapa, kepada guru, kepada staf sekolah, kepada kaitangan sekolah, kepada rakan-rakan mereka, kepada abang atau adik mereka agar sekolah ku ini menjadi sekolah uang aman, bebas daripada vandalisme, gengsterisme dan sebagainya agar akan wujud sebuah sekolah seperti dalam taman, selamat dan kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran.
6 ulasan:
Assalam
bagi pelajar sekolah rendah mungkin ada elok sikit kot.. masih lagi mendengar kata..
perrnah jd guru. yg cuma dapat dipastikan adalah kebersihan bilik darjah.. memang sentiasa kena pantau.. dan kena garang..
MasyAllah parah sungguh sekolah tu. Sampai begitu teruk sekali.
Macam tak percaya pula saya. Kesian cikgu.
Zaman saya sekolah dulu murid ada giliran membersihkan kelas dan bertanding dengan kelas lain...
ma kasih ziarah umah ayahzain yer yan
bukan tak garang azieazah tapi bebudak sekarang tak makan saman
duty roaster memang ada dan depa buat tetapi ada segelintir yang suka mencacatkan keindahan alam
Catat Ulasan