Ahad, 9 Jun 2013

Pulau Banding

09062013


Semasa perjalananku merentasi Banjaran Tituwangsa daripada Jeli ke Gerik  melalui Jalanraya Timur Barat kira-kira 50km lagi ke Bandar Gerik, aku terpesona dengan keindahan sebuah tasik buatan seluas 152 km persegi. Tasik yang terbentuk dari pembinaan Empangan Temenggor pada tahun 1970 dan siap pada tahun 1974 ini dapat mengumpulkan   6,050 juta padu air merupakan sebuah kolam air (resouvir) yang membekalkan air minuman domistik kepada penduduk negeri perak dan Pulau Pinang. Pembinaan empangan ini juga telah mewujudkan sebuah pulau  yang di kenali Pulau Banding . Pulau ini disambungkan oleh dua buah  jambatan yang mmelemgkapkan perhubungan  Jalanraya Timur Barat yang menghubungkan bandar Gerik di Perak dengan Bandar Jeli di Kelantan. Aku singgah sebentar di Pulau Banding yang menjadi sebuah pusat pelancungan yang terkenal   dilengkapi dengan hotel-hotel dan pelbagai kemudahan pelancungan seperti memancing, 'jungle tarcking' dan sebagainya.










2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam.
Alhamdulilah. Hebat skrg TH dpt jalan2 satu dunia.

Ayah Zain berkata...

alaikum salam mamaju

alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...